Isnin, 25 April 2016

Isu Syiling Ulang Tahun RTM ke-70

Jualan Syiling Peringatan 70 tahun RTM hari ini berjalan dengan lancar. Jika dulu syiling 2 dalam 1 menjadi rebutan, kini syiling single silver menjadi pilihan kebanyakkan collector kerana jumlah mintagenya yang sangat rendah.

Sasana Kijang
Kredit gambar: Che Lee Uptown Banknote

Hari jualan di Sasana Kijang & cawangan BNM
Ramai dari collector yang berbaris awal (tidur di Sasana Kijang), seawal jam 7 malam, semata-mata untuk mendapatkan syiling single silver. Seawal jam 7.00am, sudah ada seramai 200 orang berbaris di Sasana Kijang, 17 orang di Kuala Terengganu, 25 orang di Kuching, 50 orang di Johor Bahru?, 60 orang di Pulau Pinang dan tidak ada maklumat untuk Kota Kinabalu.

70 tahun RTM
kredit gambar: syilingperingatan.blogspot.com

Jumlah itu menunjukkan tema syiling ini tidaklah sehangat mana jika hendak dibandingkan dengan Hari Jualan syiling Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-14.

Orang ramai berbaris semata-mata untuk mendapatkan set syiling single silver.

Selepas jualan selesai diadakan, secara kasarnya jumlah set syiling single silver di setiap cawangan BNM:
  • 90 kotak di Sasana Kijang
  • 12 kotak di Pulau Pinang
  • 5 kotak di Kuala Terengganu
  • 15 kotak di Kuching
  • 10 kotak di Kota Kinabalu
  • Tiada maklumat diterima dari Johor
jualan rtm 70
Kredit gambar: Cttan Trading

Di Sasana Kijang, set syiling single silver habis dijual jam 9.51am dan coincard habis dijual jam 1.35pm. Tidak ada maklumat diterima untuk cawangan lain.


Harga syiling single silver peruf
Hari ini (25 April), sudah ada yang menjual syiling ini di eBay pada harga RM520 sekeping. Semasa artikel ini ditulis, masih belum ada pembeli untuk syiling tersebut.


Isu Nombor giliran
Jualan di Sasana Kijang kali ini menyediakan nombor giliran tag kertas di pergelangan tangan. Selepas selesai urusan jual beli, tag kertas itu diptong dan disimpan untuk rekod BNM. Suatu usaha yang bagus oleh BNM untuk memperbaiki sistem nombor giliran yang digunakan. Terima kasih kerana mendengar keluhan serta masalah yang dihadapi oleh pengumpul syiling BNM.

nombor giliran
Kredit gambar: syilingperingatan.blogspot.com

Walaupun di Sasana Kijang sudah ada nombor giliran disediakan kepada pengumpul duit lama. Namun, sistem nombor giliran tidak dibuat di cawangan BNM yang lain.

Di Pulau Pinang sebagai contoh, berbaris lama macamana pun, pasti ada yang akan memotong barisan dengan memberikan alasan pergi ke tandas atau sarapan.

Pengumpul duit lama terutamanya di Pulau Pinang berharap, Bank Negara Malaysia akan turut menggunakan sistem nombor giliran seperti di Sasana Kijang di cawangan BNM Pulau Pinang.


Isu Taukeh Besar dan konco-konconya
Isu ini rasanya tidak akan selesai dan juga tidak mudah untuk diselesaikan. Isu taukeh jerung di Sasana Kijang dan Pulau Pinang memang sudah banyak kali dilaporkan oleh rakan-rakan. Pada pendapat kami, jika ianya tidak melibatkan isu seperti memotong barisan yang menyebabkan orang lain tidak berpuashati, BNM tidak boleh berbuat apa-apa.

Namun, ada dari taukeh besar ini yang membawa budak-budak samseng yang memotong barisan sesuka hati mereka. BNM perlu melihat terutamanya di Pulau Pinang yang tidak menggunakan sistem nombor giliran tetapi ada ramai yang berbaris.


Isu syiling single silver peruf
Kenapa Syiling single silver peruf yang menjadi rebutan? Jika anda pengumpul duit syiling peringatan, anda pasti tahu, jumlah mintage 500 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk syiling tersebut sangatlah rendah.

Sebelum ini, syiling single silver dikeluarkan didalam jumlah mintage 2,000 set dan jumlah set 2 dalam 1 pada kebiasaannya lebih sedikit dari single silver.

Jumlah keluaran yang agak sedikit itu membuatkan harga untuk syiling peringatan single silver Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia 2016 ada ketikanya mencecah sehingga RM600, jauh berbeza dengan harga jualan BNM sebanyak RM212 termasuk GST.

Itulah kuasa permintaan dan penawaran didalam jualan syiling peringatan.

Lantaran daripada itu, untuk jualan syiling kali ini, sudah pasti ramai yang menjadikan syiling single silver menjadi sasaran.

Syiling kali ini juga mempunyai jumlah mintage yang lebih kurang sama dengan apa yang ada sebelum ini:
1.) CoinCard Nordic Gold (B.U) (mintage 10,000)
2.) Single silver (peruf) (mintage 500)
3.) Set 2 dalam 1 (peruf) (mintage 2000)


Khabar angin kakitangan RTM boleh beli dulu
Khabar angin yang mengatakan kakitangan Radio Televisyen Malaysia diberikan peluang untuk membeli syiling Ulang Tahun RTM ke-70 terlebih dahulu menambahkan lagi kuasa permintaan kepada syiling keluaran kali ini. 

Khabar angin sebegitu kemungkinan besar adalah betul berdasarkan sejarah yang berlaku sebelum ini. Namun, jika tidak ramai dari kakitangan sesuatu jabatan tersebut yang mengumpul duit lama, ianya tidak akan memberi kesan yang besar kepada collector.