Rabu, 31 Januari 2018

Fenomena Wang Kertas RM600

Beberapa hari ini, hampir kesemua group Facebook hebat memperkatakan mengenai harga hilang akal untuk wang kertas peringatan RM600. Setakat hari ini, harga belian untuk wang kertas tersebut telah mencecah sehingga RM4500 sekeping. Semua kerana gara-gara wang kertas RM600 itu telah menjadi Wang Kertas terbesar di dunia.

RM600

Kenapa kami kata bakal menjadi wang kertas terbesar? Anda boleh baca sendiri didalam artikel kami sebelum ini;
1. RM600 - Wang Kertas terbesar di dunia
2. Kenapa perlu beli Wang RM600 pada harga RM1700?
3. New Malaysia RM600 banknote break Guiness record?

Jika ada di antara anda yang perasan, ada nombor siri banknote RM600 tersebut yang tidak dikeluarkan untuk jualan. Hanya lebih kurang separuh sahaja yang dikeluarkan kepada para collector. Khabar angin, lagi separuh tu mungkin dijual/dihadiahkan kepada kakitangan BNM dan juga dihadiahkan kepada bank-bank serta pembesar negara.

Apa yang pasti, sebahagian kecil darinya telah dilelong dalam acara lelongan pada 10 Mac 2018 oleh BNM.

Tidak ramai yang bertuah untuk mendapat wang kertas RM600 dan juga Uncut RM60 3 dalam 1. Kawan kami menghantar 8 nama untuk tempahan kali ini, hanya dapat 2 sahaja Uncut RM60 3 dalam 1, tidak ada wang kertas RM600.

Dealer-dealer mendapat tempahan yang mengalakkan daripada Taiwan, Hong Kong dan Singapura untuk wang kertas RM600.

Namun, tidak dapat dipastikan, berapa banyakkah wang kertas RM600 tersebut yang akan berhijrah ke luar negara selepas ini.

Kami bukan peminat wang kertas tapi fenomena wang Kertas RM600 sekarang ini sesuatu yang menarik untuk dikongsi dengan pembaca semua.

BNM telah pun memasukkan wang kertas ini sebagai Wang kertas terbesar dunia didalam rekod Guinness, pertama kali didalam sejarah numismatik wang kertas Malaysia ada rekod dunia?

Rasa-rasa anda, siapa pencetak bakal wang kertas terbesar di dunia ini?