Jumaat, 27 Jun 2014

Suasana kecoh di Sasana Kijang hari ini

Terima kasih kepada kawan-kawan di Facebook yang berusaha membantu Facebook page Malaysia Coin memberi maklumat terkini mengenai penjualan duit syiling peringatan hubungan dua hala Malaysia China ke 40 tahun. Suasana meriah di Sasana Kijang dan juga di Cawangan Bank Negara Malaysia Pulau Pinang mewarnai hari jualan syiling peringatan tersebut. Malangnya, ia dicemari dengan suasana sedikit kecoh di Sasana Kijang.

Sasana Kijang

Ramai kawan-kawan numismatik yang melaporkan pada saya tentang perkembangan di Pulau Pinang dan juga Sasana Kijang, tempat-tempat lain tidak ada update daripada rakan-rakan. Di Pulau Pinang dilaporkan ada yang sudah beratur sejak petang semalam. Di Sasana Kijang, Muzium Bank Negara ada yang sudah sampai di Sasana Kijang sejak tengah malam semalam. Pada jam 5 pagi, dilaporkan sudah ada lebih 200 orang di Pulau Pinang dan lebih 300 orang di Sasana Kijang.

beli duit syiling

Jalan Masjid Kapitan keling

BNM Pulau Pinang

Saya tidak pasti bagaimana suasana jualan di Pulau Pinang tetapi jika tidak ada yang memberi komen negatif, saya beranggapan ianya tidak akan ada masalah.

nombor BNM

Di Sasana Kijang dilaporkan ada "orang yang mengagihkan nombor" kepada rakan-rakan yang datang sebelum Subuh. Nombor yang bercop itu dikatakan hanya ada 300 keping sahaja (Ini info yang saya dapat, tak pasti betul ke tidak), ianya diberikan kepada sesiapa yang datang. Tidak ada dimaklumkan siapa yang memberi nombor giliran tersebut tetapi yang pastinya ia bukan dikeluarkan oleh BNM.

Sasana Kijang

Sasana Kijang

Keadaan mula menjadi kecoh apabila mereka yang lambat sampai tetapi tidak mempunyai nombor mula memotong barisan (ada yang melaporkan kepada saya barisan tidak wujud sebab mereka yang mempunyai nombor tidak berbaris). Kakitangan keselamatan BNM juga memberitahu nombor giliran tersebut bukan dibuat oleh BNM. Apabila pintu mula dibuka, tolak menolak berlaku menyebabkan mereka yang baru sampai dapat menyeludup masuk ke dua bahagian barisan yang dibuat. Kakitangan keselamatan dikatakan membuat dua barisan berdasarkan siapa yang baris dihadapan dan mereka yang baru sampai/tidak berbaris. Oleh itu, apabila kakitangan BNM memanggil pelanggan untuk berbaris naik ke atas, barisan yang baru sampai ini juga dipanggil (10 orang satu barisan, kiri dan kanan).

Keadaan ini membuatkan mereka yang datang awal sebelum Subuh lagi rasa tidak berpuashati dengan apa yang berlaku.

Di sini saya kongsikan komen beberapa orang rakan numismatik yang berada di sana:
(Mohon beritahu saya jika anda tidak mahu komen anda diterbitkan atau nama anda disiarkan)

MK Anwar Rangkuti:

What happened at Sasana Kijang today is everybody's fault.

The Numists are at faults. The Sasana Kijang Management and Security is also at fault. The people who did not even queue up is most of all at fault.

I arrived at 4 AM.

It seems everybody was very scattered at the time. No one was actually in the queue. Apparently this was caused by the comfort that everybody has a number. God knws who issued it.... but apparently there is a number for the queue.

Since I didn't have a number, we were told to line up. Which is good, cause my experience in purchasing iPad on release day is the log tiring and all boring zig-zag queue. Later a group of gentlemen, presumably seasoned Numists, starts handing out numbers. A piece of paper, a number written with bold marker and a stamp. I have absolutly no clue why the need for the stamp.

So i had a fairly good idea that the numbers were not something that Sasana Kijang issued/acknowledged. It was some form of initiative (and i thought it was a good idea, i still do) to enforce the sequence of the queue based on who arrived first and who arrived later. Sounds good to me.

