Sejak 2 minggu yang lalu, ada di antara rakan-rakan pengumpul dan penjual duit lama yang di ajukan soalan mengenai duit syiling 50 sen terbelah atau berparit atau dikenali juga sebagai security edge. Akibat daripada maklumat yang kurang tepat, ramai pembaca yang beranggapan syiling mereka juga berharga berpuluh-puluh ribu ringgit.
Semuanya bermula apabila sebuah blog berkongsi sebahagian artikel mengenai Top 5 duit syiling Malaysia termahal yang ada diblog ini. Masalahnya, blog tersebut berkongsi artikel tetapi menukar gambar-gambar duit syiling yang ada didalam artikel tersebut dengan gambar-gambar yang ditemuinya di Internet untuk diletakkan watermark blognya sendiri. Walau bagaimanapun, blog tersebut ada menyertakan link ke Malaysiancoin.com tetapi bukan link terus ke artikel asal.
Saya tiada masalah untuk mana-mana blog berkongsi artikel daripada blog malaysiancoin.com asalkan blogger tersebut menyertakan link ke artikel yang asal.
Masalah timbul apabila pembaca yang melihat artikel yang dikongsi oleh blog tersebut terlihat duit syiling 50 sen 1967 dan 1968 yang kelihatan seperti syiling yang mereka ada boleh mendapat harga yang tinggi. Para Blogger dan Admin Facebook beberapa page juga tidak menyertakan sepenuhnya penerangan yang ada didalam artikel asal tersebut.
Artikel copy paste tapi gambar syiling biasa sahaja.
Mungkin mereka nak tarik trafik ke blog mereka tapi masalahnya mereka memberikan maklumat yang salah kepada pembaca.
Maka bermulalah episod bakal-bakal jutawan yang berusaha untuk menjual "syiling rare" mereka. Blog saya, Facebook page dan juga telefon serta sms penuh dengan soalan yang sama mengenai 50 sen 1967 dan 1968. Apabila saya memberitahu mereka syiling 50 sen 1967 1968 berharga sejuta sekeping, ada pula yang marah kerana tidak boleh menerima apa yang saya tulis.
Sepertimana yang saya tulis sebelum ini, bukan semua syiling itu sama, sama tapi tak serupa. Pada pandangan bukan collector setiap syiling 50 sen 1967 1968 itu adalah sama sahaja. Bagi mereka ianya adalah syiling rare kerana agak sukar untuk ditemui didalam edaran pada masa kini.
Bila kita cakap syiling Milled Edge berharga mahal, mereka akan kata syiling 50 sen 1967 1968 mereka itu Milled Edge.
Bila kita cakap syiling yang mahal tu mempunyai gred Uncirculated, mereka akan kata syiling 50 sen 1967 1968 mereka itu Uncirculated.
Bila kita tanya apa itu Milled Edge? Apa itu Uncirculated? Mereka akan jawab tapi biasanya jawapan yang kita dapat akan buat kita tergelak.
Fikirlah secara logik, jika barang yang kita ada tu, ramai orang lain ada, siapa nak beli mahal-mahal?
Saya telah menulis artikel mengenai 50 sen 1967, 1968 dan 1969 disini: Maklumat mengenai duit syiling 50 sen 67, 68 & 69.
Mohon kepada rakan-rakan collector yang terbaca mana-mana artikel mengenai duit syiling Malaysia didalam blog atau Facebook supaya memberi sedikit penerangan kepada mereka. Jika rasa susah nak bagi penerangan, copy paste artikel di atas, link akan keluar secara automatik di tempat anda paste tersebut. Bantu mereka supaya mereka faham akan hobi kita ini.
Terima kasih juga kepada pembaca dan rakan-rakan yang membantu memberi penerangan.
Tugas memberi penerangan bukan tugas saya sahaja, kita perlu bersama-sama memikul tugas tersebut jika kita mahu melihat komuniti numismatik di Malaysia semakin berkembang