Beberapa hari ini, heboh dikalangan bukan collector bercerita mengenai wang peringatan 600 Ringgit 60 tahun merdeka yang baru sahaja dilancarkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V pada 14 Disember. Kenapa perlu beli Wang RM600 pada harga RM1700?
Ramai daripada mereka ini yang mengatakan membeli wang kertas peringatan bersempena dengan Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu itu adalah suatu pembaziran. Ditambah lagi dengan harganya yang hampir 3 kali ganda lebih mahal daripada nilai mukanya.
Ada juga yang mungkin berseloroh, rugi nak beli duit itu nanti sebab takkan nak guna RM600 tu nak beli barang dengan harga RM600, bayar duit tu pun dah RM1,700.
Hanya collector numismatik sahaja yang faham kenapa perlu beli Wang RM600 pada harga RM1700. Kenapa setiap kali Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan syiling atau wang peringatan, para collector sanggup beratur awal pagi untuk mendapatkan koleksi numismatik tersebut.
Jika collector sudah terjebak dengan koleksi wang atau syiling peringatan, masing-masing akan berusaha untuk mendapatkan koleksi keluaran BNM secepat yang boleh.
Cantik atau tidak, suatu hari nanti koleksi itu ada kemungkinan akan mencapai harga yang tinggi. Apabila harganya sudah meningkat tinggi, ada kemungkinan ada collector yang tidak mampu untuk membelinya.
Orang kata, tak kenal maka tak cinta.
Wang kertas peringatan RM600 Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ini juga ada kemungkinan akan dinobatkan sebagai wang kertas terbesar di dunia oleh Buku Rekod Guiness. Jika BNM atau pencetak wang terbabit berusaha untuk memecahkan rekod dunia yang ada sekarang.
Apabila wang kertas tersebut mula menjadi wang kertas terbesar didunia, collector numismatik dari seluruh dunia sudah pasti akan mencari wang kertas tersebut. Harganya juga sudah pasti melambung sehingga 5 kali ganda dari harga jualannya.
Jika rakyat Malaysia sendiri tidak membelinya, sudah pasti didalam masa terdekat, wang kertas ini akan terbang ke luar negara. Para pengumpul numismatik dari Singapura, Brunei, Hong Kong dan Taiwan kemudiannya akan menjual semula kepada rakyat Malaysia pada harga 5 kali ganda tersebut dimasa hadapan.
6,000 keping yang dikeluarkan tidak semua akan ada ditangan para collector, mungkin didalam 1,000 keping tersebut akan disimpan untuk dijadikan hadiah kepada VVIP dan ada sebahagian dengan nombor cantik akan dilelong.
Jangan tanya kenapa perlu beli Wang RM600 pada harga RM1700?
Tanyalah diri anda kenapa tidak beli Wang RM600 pada harga RM1700 hari ini?