Khamis, 25 Januari 2018

Keputusan tempahan 3 wang peringatan di duit.bnm.gov.my

Hari ini, anda sudah boleh memeriksa keputusan tempahan wang peringatan; Wang Kertas 60 Tahun Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV dan Syiling Ulang Tahun Ke-60 Arkib Negara Malaysia.

duit.bnm.gov.my

Orang ramai sudah boleh memeriksa tempahan mereka di https://duit.bnm.gov.my.

Anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor passport anda untuk memeriksa keputusan tempahan tersebut.

Pengambilan Tempahan:
Pembeli yang berjaya boleh membayar dan mengambil tempahan mereka dalam dua peringkat seperti berikut:
  • 25 Januari 2018 hingga 28 Februari 2018: Wang Kertas 60 Tahun Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Syiling Ulang Tahun Ke-60 Arkib Negara Malaysia.
  • 22 Februari 2018 hingga 28 Februari 2018: Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV.

Tarikh akhir pengambilan semua wang peringatan adalah pada 28 Februari 2018 jam 4.00 petang. Semua wang kertas dan duit syiling peringatan yang tidak diambil selepas 4.00 petang pada 28 Februari 2018 akan ditawarkan kepada pembeli yang tersenarai dalam senarai simpanan.

Lokasi pengambilan:
  • Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (setiap hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum).
  • Pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu (hari bekerja biasa).

Masa Pengambilan: 
Pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang

Pembeli perlu menunjukkan sendiri bukti pengenalan diri yang sah (MyKad bagi warganegara Malaysia dan Pasport bagi bukan warganegara Malaysia) semasa mengambil wang peringatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan wang peringatan BNM, anda boleh membaca artikel sebelum ini; Tempahan Online Syiling BNM.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: 1-300-88-5465 atau bnmtelelink@bnm.gov.my