Still, I dont see people lining up to make a line. Untill about 6AM. Thats when they sorted the people who had the number 1-100 to queue-up. But for some odd reasonem, aside from the "cammaraderie" they failed to engage those who has the number above 100 to line up. Worst still, up to this point only the 1-100 were queing. Later some of us thought that, we should start continuing the queue as well, and if someone has a smaller number we'll let them jump to the front accordingly. Sounds fair to me.

730AM, We start to see new faces just arriving at Sasana Kijang looking all fresh. They have no clue where to start, and the confusion of "Where do i get the number?" starts to rise, obviously. By now, we already have a solid foting of our spot in the queue. So what dis these clueless aliens do? Make a huge crowd at the entrance where people has already been queing and odd queue starts appearing out of no where looking horridfly odd to the the existing people in the queue.

Around 815: they started to open the door to start letting people in. The crowd that started to build up and the main entrace, well, you can expect what happens there.... then the security team come, the crowd disperse and magically JOIN the existing queue in an orderly fashion. Now, that was more like it.

Around 835: All hell broke loose when an officer of Sasana Kijang starts to making announcement that they did not issue a number. Now at this point, people who did not have the number for the queue start misinterpretting that there was some monkeys around making quick buck duping people into taking a number for the queue ( with profit). Of course all this is not true. I certainly wont part any money just for the privilege of queueing. Those who came after the sun has risen would of course welcome this announcement without a care in the world that there were over 380++ people already lining up ...SEBELUM AZAN SUBUH!!!

What happens next is the most illogical thing any tie-bearing-white-collar human could ever do. Remember the crowd that was building up at the main entrance, that magically join the queue in an orderly fasion? Fuck that shit. The security THOUGHTFULLY lead half of that queue which is mostly people who just arrived after 730AM, and lead them in an "orderly fashion" to enter at the door with the EXISTING queue that has been there since about 6AM.

Let me illustrate... Ade satu pintu, ade dua baris. mula mula you bagi 10 orang barisan kanan masuk, lepas tu you bagi 10 orang barisan kiri masuk. Orang dari barisan kiri semuanya orang yang datang lepas matahari naik, faham tak murid murid?

Faham Cikgu.

Sekian terima kasih

I came for the sole intention of buying the 2in1 set. I knew well in advance (after they let us into Sasana Kijang) that its gonna be fat hopes looking at my position (before they let me in and after they let me in). Set 2 in 1 was sold out at Sasana Kijang and announced at 10:51AM.

Can you imagine how devastated it was for me to see people who cam e much much later going home with that set and smiling ...


MD Nor Azman Khamis:
Nombor giliran, idea baik.. Thnx pd yg mengelola.. Sy smpi pkl 5.45 pg.. Xde plk org bg tau or advice utk amik no.. So rilex until 7, semua mula berbaris ikut no.. Sy yg xder no ni dh terpingga, nk buat ape? Sbb jumaat, sy blk umh n dtg blk around 3pm.. Alhamdulillah.. Last single silver sy yg dpt walaupon target set of 2 melepas.. Lps ni klu nk buat no kne announce or letak signboard besar "sila ambil no giliran disini"!!! Yg dpt no untung, yg dtg lewat dpt potong Q lg untung..


Rupinderjit Singh:
Sekuriti BNM tidak mengawal pembeli sehingga pukul 9pagi ramai yang bertolak tolak nak masuk unutk membeli syiling. Tetapi apabila dirayu oleh oran ramai maka pembeli mula beratur dan dibenarkan masuk untuk membeli syiling.

