Jumaat, 6 November 2020

Sejarah Bonus Penjawat Awam Malaysia #Bajet2021

Bonus Penjawat Awam atau imbuhan tahunan adalah antara pengumuman yang sentiasa ditunggu-tunggu dalam pembentangan Bajet Malaysia. Setiap tahun, 1.6 juta penjawat awam berharap Menteri Kewangan yang membentangkan belanjawan negara akan pemberian bonus atau bantuan khas untuk membantu kos sara hidup yang semakin meningkat.

Namun, dari segi sejarah pemberian bonus kepada kakitangan awam, YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan yang memberikan jumlah bonus yang agak rendah. Jumlah bayaran bonus akan meningkat apabila tahun berikutnya adalah Pilihanraya Umum.

Semasa era pemerintahan Tun Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad, Bonus pada kebiasaannya dibayar satu bulan gaji, hanya pada tahun 1998, kakitangan awam menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM400 akibat daripada kemelesetan ekonomi pada waktu itu.

Tun Dato' Sri Haji Abdullah bin Haji Ahmad pula adalah Perdana Menteri yang pernah merekodkan pembayaran bonus kakitangan awam tertinggi, dua bulan gaji pada tahun 2006.


Bonus kerajaan

Hari ini, kami berkongsi Sejarah Bonus Kerajaan Penjawat Awam (Bajet 1993 – Bajet 2021):
TahunJumlah Bayaran
1993Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM400)
1994Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
1995Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
1996Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
1997Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
1998Bantuan Khas Kewangan RM400
1999Bonus satu bulan gaji kakitangan awam (minima RM1000)
2000Bonus setengah bulan gaji (minima RM500)
2001Bonus setengah bulan gaji (minima RM1000)
2002Bonus satu bulan gaji (minima RM1200)
2003Bonus satu bulan gaji kakitangan awam
2004Bonus satu setengah bulan gaji penjawat awam (Gaji jika kurang RM1000. Lebih RM1000 satu bulan minima RM1500)
2005Satu setengah bulan gaji (gaji jika kurang RM1000. Lebih RM1000 satu bulan minima RM1500)
2006Bonus dua bulan gaji (gaji jika kurang RM750. Lebih RM750 satu bulan minima RM1500)
2007Tiada Bonus penjawat awam (Kenaikan Gaji dan Cola)
2008Bonus satu bulan gaji penjawat awam (minima RM1000)
2009Bantuan Khas Kewangan RM500
2010Bantuan Khas Kewangan RM1000
2011Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM1000)
2012Bonus satu setengah bulan gaji (kakitangan kerajaan (minima RM1500)
2013Bantuan Khas Kewangan RM500
2014Bayaran khas RM500
2015Bayaran khas RM500
2016Bayaran khas RM500
2017Bayaran khas RM500
2018Bayaran khas RM1500 ( Hanya RM1,000 dibayar, RM500 lagi tidak sempat dibayar kerana Kerajaan BN kalah PRU14)
2019Bayaran khas RM500
2020Bantuan Khas Kewangan RM500
2021Bantuan khas kewangan RM600 (untuk Penjawat Awam Gred 56 & ke bawah)