Selasa, 31 Mei 2016

Sifu mari datang ajar saya, kalau tidak....

Semalam kecoh cerita newbies yang bertanya mengenai 10 sen 1971 V2 bersekali dengan ugutan, jika tiada sesiapa yang menjawab soalannya kenapa ada variety untuk 10 sen 1971, maka dia akan isytiharkan syiling 10 sen 1971 V2 itu sebagai cetakan semula atau reproduction.

10 sen 1971 repro

Bagi kami, perbuatan newbies ini lebih kurang sebagai mencabar semua guru-guru yang ada di muka bumi ini untuk datang mengajarnya, jika tidak ada sesiapa yang mahu mengajarnya, maka dia akan terjun perigi.

Inilah antara contoh newbies celaka yang kami ceritakan sebelum ini.

Kalau kami newbies yang ego begini biarlah dia terjun perigi seorang-seorang, pergi terjun perigi berjemaah pun lagi bagus.... Hahahaha.... Bolehlah bantu merendahkan harga syiling 10 sen 1971 juga.

Nak belajar sesuatu ilmu tu berjumpalah dengan tuan guru, belajar sampai faham bukannya melalak kat Facebook macam anjing gongong.

Kami dulu pun pernah jadi newbies, dulu bukan senang nak dapat guru nak ajar mengenai numismatik. Bila dah dapat, masa jumpa tu kalau dapat sembang belanja guru minum atau makan dan berharap beliau akan terus memberikan ilmu.

Newbies sekarang ni senang, panggil saja guru dalam Facebook, minta guru tolong jawab soalan dia.

Sifu Dickson Niew menjawab persoalan Niewbies hebat tersebut:
"Tuan tuan dan Puan Puan numis, "dot" yang berada diatas coin 10 sen 1971 V2 hanya digunakan utk kemudahan "cross Checking" beza antara V1 & V3. "Dot" bukan unsur utama "Variety", ia adalah "Strike Through Error". Unsur utama "Variety" V2 ialah rupa planchet yang "Proof Like" dgn edge yg lebih squarish jika dibandingkan dgn V1."

Namun, newbies-newbies yang hebat-hebat ini masih tidak boleh menerima pendapat daripada seorang Sifu.

Ada yang bertanya kenapa sekarang baru keluar variety untuk 10 sen 1971 ni? Dulu-dulu tiada pun V1, V2 atau V3.

Sebab itu perlu belajar untuk menambah ilmu, variety itu kajian yang dijalankan oleh ahli numismatik. Syiling 10 sen 1971 itu sudah wujud sejak tahun 1971 lagi, bukannya baru dicetak semalam. Kajian itu lewat disebarkan kepada semua orang kerana pada waktu itu tidak ada pakar yang mengkhususkan kepada variety duit syiling Malaysia.

Pendapat newbies, jika ada variety baru keluar, maka duit itu pun baru saja keluar. Hahahaha....

Cerita tahun 2013 yang pernah di utarakan oleh blog ini mengenai Syiling 10 sen 1971 palsu turut dijadikan isu.

Artikel tersebut ditulis pada tahun 2013, jika anda bukan pembaca setia blog malaysiancoin.com anda pasti tak faham. Ada cerita-cerita lain berkaitan dengan artikel tersebut yang hanya boleh difahami oleh pembaca setia blog kami. Kena faham juga pada waktu itu harga 10 sen 1971 berapa? Adakah berbaloi untuk dipalsukan?

Sekarang ini dah tahun 2016, syiling palsu untuk 10 sen 1971 sudah ditemui, kami juga telah berkongsi mengenai ciri-ciri duit palsu 10 sen 1971 V1.

Banyak lagi persoalan newbies-newbies hebat ini utarakan. Nak jawab pun rasa malas dan mual sebab dah banyak kali cerita.

Newbies macam ni kerja mereka hendak cari salah orang sahaja untuk jadi popular. Lepas itu nanti nak buka kedai jual duit lama. Modus operandi lebih kurang sama saja.

Tapi bila nak jual duit 10 sen 1971 nanti tau pula dia letak V1, V2 atau V3 takut nanti harga syiling dia jual jadi rendah.

Kalau betul-betul ingin belajar, sepatutnya kita yang mencari ilmu bukan ilmu yang mencari kita.