Jumaat, 2 Mei 2014

Syiling emas Sultan Melaka ditemui di Pulau Nangka

Dua keping syiling emas Sultan Melaka dikatakan telah ditemui malam kelmarin (30 April 2014) oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka. Syiling pertama ditemui pada jam 11.15 malam dan syiling kedua pada jam 11.30 malam. Nak tergelak saya baca berita ini semalam, apatah lagi selepas melihat video dan gambar duit syiling Sultan Melaka tersebut.

Syiling emas Melaka

Menurut laporan kosmo, 2 mei 2014, Kedua-dua artifak yang ditemui itu berbentuk bulat dengan diameter kira-kira enam sentimeter berwarna kekuningan. Artifak pertama mempunyai lima baris tulisan dipercayai huruf zaman kerajaan Majapahit manakala artifak kedua mempunyai lubang berbentuk segi empat di tengahnya mengandungi kalimah Allah dalam tulisan Jawi.

Menurut Laporan Utusan Malaysia, 2 Mei 2014, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, kedua-dua artifak dipercayai tembaga berbentuk duit syiling itu perlu diserahkan terlebih dahulu kepada Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) untuk dianalisis bagi memastikan nilainya.


Menurutnya, kedua-dua artifak berkenaan juga dikatakan tidak mempunyai nilai tinggi seperti harta karun di pulau tersebut namun kajian perlu dijalankan sebelum diisytiharkan.


"Buat masa ini, kerajaan negeri masih belum boleh mengisytiharkan penemuan dua artifak tersebut sebagai harta karun sehinggalah harta karun sebenar berupa emas ditemui nanti," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa membuat lawatan singkat bagi melihat dua artifak yang ditemui di tapak pencarian harta karun di Pulau Nangka, di sini hari ini.


Yang hadir sama Kurator Perzim, Nurman Mohd. Baroldin dan wakil Jabatan Warisan Negara, Ahmad Rashidi Abdul Ghani.

Menurut Sinar Harian, 2 Mei 2014, Pengarah syarikat terbabit, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata, kedua-dua kepingan itu yang dipercayai syiling lama ditemui dalam keadaan dipenuhi tanah ketika pekerja terbabit sedang menggerudi tembok dinding batu setebal kira-kira lima meter.


“Ia ditemui di dalam tiub alat penggerudi sebaik ditarik pekerja yang menjalankan kerja-kerja menggerudi di lokasi terbabit.


Syiling pertama ditemui kira-kira 11.15 malam, manakala 15 minit selepas itu, satu lagi syiling ditemui ketika pekerja sedang keluarkan batu dari tiup penggerudi," katanya.


Menurutnya, kedua-dua kepingan itu mungkin diperbuat daripada logam dan punyai campuran emas serta perak berdasarkan warnanya.


Penemuan terbaharu itu sekali gus membuktikan kewujudan harta karun bernilai berbilion ringgit di pulau itu, ada kebenarannya.



Kepada yang faham dengan apa yang saya maksudkan mungkin anda akan ikut tergelak bersama saya apabila membaca berita hari ini. Kepada yang tak faham tu mungkin akan timbul persoalan, kenapa pulak nak gelak? 2 artifak telah ditemui di Pulau Nangka, sedikit masa lagi jumpalah harta karun Pulau Nangka.

Hahahahaha.... Kejap.., saya nak gelak dulu.

Pada mulanya saya nak tunggu laporan ujian makmal untuk "2 keping artifak" tersebut siap baru saya nak cakap. Tapi sebenarnya saya secara tidak langsung telah bercakap mengenainya di dalam artikel sebelum ini; Tidak ada harta karun di Pulau Nangka.

Duit syiling atau Medal yang dikatakan syiling emas Sultan Melaka itu hanyalah duit medallion yang sama tarafnya dengan duit syiling Yassin. Duit Semar yang berasal daripada Indonesia ini digunakan sebagai azimat atau pelindung diri dan juga digunakan didalam ritual untuk menarik duit. Jika anda mencari didalam internet menggunakan kata kunci "Koin Semar" di Google, sudah pasti akan terjumpa gambar yang serupa dengan syiling itu. Jika anda membaca blog-blog daripada Indonesia yang berkongsi cerita mengenai koin Semar tersebut, kebanyakannya menulis yang syiling itu berasal daripada zaman Majapahit. Sebenarnya, syiling itu tidaklah mempunyai jangka hayat yang lama. Sepertimana syiling Yassin, ianya dibuat sendiri di Indonesia untuk dipasarkan sebagai duit azimat sahaja. Penjual di internet biasanya menjualnya didalam lingkungan RM30-RM70 tetapi tidak menghairankan jika ada penjual ubat dikaki lima yang akan menjualnya pada harga RM3,000 sehingga RM7,000.

Duit syiling itu pastinya bukan syiling emas atau mengandungi emas. Ianya ada kemungkinan diperbuat daripada tembaga atau besi aloi sahaja. Daripada rupa bentuknya sahaja kita sudah dapat melihat ianya bukan duit lama, jika menggunakan kanta pembesar, sudah pasti nampak syiling tersebut berlubang-lubang serta tulisannya tidak cantik dan sekata.

Jika waris Sultan Melaka masih hidup, pasti baginda akan marah dengan kenyataan akhbar hari ini yang mendakwa syiling azimat ini adalah Syiling emas Sultan Melaka.

Eh.... bukan ada ke waris Sultan Melaka sekarang ni? Hahahahaha.....

Kita tengok pulak apakah hasil laporan makmal "2 artifak berharga" tersebut. Seronok baca berita mengenai Harta Karun Pulau Nangka ni, boleh gelak-gelak....