Isnin, 21 Januari 2019

Scam Beli Duit Lama dari Luar Negara

Ramai yang bertanya kepada kami mengenai isu pembelian duit lama Malaysia oleh pembeli dari luar negara. Penipu atau scammer mengambil kesempatan daripada iklan yang dibuat di mudah.my yang turut berkongsi nombor telefon penjual.

Beli Duit Lama

Pada awalnya, kami tidak mengendahkan soalan begitu kerana secara logiknya, jika koleksi duit lama yang anda tawarkan pada harga murah tetapi tiba-tiba ada orang membuat tawaran harga gila-gila, takkanlah itu pun tak boleh berfikir sendiri.

Apabila tamak haloba sudah mula menguasai diri, dah rasa ada yang tidak kena tetapi masih juga berfikiran duit lama yang dia ada berpeluang dijual pada harga yang tinggi.

Anda tawarkan harga cuma RM1,000 tetapi tiba-tiba ada orang message anda nak beli pada harga sepuluh kali ganda, RM10,000? Tidakkah itu jelas memberitahu anda yang "bakal pembeli" tersebut bertujuan untuk menipu?

Namun, kepakaran psikologi scammer dari Afrika yang sudah terkenal membuat penipuan secara online juga turut memainkan peranan. Cara mereka memujuk dan usaha mereka untuk cuba menghantar sebanyak mungkin perangkap "scam" tidak boleh dipandang mudah.

Kewujudan teknologi baru seperti whatsapp membantu mereka untuk menipu dengan lebih berkesan.

Bagaimana untuk mengenali pembeli scammer duit lama:
Scammer Duit lama ada dimana2. Instagram, Facebook, Twitter.... Nak kenal mereka senang saja:

1. Menggunakan gambar Org putih (USA, UK) tapi kat info tulis Bahasa Melayu. Info biasanya mengenai mereka beli duit lama. Ada juga yang menggunakan nama Orang Islam, pak arab, pompuan melayu etc. Gambar mereka tu bukan gambar yang sebenar, mereka ambil dimana-mana yang org tak biasa tengok.

2. Nama ID mereka agak pelik, nama campuran Melayu dan nama Kristian; contohnya, Abdul James wright. Ada juga nama menggunakan nombor dibelakang; contohnya, Abdul James wright001. Biasanya mereka akan membuat banyak akaun sebab itu nombor akan membezakan akaun-akaun tersebut.

3. Meletakkan gambar duit lama Malaysia dalam akaun Facebook/Instagram mereka tetapi nama dan gambar orang putih. ( Fikir logik, buat apa org putih ni nak beli duit lama Malaysia?)

4. Gambar Duit lama yang mereka kongsi itu biasanya duit yg dijual oleh mereka yang tak tahu apa-apa pasal duit lama. Jadi banyak duit "buruk" dalam koleksi mereka. Collector tak beli duit mcm tu. Kami ada kongsikan apa itu duit buruk didalam artikel sebelum ini; duit lama atau duit buruk.

5. Jika check ID FB / IG mereka betul-betul, baru sahaja dibuat (tahun ini atau tahun lalu).

6. Ada yang siap tunjuk gambar testimoni orang Malaysia pegang duit ribu-ribu.



Bagaimanakah Modus Operandi scammer pembeli luar negara:

Modus Operandi 1
1. Membuat tawaran harga yang tinggi untuk koleksi duit lama. Kebiasaannya 10 kali ganda daripada harga yang anda tawarkan di Mudah.my. Alasan mereka duit lama itu akan dijual kepada muzium, collector atau bank dunia untuk mendapatkan harga yang lebih mahal dan sebagainya.

2. Apabila anda bersetuju, mereka akan meminta no akaun anda dan kemudiannya akan berjanji untuk membayar menggunakan bank transfer atau Telegraphic Transfer kepada anda. 

3. 1 atau 2 hari kemudian, mereka akan menghubungi anda mengatakan ada masalah dengan pemindahan wang yang dijalankan. Alasan utama biasanya pihak berkuasa menahan wang yang di pindahkan ke akaun anda. Anda juga mungkin akan mendapat email yang mengatakan duit telah dihantar kepada anda tetapi anda perlu membayar sejumlah wang (bayaran atau fee) untuk melepaskan duit itu ke akaun anda.

