Kami juga seperti anda semua tertanya-tanya, ke mana menghilangnya Syiling Peringatan BNM? Sudah 3 edisi syiling peringatan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), hanya separuh sahaja duit syiling tersebut yang dijual kepada para collector semasa Hari Jualan Duit Syiling Peringatan.
Sebelum anda membaca lebih lanjut, untuk makluman, artikel ini ditulis tidak berdasarkan Fakta dan maklumat yang sahih daripada BNM. Oleh itu, jika anda seseorang yang hanya mahukan Fakta dan Bukti yang tepat, kami syorkan anda tidak terus membuang masa anda membaca artikel ini. Pengumuman ini ditujukan khas kepada Newbies Celaka yang rasa diri mereka sudah hebat.
Sejak daripada Syiling RTM, Yayasan Sabah sehinggalah ke Syiling Pandu Puteri, Syiling Peringatan yang dijual adalah amat sedikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah keluaran (mintage) yang diumumkan oleh BNM.
Semasa syiling Pandu Puteri, coincard hanya dijual 3 keping sahaja kepada setiap individu yang beratur di Sasana Kijang. Jumlah collector yang berbaris tidak sampai 500 orang seluruh Malaysia (Jika tidak mengambil kira mereka yang beratur untuk kali kedua dan seterusnya), sedangkan jumlah coincard yang di umumkan sebanyak 10,000 keping.
Jumlah keluaran (mintage) yang diumumkan oleh BNM untuk syiling peringatan single silver adalah sebanyak 500 set tetapi jumlah syiling peringatan single silver yang dijual kepada collector tidak sampai 250 set diseluruh Malaysia.
Anda boleh merujuk artikel sebelum ini di sini:
- Isu Syiling Ulang Tahun RTM ke-70
- Hari Jualan Syiling 50 tahun Yayasan Sabah
- Hari jualan Syiling Peringatan Pandu Puteri
BNM sewajarnya memaklumkan semasa hari jualan jumlah syiling yang akan dijual di setiap cawangan BNM, berapa banyak stok yang ada untuk dijual kepada para collector.
Selain itu, adalah lebih baik juga jika BNM umumkan adakah stok yang tidak dijual kepada collector itu dijual atau diserahkan kepada organisasi yang berkenaan.
Kehilangan syiling peringatan BNM dalam jumlah yang banyak membuatkan para collector menimbulkan spekulasi yang syiling-syiling tersebut dijual oleh warga BNM kepada dealer-dealer besar didalam pasaran seperti apa yang berlaku sebelum ini.
Jika itu tidak dapat dibuat, sewajarnya BNM perlu kaji semula, adakah jumlah mintage untuk syiling peringatan dimasa hadapan ini perlu ditambah? Adakah jumlah coincard dan syiling peringatan single silver cukup untuk agihan jualan kepada collector dan juga bukan collector?
Atau mungkin BNM lebih selesa melihat collector berebut-rebut membeli syiling peringatan, beratur seperti pesta, bermalam dihadapan Pejabat Jualan BNM sehari sebelum hari jualan?
Kami bukan bertujuan untuk mengecam tetapi meminta jasa baik BNM untuk mengambil perhatian kepada masalah para pelanggan.
Kami tahu kakitangan BNM yang bertugas sudah berusaha sedaya upaya untuk memuaskan hati semua yang datang tetapi sejak akhir-akhir ini, Hari Jualan Syiling Peringatan BNM menimbulkan persoalan, ke mana menghilangnya Syiling Peringatan BNM?