Khamis, 7 September 2017

8 persoalan mengenai cara jualan syiling peringatan BNM terbaru

Pada 25 Ogos 2017, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan pembeli syiling peringatan SEA Games 2017 boleh datang ke pejabat-pejabat BNM dari 29hb Ogos sehingga 5 September untuk mengisi borang pembelian duit syiling tersebut atau hantar saja pesanan melalui email dengan butiran maklumat peribadi ke BNM. 

jualan syiling

Sekiranya duit syiling ini mendapat tempahan yang melebihi kuantiti jualannya, tempahan akan melalui proses pengundian (700 Single dan 1300 Set 2 dalam 1). Keputusan tempahan atau pengundian akan diumumkan pada 8 September 2017 di www.bnm.gov.my dan di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia serta pejabat Bank Negara Malaysia di seluruh negara.

Pembeli yang berjaya boleh membayar dan mengambil duit syiling mereka mulai 8 hingga 12 September 2017 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum), dan di pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu (hari bekerja biasa).

Ini adalah buat pertama kalinya didalam sejarah BNM, cara jualan secara email atau borang sebegini diperkenalkan. Untuk kali ini, BNM betul-betul berusaha untuk menjaga kepentingan "pembeli" duit syiling peringatan dan cuba melakukan perubahan drastik kepada cara jualan syiling peringatan. Kelihatan tidak ada ruang untuk "penjual" mengambil kesempatan atas jualan syiling peringatan BNM kali ini.

Cara jualan yang dicadangkan nampak mudah tetapi ianya tidak akan terlepas daripada disalahguna oleh mereka yang berniat untuk mencari keuntungan.

Namun, kaedah yang dicadangkan kali ini menimbulkan beberapa persoalan yang mungkin hanya akan terjawab selepas jualan syiling ini selesai:

Bagaimana jika dah order tapi tak datang beli
Order dulu dengan BNM, jika tiada pembeli, tak perlu datang ke BNM untuk mengambil syiling peringatan. Bolehlah hantar seberapa banyak nama yang ada melalui email. Jika didalam keadaan ini apa yang akan BNM lakukan, adakah mereka ini akan masuk dalam blacklist BNM sebagai joybuyer atau tindakan undang-undang akan di ambil?

Dah order, dah menang undi tapi tak dapat datang
Bagaimana pula dengan genuine buyer yang sudah menang undi tetapi tidak dapat datang semasa 8 hingga 12 September 2017. Pembeli tersebut mungkin perlu bertugas diluar kawasan secara tiba-tiba. Adakah BNM membenarkan pertukaran tempat pengambilan duit syiling atau bolehkah pembeli tersebut memohon penangguhan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan?

Order set penuh tapi hanya dapat coincard
Bagaimana pula dengan pembeli yang membuat tempahan untuk set penuh (1 single silver, 1 set 2 dalam 1 dan 3 keping coincard) tetapi semasa undian, beliau tidak berjaya mendapat set tersebut secara penuh, mungkin hanya dapat coincard atau 1 set 2 dalam 1. Adakah mereka dibenarkan untuk membatalkan pembelian tanpa dikenakan blacklist atau penalti?

Boleh buat surat wakil?
Jika dah order tapi tak dapat datang dan BNM akan blacklist, adakah pembeli dibenarkan mengeluarkan surat wakil kepada rakan-rakan atau saudara mara untuk mengambil bagi pihak? Jika tak datang bayar kena blacklist tapi memang nak beli, cuma tak dapat datang atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tiada had umur pembeli?
Bolehkah anak kecil yang berumur 12 tahun ke bawah (Mykid) menjadi pembeli syiling peringatan BNM? Ramai yang ingin mencuba untuk menghantar maklumat peribadi anak kecil mereka didalam email untuk belian syiling peringatan BNM.

Dah pilih tempat tapi syiling habis
Apa akan terjadi jika dah pilih tempat untuk mengambil syiling peringatan (sebagai contoh Pejabat BNM di Kuching) tetapi semasa hari mengambil duit syiling dari 8 hingga 12 September 2017, duit syiling peringatan di tempat tersebut dah habis stock? Adakah pembeli terpaksa menunggu atau diminta untuk mengambil dicawangan lain? Adakah jika didalam keadaan ini BNM boleh memaklumkan pembeli lebih awal tanpa perlu pembeli datang ke Pejabat BNM dan kecewa?

Adakah jualan kali ini betul-betul telus?
Adakah cara jualan kali ini betul-betul mengambil kira kepentingan semua pihak? Bagaimana jika email sudah dihantar kepada BNM tetapi nama didalam email tersebut tidak termasuk didalam senarai proses pengundian? Bagaimana pembeli boleh tahu yang nama beliau sudah dimasukkan ke dalam proses pengundian? Bagaimana jika berlaku kes kecuaian dimana kakitangan BNM yang mendapat email tidak memasukkan nama didalam email tersebut didalam senarai proses pengundian?

Sabtu 9hb, adakah BNM bekerja?
Umum tahu, 9hb September adalah cuti umum, Hari Jadi Yang Di-Pertuan Agong ke-15, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V. Adakah Sasana Kijang dan pejabat BNM akan beroperasi sempena jualan syiling peringatan kali ini?

Ini adalah di antara persoalan yang kami terima daripada rakan-rakan dan juga para pengumpul duit syiling peringatan. Anda ada persoalan lain untuk jualan syiling peringatan Sukan SEA 2017 yang kan bermula pada 29hb ini?