Pada 14 Novmber 2022, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Bandar Raya Kuala Lumpur yang ke-50 (KL50).
Duit syiling peringatan ini dikeluarkan dalam dua denominasi; Duit Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf) & Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.).
Bahagian hadapan duit syiling memaparkan latar langit Kuala Lumpur dan pengangkutan moden yang digandingkan dengan muka jam Bangunan Sultan Abdul Samad. Paparan ini melambangkan peredaran zaman sejak Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai bandar raya pada tahun 1972 dan telah menyaksikan kemajuan dan perkembangan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya moden.
Nama BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, berserta logo rasmi KL50 (logo berwarna hanya terdapat pada duit syiling perak sterling). Bangunan Istana Budaya dan elemen daripada Taman Tasik Perdana juga dipaparkan bagi melambangkan Kuala Lumpur sebagai pusat kebudayaan dan bandar lestari. Nilai muka “10 RINGGIT” dan “1 RINGGIT” pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling”.
Duit Syiling Peringatan 50 tahun LKIM Perak Sterling Berwarna
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Perak Sterling Berwarna (pruf)
Logam: Perak Ag 92.5
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 1,000
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31
Harga Jualan BNM: RM275 (termasuk 10% SST)
Duit Syiling Peringatan 50 tahun LKIM Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 5,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM16.50 (termasuk 10% SST)
Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 1,000 set.
Harga Jualan BNM: RM308 (termasuk 10% SST)
Bagi memberikan peluang yang saksama kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap individu hanya boleh membeli satu Set 2 dalam 1, satu keping duit syiling perak sterling berwarna (pruf) dan tidak lebih daripada lima keping duit syiling emas Nordic (B.U.).
Orang ramai boleh membuat tempahan melalui duit.bnm.gov.my mulai 11.00 pagi hari Isnin, 14 November 2022 hingga 11.00 malam Ahad, 27 November 2022. Keputusan undian akan diumumkan pada 5 Disember 2022.
Orang ramai dinasihatkan supaya membuat tempahan menerusi sistem dalam talian Bank Negara Malaysia sahaja dan bukannya melalui mana-mana pihak atau kemudahan tempahan lain yang tidak sah. Semua tempahan akan dipertimbangkan dengan sewajarnya dan tiada keutamaan akan diberikan kepada tempahan berdasarkan tarikh dan masa tempahan. Sekiranya berlaku tempahan yang berlebihan, pengundian akan dilakukan.
Nota: Semua harga termasuk 10% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Read More