#IniMalaysiakita Kita bertuah hidup dibumi Malaysia yang aman damai tanpa peperangan sejak merdeka lagi. Hari ini kita menyambut hari penubuhan Malaysia yang ke 51 tahun. Tahun lepas, Bank Negara Malaysia ada mengeluarkan duit syiling peringatan Penubuhan Hari Malaysia ke 50 tahun, syiling peraknya adalah syiling peringatan pertama Malaysia yang mempunyai warna. Walaupun syiling itu bukan dibuat di Malaysia, ia adalah sebahagian daripada sejarah didalam numismatik Malaysia.
Didalam numismatik Malaysia juga kita ada pelbagai kategori manusia yang mewarnai komuniti numismatik. Pelbagai macam perangai dan ragam dapat kita lihat dikalangan rakan-rakan kita. Didalam blog saya juga saya sudah banyak kali berjumpa dengan bermacam-macam perangai manusia. Ada yang sangat pemalas, jika boleh mereka hendak kita memberikan jawapan terus kepada mereka. Mereka tidak mahu membaca apa yang kita tulis. Ada yang jika boleh, mereka nak kita berikan jawapan kepada soalan mereka "dengan segera" atau "as soon as possible". Walaupun pada waktu itu sudah jam 3 pagi. Ada yang beranggapan, beliau adalah pembaca blog saya setiap hari, oleh itu, saya perlu layan dia seperti raja. Saya perlu tulis apa yang dia mahu dan saya perlu masukkan apa yang dia tulis kepada saya. Ada juga yang beranggapan, saya adalah tempat mereka membuat rujukan. Oleh itu, setiap soalan mereka perlu saya jawab. Bagi sesetengah pembaca, saya perlu faham masalah mereka tetapi mereka tidak perlu faham apa yang berlaku kepada saya.
Inilah suasana numismatik di Malaysia. Kenapa berlaku perkara sebegini? Kerana bagi kebanyakkan rakyat Malaysia, ilmu bukanlah perkara penting, wang ringgit yang menjadi ukuran. Didalam dunia yang semakin diwarnai oleh manusia dari generasi Z yang hanya bergantung kepada media sosial didalam kehidupan seharian mereka.
Kategori manusia didalam Numismatik Malaysia:
Sampah- Mereka cuma mahu tahu harga duit lama mereka dan nak menjualnya pada harga tinggi.
Bukan Collector- Mereka tidak berminat menyimpan duit lama tetapi ada "duit lama", biasanya mereka cuma nak tahu harga saja.
Spammer- Pantang ada nampak blog, Facebook page, status mengenai duit lama, mesti nak buat post untuk iklan duit lama mereka.
Newbies-Mereka ini baru sahaja berjinak-jinak dengan hobi duit lama. Newbies biasanya tak tahu apa yang mereka nak kumpul serta tidak mempunyai ilmu.
Newbies Otai-Mereka ini baru didalam dunia numismatik tetapi menganggap diri mereka mengetahui semua hal didalam dunia numismatik Malaysia. Mereka ini biasanya mempunyai kumpulan yang kebanyakkan anggotanya adalah Newbies.
Seller-Mereka hanya menjual duit lama, tidak ada koleksi sendiri. Semua koleksi yang mereka ada adalah untuk dijual.
Treasure hunter-Mereka ini mencari duit-duit lama dengan menggunakan mesin metal detector untuk dijual dan disimpan sendiri.
Investor-Mereka beli untuk jual dengan harga yang mahal dimasa hadapan.
Speculator-Mereka juga adakalanya adalah investor tetapi mereka suka membuat spekulasi untuk menaikkan harga duit lama yang ada didalam simpanan mereka. Spekulasi biasanya dibuat didalam komuniti (Facebook) yang mempunyai penyokong-penyokong setia mereka.
Collector-Mereka mempunyai koleksi dan tahu apa yang mereka nak kumpul tetapi tidak membuat kajian ke atas koleksi yang mereka ada.
Collector Otai-Mereka ini sudah lama didalam hobi ini atau boleh juga bermaksud Collector yang sudah berumur/umur lebih tua daripada collector lain. Mereka ini biasanya mempunyai koleksi tetapi tidak mempunyai ilmu yang cukup. Namun, collector-collector lain melihat mereka sebagai tempat rujukan kerana faktor usia atau mereka telah lama didalam bidang ini.
Numismatist-Mereka mempunyai koleksi dan membuat kajian yang terperinci dengan apa yang mereka simpan. Mereka belajar bagaimana proses syiling itu dibuat, sejarah syiling serta apa yang terjadi kepada syiling tersebut.
Pakar Numismatik-Mereka adalah pakar atau sifu didalam bidang mereka. Mereka boleh membuat pengesahan tentang duit palsu dan juga tulen. Mereka juga tahu sejarah berkaitan dengan duit lama yang menjadi kepakaran mereka.
Pada ketika ini, amat sukar untuk kita melihat Pakar Numismatik yang baru muncul didalam numismatik Malaysia. Dulu, ada beberapa orang yang berpotensi untuk menjadi Pakar Numismatik tetapi apabila mereka telah mula berkerja, mereka sudah tidak mempunyai masa untuk numismatik. Pakar-pakar yang ada kebanyakkannya sudah terlalu berusia dan ada yang sudah meninggalkan kita.
Terpulang kepada anda untuk meletakkan diri anda didalam kategori yang mana.
Tepuk dada, tanya selera....
Ini Malaysia kita....