Isnin, 29 September 2014

Saya bukan menulis nak jadi popular

"In logic perspective,if do anythgs there will be consequences.In which we hv to thinked masak2 before we do.As a blogger,u already knew that it was ur job to write just to share/sebarkan what u know to other ppl.When those newbies read about ur blogs then it will served them as a guidelines n also fr those newbies helps to recommend to their fren n pass on n on.This will make u become famous n also help u to becomes a reputable person.This is ur gained.Besides this u should knew in d first place that besides gaining definitely there also hv some unhappy incidents/matters that pissed u off.This is d rules of every games.There's no free lunch in this world.Mana boleh cuma u sorang je untung,x aci le tu.For me la,no matter how pissed off also,i wouldn't write just to tembak like blind ppl.Ppl asking bcoz they dont know n bcoz they trusted u as a reputable person in this line.Pls learned fr grand master dickson,he wouldn't wrote anywords that meant to hurt those who ask.He will clearly n"

penulis popular

Lagi seorang marah kerana dia tak percaya duit yang dia ada tidak adalah berharga berjuta ringgit.

Inilah bukan collector, mereka harap nak untung juta-juta, jadi mat jenin. Apabila kita cakap terus terang, nak marah pulak. Hahahahaha.... Saya bukan menulis nak jadi popular dan saya menulis blog ni bukannya ada untung apa pun, rugi lagi ada. Cara penulisan saya memang sarkastik, jika anda tidak suka saya tidak ada masalah sebab saya tak pernah paksa anda baca penulisan saya. Anda juga tidak bayar saya sebagai penulis blogger, jadi janganlah anggap anda sebagai boss saya pula. Saya tidak ada masalah menerima kritikan tetapi biarlah kritikan itu membina. Bukan disebabkan anda marah kerana harga duit syiling 50 sen berparit anda tidak mempunyai harga sejuta, anda mengecam saya, sampai bahasa pun jadi lintang pukang.... Hahahahaha.... Takpelah.., boleh saya dan kawan-kawan pakat gelak baca, ada juga hiburan. Marah sangat ke bang? Hahahahaha....

Saya menulis blog bukan seperti blogger numismatik lain yang dalam masa yang sama menjual koleksi mereka didalam blog ataupun mempunyai kedai menjual duit lama. Apabila kita ingin menjual, mulut tu kenalah manis. Sakit hati pun simpan sahaja, nanti cakap dengan orang itu dia marah pulak walaupun dia ganggu kita jam 1pagi. Ingat kita tak perlu tidur ke, takde kerja dan takde anak bini? Untuk makluman, saya telah berhenti menjual duit lama sejak bulan Disember 2012 lagi.

Saya menulis blog untuk berkongsi idea, maklumat dan juga berita mengenai numismatik Malaysia. Saya telah lama ingin berhenti untuk menulis di blog Malaysiancoin.com tetapi atas dorongan rakan-rakan dan pembaca setia blog ini, saya teruskan juga. Kenapa saya terasa ingin berhenti menulis? Anda boleh membacanya disini; rendahnya budaya membaca rakyat Malaysia. Ada bukan collector yang mahu kita jawab dia setiap kali didalam Facebook dan juga email, walau jawapan kepada soalan itu ada didalam blog. Macam itu, buat apa blog ini ditulis?

Ramai yang kata blog ini adalah tempat rujukan tetapi adakah saya yang berkata demikian? Saya sendiri telah beritahu sebelum ini bahawa saya bukanlah seorang yang pakar. Apa yang ada didalam blog ini kebanyakkannya adalah idea rakan-rakan dan juga sifu-sifu, saya cuma menterjemahkannya didalam bentuk artikel supaya rakan-rakan semua faham. Kebanyakkan nama-nama yang memberi idea itu saya letakkan didalam artikel. Namun, ada juga diantara mereka yang tidak mahu dikenali, saya tidak meletakkan nama mereka. Terima kasih kerana menjadikan blog saya sebagai tempat rujukan tetapi janganlah anggap saya ini sebagai "kuli" anda yang perlu menjawab setiap soalan anda. Saya bukannya menghadap PC/telefon bimbit 24jam sehari. Sebagai blogger bukan bermakna saya perlu menjawab setiap soalan anda.

Kenapa saya menulis secara sarkastik? Blog saya telah ada dilaman maya sejak tahun 2008 lagi dan kebanyakkan informasi boleh ditemui didalam blog. Namun, kebanyakkan daripada bukan collector masih lagi bertanya benda yang sama. Walaupun mereka telah menemui blog Malaysiancoin.com, mereka masih mahu bertanya di Facebook atau email daripada membaca info yang ada. Sebagai contoh, info mengenai harga duit lama telah saya letakkan link disebelah kanan blog ini tetapi setiap hari ada sahaja yang bertanya. Jika anda ditempat saya yang ditanya mengenai harga 50 sen 1967 dan 1968 setiap hari, adakalanya sejam sekali, apakah yang anda rasa? Apa salahnya membuat carian didalam blog terlebih dahulu sebelum bertanya?

Selain itu, soalan "berapa harga duit ini?", sudah sebati, setiap hari ada sahaja yang tanya, dalam blog kan saya dah kongsi harga duit syiling Malaysia. Ini telah berlaku sejak tahun 2009 (sejak blog saya mula aktif) lagi, bukan semalam. Perkara ini bukan berlaku kepada saya sahaja, malah kepada kebanyakkan blogger numismatik dan juga penjual duit lama. Anda mungkin tak tahu sebab mereka tak bercakap kepada anda dan mereka tidak menulis blog seperti saya.

Rasanya didalam setiap artikel saya, saya tidak pernah menulis nama sesiapa yang saya kritik tetapi bak kata rakan-rakan, pedasnya akan menusuk ke hati pembaca yang termakan cili tersebut. Hahahahaha....

Jika saya nak popular sebagai penulis blogger, baik saya jadi blogger mengenai hiburan dan artis. Boleh ada pendapatan 5 angka sebulan, penulis numismatik macam saya ni, popular dapat apa? Iklan pun dah lama tidak ada didalam blog ni, jadi fikirlah sendiri jika saya popular saya dapat apa? Hahahahaha.... Inilah Malaysia kita.