4. Tidak lama kemudian, ada rakan mereka dari Malaysia yang akan menghubungi anda menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia, Polis, Kastam atau apa sahaja pihak berkuasa yang berkaitan. Mereka menghubungi anda kerana anda dikatakan telah membuat kesalahan berkaitan dengan penerimaan wang tersebut. Kemungkinan juga mereka memberitahu, akaun bank anda akan dibekukan kerana wang tersebut adalah duit dari pengganas dan sebaginya. Ada kemungkinan juga pegawai bank (palsu) akan menghubungi anda.

5. Orang yang menyamar ini kemudiannya akan mengatakan mereka boleh membantu anda mendapatkan wang dari hasil pembelian tersebut tetapi anda perlu membayar sedikit "wang pampasan" kepada mereka.

6. Apabila anda sudah mula membayar ke akaun mereka, maka bermulalah episod "wang pampasan" yang tak pernah cukup. Pembeli dan juga orang yang menyamar akan senantiasa memberikan pelbagai alasan untuk membolehkan mereka mendapat wang dari anda.


Modus operandi 2
1. Membuat tawaran harga yang tinggi untuk koleksi duit lama. Kebiasaannya 10 kali ganda daripada harga yang anda tawarkan di Mudah.my. Alasan mereka duit lama itu akan dijual kepada muzium, collector atau bank dunia untuk mendapatkan harga yang lebih mahal dan sebagainya.

2. Apabila anda bersetuju, mereka akan meminta no akaun anda dan kemudiannya akan berjanji untuk membayar menggunakan bank transfer atau Telegraphic Transfer kepada anda. 

3. Anda kemudiannya akan dihubungi semula sama ada daripada scammer, bank atau pihak berkuasa lain untuk membayar processing fee. Selagi anda tidak membayar fee tersebut, wang tidak akan dihantar kepada anda. Mereka akan menghubungi melalui email atau telefon. Fee tersebut pada mulanya didalam jumlah yang kecil, apabila anda membayar, akan ada pula fee lain yang akan dikenakan.

4. Jika anda telah berjaya membayar fee tersebut, ada kemungkinan juga "pihak berkuasa" di Malaysia akan menghubungi anda. Dengan alasan anda telah melakukan kesalahan dan mereka nak minta sedikit duit tersebut tapi anda kena bayar kepada "pihak berkuasa" terbabit. Mereka menyamar sebagai pihak berkuasa boleh jadi sebagai polis, bank di Malaysia, Bank Negara Malaysia, Kastam dan sebagainya. 

Modus Operandi yang mereka gunakan mungkin sedikit berbeza daripada apa yang kami kongsikan di atas tetapi jika anda menggunakan lojik akal, anda tahu mereka bertujuan untuk menipu. Ada juga pelbagai kemungkinan Mondus Operandi yang lain.

Jika anda dihubungi oleh scammer dari luar negara ini, apakah yang anda perlu lakukan? Wang anda pasti selamat jika anda menerapkan konsep 4J ketika berhadapan dengan scammer-scammer ini.

Nombor telefon yang mereka gunakan biasanya bermula dengan +234 (Contoh +234 815 655 9228), nombor tersebut daripada Nigeria. Namun, pada masa sekarang ini, mereka menggunakan pelbagai nombor luar negara; Mauritius (+230), Maldives (+960), UK (+44). Mereka mempunyai rangkaian diluar negara, jadi janganlah dengan mudah percaya jika ada pembeli dari luar negara ingin membeli duit lama anda. Mereka juga ada menggunakan nombor telefon dari Malaysia.

scam beli duit lama

Konsep 5 JANGAN untuk scammer online:
  • JANGAN Jawab sebarang message mereka;
  • JANGAN TAMAK! 
  • JANGAN bagi data peribadi anda (Nombor akaun bank, Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan etc);
  • JANGAN takut & kasihan;
  • JANGAN bayar duit kepada mereka.
Apa yang perlu dilakukan jika anda telah memberi data peribadi anda (Na akaun bank, Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan etc), kami nasihatkan tukar saja akaun bank anda. Ada kemungkinan, mereka akan menggunakan maklumat anda itu untuk Modus Operandi yang lain pula.

Nasihat kami juga gunalah logik akal didalam berurusan, belajar serba sedikit ilmu numismatik jika anda ingin menjual item numismatik, bukan semua duit lama itu berharga tinggi,  jangan tamak dan jangan berharap tuah datang bergolek kepada anda jika pembeli duit lama luar negara menelefon/ Whatsapp untuk membeli duit lama anda.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda yang berniaga duit lama.

Ada di antara mereka yang mungkin sedang dihubungi oleh penipu-penipu ini tetapi mereka tidak menyedari mereka sebenarnya sedang diperangkap.