Hari ini kami berpeluang untuk menemuramah salah seorang tokoh numismatik seperti yang tertera didalam gambar. Temuramah yang dilakukan adalah bersempena dengan pelancaran pameran Karya Kertas: Seni Matawang (Works on Paper : Art Inside the Wallet) yang telah selesai pada 4 Ogos yang baru lalu.
Dato Sharuddin, Presiden Kelab Warisan Numismatik adalah tokoh yang tidak asing lagi kepada para peminat numismatik masa ini.
Didalam siaran akhbar Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai pameran Karya Kertas: Seni Matawang, nama Dato’ Sharuddin ada disebut sebagai sebahagian daripada ucapan Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim:
"While we at Bank Negara will do everything we can to ensure every single banknote is fit for usage by removing any irregular ones from circulation, currency collectors are willing to pay a handsome premium to own imperfect banknotes. Dato’ Sharuddin, the President of the Malaysian Numismatic Heritage Club who is here with us today might have seen some of these irregular banknotes. But unfortunately, we at Bank Negara are never been able to get hold of such pieces so that we can exchange them. This despite all the effort made to retrieve such banknotes from circulation. I guess this gives credence to the economic axiom, scarcity enhances value. Banknotes are art masterpieces in their own right. They have a lot of stories and messages to tell, waiting for us to look up close and decipher their meanings and symbolism."
Sudah lama rasanya nama seorang tokoh numismatik tidak disebut oleh mana-mana Gabenor BNM. Sejak blog lunaticg.blogspot bermula pada tahun 2008, mungkin ini buat pertama kalinya nama seorang tokoh numismatik disebut didalam ucapan rasmi Gabenor BNM.
Ini juga mungkin buat pertama kalinya, tokoh numismatik Malaysia dan juga rakan-rakan numismatik dipanggil secara rasmi semasa hari pelancaran program BNM.
Gambar-gambar dan juga rakaman berita TV semasa pelancaran pameran Karya Kertas: Seni Matawang memberikan gambaran yang Datuk Muhammad bin Ibrahim mengambil pendekatan untuk lebih mesra numismatik.
Sebelum ini, terdapat pameran numismatik Knowing Nusantara: Money that Made the Region di adakan di Sasana Kijang tetapi tidak ada Tokoh Numismatik Malaysia yang dipanggil semasa hari pelancaran.
Selain memberikan gambaran gabenor BNM ke-8 lebih mesra numismatik, ada juga rakan-rakan yang silap faham dengan kenyataan akhbar tersebut. Mereka beranggapan Bank Negara ingin membeli wang kertas rosak (error banknote) daripada Dato Sharuddin atau warga numismatik.
Ini jawapan Dato' Sha semasa kami menemuramah beliau:
"Saya diminta oleh BNM untuk membuat talk berkenaan error banknote di pameran ini pada bulan September. Saya cuba nak ubahkan sedikit pemahaman BNM bahawa error banknote adalah salah untuk dimiliki. Ianya adalah salah satu koleksi terpenting didalam cabang numismatik".
"Alhamdulillah.., ini peluang terbaik untuk memperkenalkan numismatik dan merapatkan hubungan BNM dengan numismatik Malaysia."
Tahniah dari pihak kami di Malaysiancoin.com yang sejak dulu menyokong usaha yang dilakukan oleh Dato Sharuddin.
Semoga pentadbiran BNM yang baru lebih mesra numismatik kerana banyak persoalan numismatik yang memerlukan jawapan daripada Bank Negara Malaysia.
Pendapat anda?