Saya seringkali ditanya oleh kawan-kawan bukan pengumpul syiling, apa yang saya dapat daripada hobi mengumpul syiling sebegini? Bagi mereka, tak berbaloi nak beli duit bernilai muka 10 sen pada harga beratus ringgit. Apatah lagi dengan duit yang hanya bernilai muka 1 sen pada harga lebih RM4,000 (rujuk post; duit syiling Malaysia termahal).
Jika anda mengumpul duit lama hanya sebagai pelaburan dan hanya pentingkan keuntungan dari jualan duit syiling yang anda akan dapat di masa hadapan, jangan baca artikel saya ini kerana anda tidak akan dapat apa-apa. Serius.., artikel ini ditulis bukan untuk mereka yang melabur didalam duit lama.
Namun, jika anda pengumpul duit lama sejati, cuba bertanya kepada diri masing-masing, "apakah yang anda dapat daripada hobi ini?"
Soalan yang sudah sebati diterima oleh saya sama ada melalui sms atau email, apakah nilai duit yang saya ada ini. Saya dah penat jawab, saya dah kumpulkan jawapannya di blog English saya; what is my coin value.
Kalau anda tak tahu baca bahasa Inggeris dan nak bertanya pasal nilai duit yang anda ada pada saya, boleh baca entri yang saya buat di blog ni; Nak tahu nilai & harga duit lama.
Jika anda pengumpul duit lama sejati, anda tidak kisah sangat harga duit yang anda ada. Apa yang penting, "aku tidak ada lagi duit syiling ni, kena kumpul duit, beli dan simpan".
-1 ringgit 1982.
-10 sen 1971.
- 50 sen milled edge.
-1 sen 1976 copper.
Di antara duit syiling Malaysia ini, yang mana satu telah anda miliki? Bagi bukan collector, tak berbaloi nak beli duit bernilai muka 10 sen pada harga beratus ringgit. Mungkin mereka tidak merasa kepuasan yang kita rasa. Memiliki duit sebegini ada "satu mcm feeling yang hanya pemiliknya rasa kan"?
Ada orang yang tak kisah gred duit syiling yang dia ada, bagi mereka ini, apa yang penting hajat untuk mendapatkan syiling ini telah tercapai. Ada orang pula yang pentingkan gred yang tinggi. Apa pun gred duit syiling yang dicari, terpancar kepuasan diwajah pemiliknya setiap kali melihat duit syiling idaman telah menjadi miliknya.
Masing-masing ada cara menilai kepuasan dari koleksi yang mereka ada. Ada kawan yang suka membelek-belek duit syiling koleksinya apabila bersendirian untuk mendapatkan ketenangan. Segala tekanan dapat dikurangkan apabila asyik melihat koleksi yang mereka ada. Lihat duit syiling macam tengok perempuan cantik, kata isteri saya. Isteri pun tak membebel apabila kita berhabis duit kat koleksi duit syiling, lebih baik daripada kita berhabis duit untuk perempuan lain kan?
Ada pula yang berminat untuk menunjukkan koleksinya kepada kawan-kawan untuk memotivasikan dirinya. Jika kawan-kawan kata koleksinya cantik, menarik, rare dan sukar didapati, dia merasakan keseronokan didalam dirinya. Ada juga orang yang suka mempamerkan koleksinya di blog untuk mendapatkan keseronokan yang lebih kurang serupa.
Ada pengumpul duit lama yang sukakan hobi ini kerana dia dapat ramai kawan. Ada di antaranya doktor, peguam, hakim, polis dan sebagainya. Selain mengumpul duit lama, bagi sesetengah orang, ini adalah cara untuk membuat networking. Mereka seronok dapat berjumpa dengan kawan-kawan dan berbincang bersama tentang sesuatu perkara yang diminati. Macam biasa tempat lepak "standard" di Malaysia ni adalah kedai mamak. Di tempat terbuka macam tu, apabila orang melihat sekumpulan manusia sedang membelek-belek duit lama didalam album, tentu ada yang tumpang melihat. Bertambah lagi keseronokan apabila ada yang memuji duit lama yang mereka ada.
Bagi saya, ini semua kepuasan & keseronokan yang hanya boleh ditemui oleh pengumpul duit lama. Bukan susah pun nak mula mengumpul duit syiling ni. Anda tak menyertainya, anda tidak akan dapat merasa apa yang saya perkatakan didalam post ini.
Anda Bagaimana? Apakah yang anda dapat daripada hobi ini?
Komen anda?