Kali ini seperti Hari Jualan Syiling Peringatan sebelumnya, Syiling kejohanan Ping Pong berpasukan dunia dan juga Syiling 70 tahun Penubuhan RTM, syiling single silver pastinya akan menjadi rebutan buat pengumpul duit syiling peringatan, walau tidak semua yang ingin mendapatkannya.
Kredit gambar: Cttan Trading |
16 Mei ini, sudah pasti ramai yang akan beratur panjang dan sanggup bermalam di Sasana Kijang untuk mempastikan syiling single silver menjadi hak milik mereka. Jualan syiling sebelum ini, orang ramai sudah mula beratur sejak jam 7 malam.
Kepada bukan collector, mungkin ramai yang tidak faham kenapa collector berbaris beramai-ramai di awal pagi semata-mata ingin mendapatkan syiling single peruf sedangkan set syiling 2 dalam 1 juga banyak dikeluarkan oleh BNM.
500 set single silver syiling 50 tahun Yayasan Sabah, sebenarnya adalah jumlah yang amat sedikit jika hendak dikira jumlah pengumpul duit syiling peringatan. Itu belum termasuk dengan jumlah syiling yang akan dijual kepada kakitangan Yayasan Sabah dan juga kakitangan Bank Negara Malaysia sendiri.
Mengikut anggaran jualan syiling single silver 70 tahun RTM sebelum ini yang dikongsi oleh rakan-rakan collector dari seluruh negara, hanya ada lebih kurang 150 set single silver yang dijual semasa hari jualan pada 25 April.
Sebelum ini, ada rakan collector yang melaporkan jualan awal di adakan di bangunan angkasapuri, hanya untuk kakitangan RTM. Ini bukan lagi khabar angin, rakan collector itu datang ke majlis tersebut dengan gambar sebagai bukti.
Perkara yang sama (jualan awal kepada kakitangan Yayasan Sabah) besar kemungkinan akan turut berlaku juga kali ini. Berapa banyak jualan kepada kakitangan Yayasan Sabah dan juga kakitangan BNM tidak dapat dipastikan.
Apa yang pasti, sebelum ini semasa jualan syiling peringatan 70 tahun RTM, ada lebih kurang 90 kotak single silver dijual di Sasana Kijang dan lebih kurang 15 kotak di setiap cawangan BNM. Namun, cawangan BNM Kuala Terengganu hanya menjual 5 set single silver sahaja.
Orang ramai yang beratur untuk mendapatkan single silver di Sasana Kijang ada lebih dari 200 orang seawal jam 7.00 pagi. Syiling single silver yang dijual pada hari jualan tersebut hanya lebih kurang 90 set, anda kiralah sendiri.
Harga syiling single silver juga dilaporkan mencecah sehingga RM550 dijual di eBay dan ada juga yang mendakwa membelinya pada harga RM650.
Jumlah lebih kurang 150 set yang ada di tangan collector adalah sangat sedikit. Terutamanya kepada rakan-rakan yang sejak dari dulu sudah mengumpul set single silver.
Single Silver atau set 2 dalam 1? Mana satu pilihan anda?
Adakah kita akan dapat melihat tandatangan Gabenor Bank Negara yang baru, Datuk Muhammad Ibrahim pada sijil ketulenan duit syiling peringatan 50 tahun Yayasan Sabah?