Terima kasih kepada rakan-rakan dan pembaca blog sekalian yang telah mengundi untuk Top 10 syiling buruan tahun 2012. Walaupun tidak ramai yang turut serta mengundi tetapi bantuan anda semua amat saya hargai. Memandangkan blog ini adalah mengenai duit syiling Malaysia, syiling yang dicari pada tahun 2012 yang saya kongsikan disini juga adalah mengenai duit syiling Malaysia sahaja.
Syiling buruan yang saya maksudkan disini adalah duit syiling yang dicari pengumpul duit syiling, seringkali diperkatakan oleh mereka dan juga sememangnya dicari oleh kolektor semua.
Kenapa duit syiling ini diburu pengumpul duit lama? Ada di antaranya diburu kerana "low mintage" atau jumlah syiling yang sedikit seperti duit syiling 10 sen 1971, 1 sen 1970 & $1 1982 parlimen. Adalah agak sukar dan hampir mustahil untuk mendapatkan syiling-syiling ini melalui duit syiling yang kita dapat didalam edaran.
Pada tahun 2012, apa yang hangat diperkatakan oleh pengumpul duit syiling Malaysia adalah koleksi coin card $1 nordic gold. Ramai daripada pengumpul baru dan lama mula menyimpan koleksi coin card ini sebaik ceritanya tersebar di sosial media. Ini menyebabkan harga sesetengah coin card melambung dengan sangat tinggi (contoh coin card piala dunia hoki) dan pada hujung tahun harganya jatuh secara drastik juga. Anda boleh baca artikel yang saya tulis disini; isu lambakan coin card dipasaran.
Pada tahun 2012 juga menyaksikan duit syiling 10 sen 1971 V1 mula menjadi buruan pengumpul duit lama sebaik berita duit syiling itu mencapai harga RM600 didalam acara lelongan yang diadakan oleh Malaysia Numismatic Society (MNS) pada 24 Jun 2012. Bukan sahaja duit syiling 10 sen 1971 V1 sahaja yang diburu, 10 sen 1971 V2 juga habis dibeli pengumpul duit lama di kawasan Lembah Klang. Malahan, harga untuk V2 itu adakalanya melambung lebih mahal daripada harga pasaran semasa.
1 sen 1976 copper juga masih hangat dibincangkan pada tahun 2012. Ada yang mengatakan yang 1 sen 1976 juga dikeluarkan menggunakan bronze tapi kepada sesiapa yang berpendapat sedemikian, sila baca dahulu post saya; 1 sen 1976 copper or bronze. Duit syiling ini mendapat tempat dihati peminat apabila ianya mendapat harga yang luar biasa ketika dilelong di Singapura. Sejak itu, pelbagai cerita mengenai duit syiling ini timbul. Apa pun cerita yang anda dengar yang pastinya duit syiling ini pada kondisi UNC dan BU adalah agak sukar ditemui.
Berikut adalah senarai duit syiling Malaysia yang menjadi buruan pada tahun 2012 sebagai panduan anda semua:
Berikut adalah senarai duit syiling Malaysia yang menjadi buruan pada tahun 2012 sebagai panduan anda semua:
Top 10 syiling buruan tahun 2012:
1. 1 sen 1976 copper
2. 50 sen milled edge
3. 10 sen 1971 V1
4. 1 sen 1973 copper clad steel
5. 20 sen 1970
6. 50 sen 1988 extra dot
7. $1 1982 parlimen
8. 1 sen 1970
9. Syiling Pruf perak tahun 1999 dan ke atas.
10. Coin card shah alam