Jumaat, 18 September 2015

Berhati-hati dengan Iklan membeli duit lama palsu

"Siapa ada duit syiling 50 Sen Tahun 1967 Jual Kepada Kami, Kami Beli Sekeping RM27,000." Beberapa hari ini, ada "individu" yang berkongsi status seperti di atas ke berpuluh-puluh Group Facebook dan juga Facebook pages. "Iklan" tersebut menggunakan gambar daripada Malaysiancoin.com.

Selain daripada itu, terdapat juga iklan:
"Kami Mencari Duit Syiling Lama Iaitu 20sen Tahun 1988, Kami Beli Dengan Harga Tinggi Iaitu RM38,000 Setiap Satu. Jika Anda Atau Rakan Anda Mahupun Ahli Keluarga Anda Ada, Jangan Lupa Tag Mereka Dan Hubungi Kami Di Laman Ini. Kami Hanya Perlukan 30 Keping Sahaja KLIK SINI UNTUK URUSAN JUAL BELI . Jangan Lupa Tag Kawan Atau Family Anda Jikalau Mereka Ada, Boleh Kongsikan".


Modus Operandi "individu" itu juga sama, share ke berpuluh-puluh Group Facebook dan juga Facebook pages.

beli duit lama

Kesemua iklan-iklan tidak beretika daripada blogger-blogger yang tidak beretika ini menggunakan artikel dan gambar daripada Malaysiancoin.com.

Modus Operandi mereka, share gambar syiling ke berpuluh-puluh Group Facebook dan juga Facebook pages dengan menggunakan automatik software yang berkongsi secara automatik apa sahaja ke Group Facebook dan juga Facebook pages. Tujuan mereka membuat iklan tersebut adalah supaya anda klik link dan datang ke blog mereka. Apabila anda datang ke blog, anda akan disajikan dengan "iklan" yang tidak dapat ditutup dan adakalanya secara automatik akan download malware untuk anda.

Kepada blogger tidak beretika, mencuri artikel dan menyamar sebagai malaysiancoin.com semata-mata untuk mendapatkan pendapatan daripada iklan serta menyusahkan komuniti numismatik Malaysia dengan menyebarkan berita palsu sebegini, kami di malaysiancoin.com tidak menghalalkan cara anda ini.

Penipuan yang dilakukan oleh anda telah menyebabkan bukan collector beranggapan berita dan tawaran ini adalah betul-betul asli.

Saya tidak pasti sampai tahap mana penipuan yang dilakukan oleh Blogger-blogger ini, jika ada melibatkan wang ringgit, sila laporkan kepada pihak kami bersama bukti untuk di ambil tindakan undang-undang.

Kami dapati juga mereka ada menawarkan untuk membeli wang kertas 1 Ringgit prefix CR Ali Abul Hassan, sila berhati-hati dan jangan hantar wang kertas CR anda kepada mereka tanpa mendapat bayaran terlebih dahulu. Kemungkinan untuk berlaku penipuan amat tinggi.

Buat masa ini, tindakan membuat laporan pelanggaran hakcipta malaysiancoin.com telah dibuat untuk kesemua blog-blog yang terlibat.

Untuk makluman semua, pihak kami tidak membeli dan menjual daripada individu dan orang perseorangan.

Sekali lagi kami maklumkan, iklan-iklan tersebut tidak ada kaitan dengan malaysiancoin.com.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu melaporkan mengenai perkara ini.