Daripada semalam hingga di saat artikel ini ditulis, selepas saya berkongsi mengenai berita Syiling 50 sen 1969 dilelong RM2800, bertalu-talu soalan datang. Walaupun saya dah ceritakan dengan jelas didalam artikel tersebut apa yang berlaku, masih ramai yang membuat andaian masing-masing berdasarkan kepada tajuk artikel tersebut sahaja. Anda boleh lihat di Facebook Malaysia Coin, berapa ramai yang sibuk nak memberitahu bahawa mereka juga ada syiling tersebut dan nak jual pada harga yang sama. Hahahahaha....
Tak kurang juga yang membuat andaian bahawa duit itu adalah Milled Edge (ME), sedangkan info saya dah kongsi didalam post tersebut.
Itu tidak termasuk lagi mereka yang tidak tahu apa itu UNC. Ingat senang ke nak cari 50 sen 1969 UNC?
Takkanlah baca tajuk sahaja dah tahu apa isi kandungannya?
Takkanlah baca tajuk sahaja dah tahu apa isi kandungannya?
Seperti biasa, walaupun hampir semua maklumat telah saya kongsikan didalam blog ini, masih ada lagi yang bertanya kepada saya; Dimana nak jual duit lama? Berapa harga duit 50 sen 1967, 1968, 1969 berparit saya ini? Soalan-soalan sebegini membuatkan saya terfikir betapa rendahnya budaya membaca Rakyat Malaysia. Walau tidak semua, kebanyakan daripada kita amat malas untuk mencari ilmu dengan membaca.
Setakat artikel ini ditulis, hanya ada 144 artikel yang telah diterbitkan didalam blog ini. Selain itu, anda juga boleh melayari blog ini dengan melihat kepada Label yang anda ingini atau minat. Jika anda nak senang, buat carian di blog ini menggunakan butang search yang tersedia di sebelah atas kanan blog ini. Disebelah kanan juga, saya dah letakkan link, artikel yang biasanya diperlukan oleh bukan collector; senarai harga duit lama Malaysia, Senarai kedai duit lama serta cara untuk menjual duit lama.
Pada saya rasanya tak susah untuk membaca dan mencari maklumat yang anda perlukan mengenai Duit Syiling Malaysia di dalam blog ini.
Budaya membaca untuk mencari ilmu perlu diterapkan didalam diri anda jika anda hendak belajar menjadi collector atau investor dan mungkin juga penjual duit lama secara kecil-kecilan. Janganlah mencari jalan malas dengan terus bertanya tanpa mencari dulu informasi yang anda perlukan. Bukan semua orang ada masa nak menjawab soalan anda secara percuma.
Jika anda seperti saya yang ditanya soalan yang sama hampir setiap hari, apa yang anda rasa?
Saya telah memberikan nasihat kepada collector baru atau newbies didalam post 10 Panduan terbaik untuk pengumpul baru. Jika anda masih baru didalam mengumpul duit lama, sila baca dan fahami apa yang saya cuba sampaikan didalam artikel tersebut. Jika anda tak berniat untuk kumpul pun kena baca supaya anda lebih memahami apa yang collector ceritakan didalam Facebook atau blog mereka. Supaya lepas ini makin kurang yang bertanya apa itu UNC, EF, VF. Rasanya, anda yang bukan collector masih lagi tak tahu kan apa itu UNC, EF, VF? Itulah.., disuruh baca malas, ilmu dah ada depan mata, pasal nak klik dan nak baca malas anda jadi bodoh sebab tak tahu perkara paling asas untuk collector.
Kepada mereka yang nak belajar berniaga duit lama tu, saya dah kongsikan mengenainya didalam post; Buat duit mudah tanpa modal. Bukan susah pun nak cari duit dengan menjual duit lama ni. Apa yang penting kena rajin berusaha dan kena luangkan masa untuk mencari koleksi yang boleh dijual. Selain itu, apa yang paling penting adalah kena rajin untuk mencari ilmu. Cuma kepada yang dah berkahwin tu, mungkin kena korbankan sedikit masa bersama isteri dan anak-anak dihujung minggu.
Orang kata carilah ilmu sehingga negeri China tapi kalau ilmu didepan mata pun malas nak baca, pergi cina pun nanti buang masa jer. Sebab dah sampai kat China tu semua tulis mandarin/tulisan cina, janganlah bagi alasan pulak kita tak sempat belajar baca tulisan cina.
Rajin-rajinlah membaca untuk mencari ilmu didalam Numismatik.