Rabu, 3 September 2014

Facebook Group yang wajib anda sertai

Ramai dari kita yang turut serta didalam media sosial seperti Facebook untuk mencari rakan lama dan juga rakan baru. Didalam Facebook juga kita boleh menyertai Facebook Group yang membincangkan berkenaan hobi kita untuk kita mencari ilmu dan juga meminta bantuan rakan-rakan merungkai permasalahan yang kita tak faham. Ada banyak Facebook Group yang diwujudkan oleh rakan-rakan numismatik.

Facebook Group

Namun, anda harus ingat, setiap kumpulan itu ada peraturan dan objektifnya sendiri. Bak kata orang tua-tua, masuk rumah orang tu bagi ler Salam dulu. Kalau dah main masuk jer lepas tu join duduk makan, orang pun tak kenal awak tu siapa, mau kena penampar oleh tuan rumah kang. Hahahaha.... Peraturan setiap kumpulan biasanya ada di pinkan disebelah atas kumpulan tersebut, sila baca dan fahaminya terlebih dahulu.

Di sini saya kongsikan beberapa kumpulan Facebook yang wajib anda turut serta:

Facebook Group untuk menjual/membeli duit lama
Saya tahu ada banyak kumpulan yang membuka Facebook group untuk aktiviti jual beli duit lama didalam Facebook. Namun, tidak semua kumpulan didalam Facebook ini yang betul-betul aktif dan menjaga aktiviti didalam kumpulan tersebut. Jumlah ahli yang ramai tidak semestinya bermakna kumpulan itu aktif. Jual beli biasanya dijalankan diantara ahli kumpulan. Kepada mereka yang masih baru didalam jualbeli secara online, disyorkan untuk belajar dan bertanya terlebih dahulu dengan ahli-ahli didalam kumpulan tersebut, bagaimana anda boleh melakukannya didalam kumpulan mereka. Disini saya senaraikan antara Kumpulan Facebook yang mengadakan aktivi jual beli duit lama:

Kedai Hantu Duit 2.
link: https://www.facebook.com/groups/hantu.numismatik/

KeMaRuk DuIt LaMa.
link: https://www.facebook.com/groups/kemaruk.numismatik/

Malaysia Silver Proof Coin after 1999.
link: https://www.facebook.com/groups/101988959896051/

Malaysia Coins Cards.
link: https://www.facebook.com/groups/396222073760141/

SP 钱币发烧友(新).
link: https://www.facebook.com/groups/spxinxiaolang/

梹星錢币拍卖交流会..PEN STAR BANKNOTES/COINS AUCTION GALLERY
link: https://www.facebook.com/groups/penstarbanknotes/

Masdinar @Persatuan Warisan Numismatik Kesultanan Melayu, Malaysia.
Kumpulan Facebook Masdinar adalah pertubuhan yang telah didaftarkan melalui Pendaftar Pertubuhan pada tahun 2008 lagi. Tujuan utama penubuhan kumpulan ini adalah untuk meningkatkan kajian mengenai duit syiling yang pernah diedarkan atau dikeluarkan oleh Kerajaan-kerajaan dan Kesultanan Melayu di seluruh Asia Tenggara, termasuk token primitif dari kawasan itu. Jika anda peminat duit syiling kesultanan Melayu seperti pitis, kupang, tampang dan juga tin coins, anda boleh belajar banyak dari kumpulan ini kerana didalam kumpulan ini ada banyak sifu-sifu yang sentiasa sudi memberikan tunjuk ajar.

Masdinar.
link: https://www.facebook.com/groups/116417985067951/


Malaysia Error & Variety Coin Collector.
Kepada anda yang berminat untuk mengumpul duit syiling error Malaysia, anda boleh cuba untuk menyertai kumpulan ini. Didalam kumpulan ini juga ada diajar cara-cara untuk mengenal jenis-jenis duit error yang ada dan juga ada dijalankan jual beli serta swap sesama ahli kumpulan. Sayangnya kumpulan ini sudah agak kurang aktif berbanding dahulu.

Malaysia Error & Variety Coin Collector.
link: https://www.facebook.com/groups/mevacc/


Coupon Tokens Scripophily Stocks & Bonds
Kumpulan ini adalah mengenai Coupon, Tokens, Scripophily Stocks dan Bonds yang pernah digunakan di Malaya, Straits Settlements, Sarawak, North Borneo, Singapore, Indonesia, Ceylon dan Siam.

Coupon Tokens Scripophily Stocks & Bonds.
link: https://www.facebook.com/groups/coupongallery/


AMALTEAM
Kumpulan ini tidak kena mengena dengan numismatik. Namun, ianya adalah satu kumpulan yang membantu orang-orang miskin dan juga anak-anak yatim yang diuruskan oleh rakan-rakan yang turut serta dialam bidang numismatik ini. Diharapkan anda turut sama membantu memberi derma kepada mereka yang memerlukan.

AMALTEAM.
link: https://www.facebook.com/groups/495579577191980/