Bagi bukan collector, "Jual saja dengan collector duit lama, pasti mereka akan membeli dengan harga yang tinggi". Apakah perkara yang sebenarnya? Adakah setiap duit lama berharga tinggi dan dicari oleh collector? Memang betul ada collector yang membeli duit lama pada harga yang tinggi.
Perkara sebegini sering kita dengar dan baca apabila bukan collector berkumpul di sesuatu tempat membincangkan mengenai duit lama.
Maka akan adalah "Pakar" yang memberitahu bahawa para collector akan sudi membeli duit lama yang rakan mereka ada pada harga tinggi.
Akan ada juga yang menyarankan untuk menukar duit lama tersebut di Bank Negara, "Pakar" ini berkongsi maklumat bahawa tukar duit lama di BNM yang tertentu akan membawa keuntungan berlipat kali ganda.
Tidak kurang juga yang menyarankan supaya rakan mereka menjual duit lama tersebut di Muzium yang terdekat.
Kalau malas nak mencari pembeli, iklan sahaja di Mudah.my, letak harga setinggi yang boleh, nanti ada yang tanya bagilah diskaun sikit.
Guna Google pun boleh, cari sahaja Senarai Pembeli duit lama, nanti telefon dan sms, untung-untung nasib baik boleh jual berpuluh ribu Ringgit.
"Pakar" duit lama ini bercakap kerana kononnya ada kawan atau saudara-maranya yang telah berjaya menjual duit lama tersebut pada harga tinggi dengan cara yang sedemikian.
Itulah perkara yang biasa berlaku di dalam negara ini, cerita khabar angin dan berita palsu dengan mudah tersebar kerana ianya seronok di dengar dan kebetulan menyentuh emosi pembaca atau pendengarnya pada waktu itu.
Memang betul ada collector yang membeli duit lama pada harga yang tinggi.
Betul? jadi selama ini "pakar" tersebut menceritakan perkara yang betul?
Betullah tu.
Namun, bukan semua duit lama boleh mendapat harga yang tinggi, ada beberapa kriteria yang perlu dipenuhi, kondisinya perlulah Uncirculated, mintage syiling tersebut perlulah sedikit, syiling yang sama dengan syiling tersebut amat sukar untuk dicari dan beberapa kriteria lain yang boleh anda baca di dalam artikel; kenapa duit lama berharga tinggi.
Persepsi bukan collector bahawa "collector beli duit lama pada harga yang tinggi" adalah tidak tepat.
Sebab itu saya kerap kali menyarankan kepada semua pembaca blog ini untuk rajin membaca. Kebanyakkan maklumat yang anda perlukan telah saya kongsikan di dalam blog ini.
Belajar menambah ilmu, jadi apabila anda betul-betul ditawarkan oleh rakan anda untuk membeli duit syiling rare Malaysia pada harga yang rendah, anda tidak ragu-ragu untuk membelinya dan kemudiannya membuat keuntungan dengan menjualnya pada harga yang tinggi.
Saya tidak rugi apa-apa jika anda malas membaca.