Khamis, 19 Jun 2014

Sekarang ini banyak newbie hebat

Awal pagi tadi, Dato Sha, pengerusi Kelab Warisan Numismatik berkongsi status didalam Facebook mengenai maklumat daripada seorang "Otai" numismatik mengenai 10 sen 1971 yang dikatakan ada emas didalamnya, sebab ada emas didalam syiling itu, sehingga BNM sanggup membayar sekali ganda pada tahun sama keluaran syiling tersebut.

Hahahahaha..., kejap saya nak gelak sekejap.

Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha......

Kalau BNM bayar sekali ganda, makna 20 sen lah yer? Hahahahahahahahaha......

Otai-otai hebat sebegini bercakap seolah dunia ini dia yang punya. Ilmu mereka cukup luas sehingga boleh melihat emas yang ada didalam duit syiling.

10 sen 1971

Jika dulu, ada Newbie yang mengatakan duit syiling 10 sen 1971 Variety 2 adalah palsu, sekarang timbul bermacam-macam jenis "otai Numismatik" yang berkongsi ilmu hebat-hebat didalam Facebook. Kita yang bukan Otai dan tak pakar ni tolong baca dan gelak aje lar..... Suatu hari nanti "Otai Numismatik" ini akan terpaksa telan juga apa yang mereka cakap dulu. Otai Newbie yang dulu kata variety itu wujud hanya untuk memberi keuntungan kepada sesuatu bangsa, ketika ini turut menggunakan "Variety 1" untuk menjual duit syiling 10 sen 1971nya. Nak untung tau pulak dia guna variety. Hahahahahaha.....

Mereka-mereka yang hebat ini biasanya mempunyai kumpulan mereka sendiri dan mana-mana orang yang tidak bersependapat dengan mereka akan disingkirkan daripada Facebook group dan sebagainya. Mereka tidak sedar, orang yang mereka singkirkan itu adalah mereka yang betul-betul mempunyai ilmu dan boleh dianggap pakar didalam bidang mereka. Saya biasa melihat perkara sebegini terjadi didalam Facebook. Orang yang membuka Facebook group atau orang yang dah lama didalam Facebook group itu akan di angkat sebagai pakar atau champion didalam kumpulan tersebut.

Ada newbie-newbie ini yang berlumba-lumba untuk membuka Facebook group masing-masing dengan tujuan untuk mengumpul kumpulan masing-masing, membuat acara lelongan mereka sendiri dan juga masalah "menjual kad pengesahan Group". Saya sampai sekarang tak faham apa perlunya kad pengesahan tersebut sebab saya melihat, ramai admin Facebook group yang tidak ada menyimpan maklumat yang diperlukan untuk laporan polis ketika berlakunya penipuan didalam Facebook group tersebut.

Inilah yang terjadi didalam dunia numismatik Malaysia sekarang ini. Ilmu yang betul tidak lagi dipandang tetapi ramai orang yang memandang siapa yang memberi ilmu tersebut. Perbincangan mengenai numismatik sepatutnya dijalankan secara sihat, bukannya sehingga memberikan kenyataan merapu yang boleh membuatkan orang lain ketawa terbahak-bahak.

Newbie-newbie hebat sebegini akan terus muncul setiap hari. Ada yang sanggup belajar memperbaiki kelemahan, ada juga yang kekal angkuh dengan kehebatan mereka tetapi akhirnya terpaksa mengalah juga. Hahahahahahaha.....

Bak kata pepatah, siapa yang termakan cili, dialah yang terasa pedasnya.