Ahad, 13 September 2015

Collector Newbies memang semua CELAKA!

Kebanyakan collector duit lama newbies di Facebook memang semua celaka. Harga pasaran duit lama yang dia beli jatuh, dia nak salahkan orang lama yang jadi Presiden Persatuan Numismatik. Dia sibuk tanya harga duit lama, pm orang lama tu tiap kali nak beli koleksi dia, dia tak ingat? Ingat otai-otai ni semua kerja untuk newbies ke? Kena jawab soalan, kena tolong beritahu harga, kena tolong bagitau si polan ni scammer dan kena tolong dia ajar hampir semua perkara mengenai numismatik!

Newbie

Jika anda masuk semata-mata kerana tajuk artikel ni dan juga deskripsi artikel ni, rilek dulu, sila baca. Provokasi saya berjaya mengetuk perasaan ingin tahu anda untuk datang ke sini.

Saya tak hairan jika ada yang terus komen tanpa baca artikel. Di dalam numismatik Malaysia, itulah yang biasa berlaku, ilmu dah diberi tapi tak baca, buku dah beli tapi simpan di dalam cermin kaca.

Apa pun yang kita tulis, setiap orang akan mempunyai persepsi yang berbeza, tidak semua orang akan faham apa yang kita ingin sampaikan dan tidak semua orang akan baca sehingga habis apa yang kita kongsikan. Tidak kiralah di blog atau di Facebook. Apa yang kita tulis juga akan biasanya menyentuh hati orang lain, walaupun perkara itu adalah fakta yang benar.

Hari ini, seorang rakan berkongsi mengenai status FB seorang rakan yang turut berkongsi status FB seorang newbies.

Rasanya tidak perlulah saya kongsikannya disini, jika anda rajin, anda carilah sendiri.

Apa yang saya faham, "collector" newbies itu antara lain bersungut kerana harga pasaran koleksinya jatuh dengan teruk sejak akhir-akhir ini. Dia tak dapat untuk membuat pusingan modal kerana harga koleksi yang jatuh dengan teruk tersebut. Antara lain juga beliau bersungut sebab Presiden Kelab Numismatik (gambar ada disertakan didalam komen tersebut) tidak membuat apa-apa mengenai perkara ini.

Tepuk dada tanya selera, sebab itu sebelum melabur didalam duit lama itu, fikir dahulu risiko-risiko yang boleh berlaku dalam pelaburan anda.

Jika anda dah fikir nak buat pelaburan, beli dan nak buat untung, anda bukanlah seorang collector sejati. Anda nak belajar dengan collector, kami ni kalau rugi pun hadam jer kerana itu adalah pengajaran bagi diri sendiri.

Terbeli duit palsu, duit yang dah dicuci, beli harga RM600, esok harga jatuh RM90, setiap dari collector akan menghadapinya.

Jika anda jenis yang suka "ikut" nasihat orang sahaja tanpa belajar sendiri bagaimana untuk membuat keputusan, pasti suatu hari nanti anda juga akan terperangkap.

Di dalam senario numismatik Malaysia ni, buaya dan harimau semua akan menjadi kawan anda selagi mana anda boleh beri mereka makan, nak cari kancil yang sanggup duduk semeja dengan kita dan belanja kita makan tu, adalah teramat rare.

Jadi berhati-hatilah, jika rasa diri anda dipergunakan hanya kerana anda ada "lubuk wang", pandai-pandailah berfikir sendiri.

Anda atau rakan-rakan membuat anggapan seseorang itu otai atau sifu, tidak bermakna soalan yang anda tanya melalui Facebook Private Message, sms atau Whatsapp itu wajib dijawab oleh "otai" atau "sifu" anda.

Bukan semua orang suka menghabiskan masa di media sosial seperti anda. "otai" atau "sifu" itu juga perlukan rehat, perlukan tidur, takkanlah hantar pesanan jam 2 pagi nak dia jawab masa itu juga. Soalan yang anda tanya itu juga mungkin soalan biasa (contoh: 50 sen terbelah), "otai" atau "sifu" anda tu dah tak berminat nak jawab, penat balik-balik soalan yang sama.

Janganlah jadi newbies yang pentingkan diri sendiri, "otai" atau "sifu" dijadikan buku rujukan wajib.

Nak tanya harga koleksi masa nak beli, tanya "otai" atau "sifu".

Nak tanya koleksi tu palsu atau original pun nak tanya "otai" atau "sifu".

Harga pasaran koleksi dia jatuh pun nak complaint dengan "otai" atau "sifu".

Untung newbies sekarang ni, mudah dapat "otai" atau "sifu", add sahaja "otai" atau "sifu" di Facebook dah boleh tanya soalan.

Kepada admin-admin group numismatik Malaysia yang tidak tahu macamana nak korek duit newbies tu, saya syorkan buat satu perkhidmatan "Sessi soal jawab berbayar". Satu soalan yang ditanya kenakan charge USD$5, bayar dulu baru jawab. Jawapan akan diberikan dalam tempoh 48 jam.

Hahahaha.... Macam tu barulah newbies rasa rajin nak cari maklumat dahulu sebelum tanya kot dan barulah "otai" atau "sifu" rasa rajin nak jawab apa soalan sekalipun.

Kepada anda yang rasa tak setuju dengan pendapat saya, sila beri komen anda.

Jika anda rasa setuju, sila share artikel ini dengan rakan-rakan. Tengok berapa ramai daripada rakan-rakan anda yang malas membaca. Anda share kat Facebook penat-penat, dia baca tajuk jer. Hahahahaha.....