Rekabentuk syiling dah cantik tetapi kenapa Syiling Jubli Emas Masjid Negara kurang mendapat sambutan? Walaupun syiling turut dijual di hari pelancaran syiling di Masjid Negara, sehingga jam 3.00 petang semasa hari jualan di Sasana Kijang, semua set syiling masih lagi ada.
Saya tidak pasti mengenai cawangan BNM yang lain kerana tidak ada sesiapa yang sudi berkongsi maklumat tetapi di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, tidak ramai orang yang menghadiri hari jualan pada 28 Ogos 2015 (gambar diatas di ambil jam 7.00 pagi). Nak beli borong pada hari tersebut pun boleh, tak ada siapa yang larang sebab dah memang tiada orang lain yang datang.
Tahun lepas, jam 10.00 malam pun dah ada orang yang beratur di Sasana Kijang. Jam 8.00 pagi, beratus-ratus orang sedang menunggu di pintu masuk Sasana Kijang. Perbarisan panjang dapat dilihat sehingga hampir ke kaki bukit di Sasana Kijang.
Persoalannya, kenapa Syiling Masjid Negara kurang mendapat sambutan daripada para pengumpul duit syiling? Rekabentuk syiling menarik tapi sambutan agak suam-suam kuku.
1. Tiada promosi awal daripada Bank Negara Malaysia (BNM)
BNM hanya mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai jualan duit syiling tersebut, sehari sebelum hari jualan. Penyakit lama BNM, memaklumkan tentang jualan syiling peringatan hanya selepas pelancaran di adakan. Penat dah tulis dalam ni, maklumat "last minute" macam ni sebenarnya memberi masalah kepada collector, ingat semua collector ni tak perlu cuti dan simpan duit berkepuk-kepuk bawah bantal ke?
Hari ni nak jual, semalam baru umumkan kepada umum. BNM beranggapan semua collector ni hari-hari buka laman web BNM nak tahu bila syiling peringatan keluar ke?
Hari ni nak jual, semalam baru umumkan kepada umum. BNM beranggapan semua collector ni hari-hari buka laman web BNM nak tahu bila syiling peringatan keluar ke?
2. Jumlah tempaan dan set yang terlalu banyak.
Jumlah tempaan syiling atau mintage yang tinggi sememangnya memberi peluang kepada collector untuk mendapatkan syiling yang di idamkan. Collector seperti saya tidak kisah mintage tinggi, sebab kami beli dan simpan, tak mungkin akan jual sampai bila-bila. Tapi adakah BNM pernah membuat kajian, bukan semua pembeli syiling peringatan itu adalah collector. Jumlah mintage yang terlebih banyak akan menyebabkan "bukan collector" tidak berminat untuk membeli.
Sebelum ini, kami para collector telah memberikan jumlah cadangan untuk mintage, tak tahulah jika BNM ada mengambil kira pandangan kami itu atau tidak. Kalau rasa tak pernah baca, bolehlah tengok didalam artikel sebelum ni: Cadangan tambah baik Syiling peringatan.

3. Masa hari jualan yang tidak sesuai
Semasa hari jualan di Sasana Kijang pada 28 Ogos, ramai yang mendengar khabar angin banyak jalan di Kuala Lumpur di tutup untuk raptai perarakan Hari Kemerdekaan 2015 dan juga perarakan Bersih 4. Tidak ramai yang mahu memperjudikan nasib bersesak di atas jalanraya untuk keluar masuk ke Sasana Kijang.
Sewajarnya, BNM memberi maklumat kepada "bakal pembeli" mengenai jalan alternatif, suasana jualan di setiap cawangan BNM atau mungkin apa yang boleh dibeli disetiap cawangan BNM melalui Facebook rasmi BNM. Namun, umum dah tahu, itu tak mungkin akan berlaku sekarang. Masih ramai lagi kakitangan BNM yang tidak boleh memandang collector ini sebagai pelanggan mereka. Logiknya, nak jual barang, kenalah berinteraksi dengan pembeli.

4. Harga jualan logam perak dan emas yang terlalu mahal
Walaupun harga pasaran emas dan perak mengalami kejatuhan tetapi BNM masih lagi mengekalkan harga "standard" mereka ditambah lagi dengan GST. Walaupun ianya adalah syiling peringatan, harga yang tinggi ini sedikit sebanyak membuatkan "bukan collector" berfikir banyak kali untuk membuat pelaburan.
BNM pastinya ada ramai pakar pelaburan emas dan perak, boleh minta pandangan mereka jika rasa tak faham apa yang saya maksudkan.
BNM pastinya ada ramai pakar pelaburan emas dan perak, boleh minta pandangan mereka jika rasa tak faham apa yang saya maksudkan.
5. Syiling peringatan perlu bayar GST
Bayaran GST untuk syiling peringatan menambah kos untuk membeli setiap syiling. Adalah lebih baik untuk membeli bullion yang tidak dikenakan GST berbanding dengan syiling peringatan yang mempunyai harga premium yang tinggi beserta GST 6%.
Untuk anda yang masih belum tahu mengenai GST syiling peringatan, boleh baca artikel sebelum ini; Syiling peringatan BNM dikenakan Cukai GST.
Ini hanya pandangan peribadi, setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Namun bagi collector syiling peringatan Malaysia, harga mahal ke, ditempa dengan banyak ke, rekabentuk syiling tak cantik sekalipun, kebanyakkan dari mereka akan tetap membeli juga.
Semoga BNM akan terus menghargai pembeli syiling peringatan sebagai pelanggan.