Irfan Rahman
Di johor.. Ada 3 group yg datang pukol 12am.. All agreed first group 5 people.. Second group 4 people.. Me the 3rd group start at no.10.. That was the agreement.. All the 3 groups agreed.. At around 3-4 am.. Hujan lebat sgt.. Semua lari masuk kereta.. Group ke dua membawa motor minta tolong saya utk kekalkan agreed number.. Which i agreed.. Sy park kereta btol2 depan gate utk make sure the agreement.. After hujan about 5am.. Semua kembali ke barisan.. Sy safekan barisan group 2 yg naik motor.. Sehingga mereka datang.. Then start ada group lain dibelakang.. And start ramai org to the line.. During this time.. Barisan start terabur sedikit kerana ramai nak pergi toilet.. Then solat subuh.. Pukol 8 bila bnm buka gate tiba2.. Group no1 bertambah.. Group no2 bertambah.. Me from the agreement From no.10 now to no.20+.. When i start to arguing about the agreement, they gave 1001 alasan.. Sighhh~ so as civilized person and dont want to make any scene.. I just sindir2 only and congrats them sebab xperlu beratur blh dpt barang..


Pada pendapat saya, nombor giliran adalah idea yang bagus tetapi tidak praktikal jika kita pandang dari sudut rakyat Malaysia yang sangat kreatif didalam menyalahgunakan kelemahan sistem yang ada. Nombor giliran boleh disalahguna dengan mengambil dua hingga tiga nombor untuk rakan-rakan yang dalam perjalanan ke Sasana Kijang. Jika seorang menjaga nombor itu pun, dia tak akan dapat ingat muka setiap orang sebab ada beratus orang yang datang beratur.

Pelik bin ajaib, orang yang punya inisiatif untuk membuat nombor giliran itu tidak pula berusaha untuk membantu rakan-rakan apabila kakitangan BNM mula memanggil orang ramai beratur untuk masuk (saya tak pasti jika ada). Sepatutnya jika orang tersebut berani untuk membuat nombor giliran, mereka juga perlu berani ketika kakitangan BNM datang. Beri penerangan kepada kakitangan BNM mengenai situasi yang berlaku. Rasanya kakitangan BNM pun manusia juga, mereka boleh bertolak ansur.

Jika nombor diagihkan, orang atau kumpulan yang membuat nombor tersebut juga perlu tegas dan adil didalam pengagihan nombor. Siapa yang ada disana sahaja diberikan nombor dan ada diberitahu kepada rakan-rakan lain yang baru sampai, ada angka giliran diberikan. Mereka berani membuat nombor giliran tetapi tidak berani untuk bersuara dan memberi arahan. Ini membuatkan seolah-olah usaha mereka memberi nombor ini ada udang disebalik batu.

Namun, pendapat saya juga, walaupun usaha itu bagus tetapi ianya telah melangkaui urusan pentadbiran BNM.

Pada pendapat saya juga, berbaris adalah cara terbaik untuk jualan syiling peringatan Malaysia. Namun, sehari sebelum hari jualan, sepatutnya dibuat sekatan atau "laluan untuk beratur" dan notis ditampal oleh kakitangan BNM meminta para pembeli syiling peringatan supaya beratur dan cara bagaimana untuk beratur tersebut.

Apabila berlaku perkara sebegini, nak salahkan kakitangan BNM pun tak patut sebab ramai yang tidak beratur dari awal. Takkanlah nak mintak kakitangan BNM jaga para pembeli bermula dari tengah malam?

Perkara ini adalah perkara yang hampir sama berlaku ketika penjualan duit syiling peringatan pertabalan Agong ke-14.

Jika ada lagi rakan-rakan yang ingin bersuara mengenai perkara ini, sila komen disini. Saya tahu kakitangan BNM akan membaca artikel ini, cuma tolong jangan "mencarut" didalam komen anda. Saya tidak akan terbitkan komen sebegitu. Berikan pendapat anda bagaimana BNM boleh memperbaiki keadaan ini dimasa hadapan.

Malaysia China coin

PS: Terima kasih kepada rakan-rakan Facebook Gan Wei Seong Gan, Mohd Sukri, Mohd Zaimi Ghazali, Bernard Teng, Will Iam, MK Anwar Rangkuti, MD Nor Azman Khamis, Rupinderjit Singh dan beberapa orang lagi rakan numismatik yang membantu saya memberikan perkembangan terkini mengenai apa yang berlaku. Saya meminta izin untuk menggunakan gambar anda, jika ada tuan punya gambar yang tidak mahu gambar dikongsi didalam blog, sila beritahu saya.