Pada ketika ini, di Muzium dan galeri seni Bank Negara, Sasana Kijang sedang berlangsungnya pameran “World Palm Portraits – Pengembaraan yang Menakjubkan” sempena menyambut ulang tahun kebangsaan yang ke-100 industri minyak sawit di Malaysia. Pameran tersebut telah di adakan dari 27 Julai 2017 dan akan berakhir pada 27 Ogos 2017.
Pameran World Palm Portraits menjadi penanda aras kerjasama antara Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Bank Negara Malaysia. MPOC mengundang penghayat seni untuk menghayati foto-foto yang berkisarkan tanaman sawit ini.
Selain itu, turut dipamerkan adalah Duit Syiling 100 tahun Industri Kelapa Sawit didalam bentuk replika dan duit syiling sebenar. Pada 27 Julai 2017, YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah melancarkan Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Industri Minyak Sawit Malaysia ke-100 di Muzium dan Galeri Seni, Bank Negara Malaysia, Sasana Kijang, Kuala Lumpur.
Terdapat juga video bagaimana proses penghasilan syiling peringatan ini dikongsi oleh BNM:
Foto-foto yang dipamerkan dalam pameran ini kebanyakannya telah memenangi pertandingan serta penyertaan terbaik daripada Pertandingan Fotografi “World Palm Potraits” MPOC bagi tahun 2013-2017. Koleksi menarik ini merangkumi foto-foto disebalik industri. Ia merungkai kisah sebenar tentang kecekalan, kegigihan dan harapan melalui raut wajah peladang, pemandangan yang menakjubkan serta hidupan liar sekaligus membuktikan bahawa minyak kelapa sawit telah mengubah kehidupan berjuta-juta penduduk. Ia memberikan masa hadapan manusia sejagat yang lebih baik dan bekalan makanan yang selamat untuk dunia.
Antara Karya Seni yang Menakjubkan Dipamerkan:
Anda juga boleh melayari Facebook kami:
Pameran “World Palm Portraits – Pengembaraan yang Menakjubkan”:
Tarikh: 27 Julai 2017 Sehingga 27 Ogos 2017
Tempat: BANK NEGARA MALAYSIA MUSEUM AND ART GALLERY, Sasana Kijang, 2 Jalan Dato Onn, 50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03 - 9179 2784 | Email : infomuseum@bnm.gov.my
Masa: 10am - 6pm
Bayaran: Masuk Percuma
Anda dah pergi melawat pameran “World Palm Portraits – Pengembaraan yang Menakjubkan”?