Rabu, 6 Februari 2013

Nak buat duit palsu? Silakan....

Nak belajar cara-cara membuat duit syiling palsu? semua duit syiling Malaysia boleh dipalsukan dengan mudah kan? Kat Johor, Perak dan Thailand boleh buat? Nak buat duit palsu 50 sen milled edge dan juga fake 10 sen 1971? Tahukah bagaimana duit syiling palsu itu dibuat?

Apa kau ingat Polis Diraja Malaysia tu bodoh? Ingat mereka tidak pernah buat tangkapan ke atas kilang membuat duit syiling palsu? Inilah masalahnya bila nak bercakap tiada ilmu. Membaca pun malas tapi nak marah bila orang kata apa yang dia perkatakan itu tak betul. Itu belum termasuk ID guna nama perempuan tapi dari gaya bercakap tu macam lelaki, pondan kot? Hahahaha.... 

Mungkin anda tahu cara-cara untuk membuat duit palsu 10 sen 1971 tetapi seperti yang saya cakap sebelum ini, jika anda hendak memalsukan duit yang ada didalam edaran, anda mungkin akan dikenakan tindakan mahkamah jika ditangkap. Pihak polis sudah lama membuat tangkapan mereka yang mengedar, membuat dan juga menyimpan duit palsu ni. Ianya menjadi satu kesalahan dibawah Seksyen 235 Kanun Keseksaan kerana memiliki alat memalsukan duit. Nak cuba juga palsukan duit syiling yang masih lagi legal tender di Malaysia, silakan?

Disini saya paparkan dua kes membuat duit syiling palsu yang berjaya ditumpaskan oleh Polis Diraja Malaysia. Ada beberapa kes lagi yang saya jumpa semalam tetapi tidak ada link kepada suratkhabar yang terbabit.

acuan duit syiling

Sindiket cetak duit syiling 50 sen palsu diberkas
1 Ogos 2009

KAJANG - Tindakan dua anggota polis peronda yang menahan dan memeriksa sebuah kereta Proton Wira membongkar rahsia besar iaitu kegiatan sindiket mencetak duit syiling 50 sen palsu.

Kereta dinaiki dua lelaki itu ditahan pada pukul 5 petang kelmarin di Jalan Restu menghala Semenyih dekat sini oleh dua anggota polis peronda yang curiga melihat kenderaan itu seolah-olah membawa barang terlalu berat.

Sebaik memeriksa but kereta itu, anggota polis tersebut terkejut menemui 35 beg plastik yang mengandungi duit syiling palsu yang kesemuanya berjumlah 35,000 keping.

Anggota polis itu turut menemui dua alat acuan berbentuk bulat yang menyamai saiz duit syiling tersebut.

Source: Kosmo.

------------------------------------------------------------------------------------

Empat ditahan miliki wang syiling palsu
31 Julai 2009

KAJANG 31 Julai - Penahanan empat lelaki termasuk dua penagih dadah semalam akhirnya membawa kepada pembongkaran aktiviti sindiket wang syiling palsu yang didalangi mereka.

Semua mereka yang berusia 30 hingga 44 tahun itu ditahan secara berasingan dalam dua serbuan di sini semalam.

Rampasan wang syiling 50 sen sejumlah RM17,500 itu merupakan antara rampasan terbesar peringkat IPK Selangor bagi tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakarudin Che Mood berkata, berpandukan maklumat, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menahan sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki dua lelaki tempatan di Taman Restu di sini menghala Semenyih.

Menurutnya, pemeriksaan awal, polis merampas 35 bungkusan lutsinar mengandungi wang syiling 50 sen palsu di tempat letak barang yang dinaiki mereka.

Setiap satu bungkusan, katanya, mengandungi 1,000 keping wang syiling yang semuanya bernilai RM17,500.

"Kita turut menemui dua acuan yang digunakan untuk membuat wang syiling itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini hari ini.

Susulan dari tangkapan itu, polis melancarkan gerakan besar-besaran yang menahan dua lagi lelaki dipercayai rakan sekongkol suspek tidak jauh dari tempat kejadian serta merampas 200 keping wang syiling 50 sen palsu.

"Sekali pandang, sesiapa saja mudah tertipu kerana wang syiling itu direka seolah-olah menyerupai wang syiling asli.

"Namun kita hanya dapat membezakannya apabila kita memegang wang berkenaan kerana beratnya yang ringan berbanding wang syiling sebenar," ujarnya.

Tambah Shakarudin lagi, pemeriksaan ujian air kencing mendapati dua daripada suspek itu positif dadah.

Kesemua mereka katanya, kini ditahan reman empat hari bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 235 Kanun Keseksaan yang membolehkan mereka dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan masih ada saki-baki sindiket tersebut yang masih bebas dan polis melancarkan gerakan besar-besaran memburu mereka termasuk menjejak 'sumber' utama sindiket berkenaan.

Pada masa yang sama, Shakarudin berkata, polis sedang meneliti sama ada kumpulan berkenaan turut terlibat dalam pemalsuan wang kertas.

Source: Utusan Malaysia

------------------------------------------------------------------------------------


syiling palsu

Puluhan ribu syiling palsu dirampas
17 Ogos 2006

JOHOR BAHRU: Polis Johor menumpaskan kumpulan membuat wang syiling palsu dan menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam empat serbuan berasingan di Kulai dan Pontian sejak 9 Ogos hingga Sabtu lepas.


Sejumlah syiling palsu, termasuk lebih 85,000 keping wang 1 dolar Singapura, dirampas. (foto Bernama)

Ketua Polis Johor Datuk Hussin Ismail berkata dalam keempat-empat serbuan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor berjaya merampas sejumlah 32,300 keping syiling 50 sen Malaysia palsu berjumlah RM16,150, syiling S$1 Singapura sebanyak 85,280 keping berjumlah S$85,280 dan 120 keping syiling RM1 berjumlah RM120.

"Serbuan pertama dilakukan kira-kira 12.10 tengah hari Rabu lepas ke atas sebuah premis di Taman Putri Kulai. Ketika serbuan, premis itu bertutup dan kita percaya ia pernah dijadikan kilang membuat syiling palsu berdasarkan penemuan sekeping wang syiling 50 sen Malaysia dan dua keping besi nipis yang masih belum bercetak," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.

Hussin berkata dalam serbuan kedua di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Pontian, kira-kira 12.15 tengah hari pada hari yang sama, pihaknya menahan lima lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 30 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan menghasilkan wang palsu dalam bengkel berkenaan.

Katanya pemeriksaan lanjut di dalam bengkel itu menemui syiling S$1 sejumlah 85,000 keping, syiling 50 sen sebanyak 2,700 keping bernilai RM1,350, dua pasang acuan untuk wang syiling 50 sen tahun 2004 dan 350 keping tembaga yang masih belum bercetak.

Polis turut menemui sepucuk revolver .22 Smith & Wesson dalam keadaan terlerai, 29 butir peluru jenis Super X .22 dan dua butir peluru GFL 7.65 mm, di tingkat atas bengkel dua tingkat itu, katanya.

Beliau berkata polis seterusnya membuat serbuan ketiga kira-kira 10 pagi di sebuah bangunan perniagaan Sabtu lepas dan menemui 19,600 keping wang syiling 50 sen berjumlah RM9,800 serta pelbagai peralatan dan mesin menghasilkan syiling palsu di dalam bangunan berkenaan.

"Antara ditemui termasuk empat tangki air yang berisi cecair disyaki bahan kimia bagi menjalankan kerja menghasilkan syiling, tiga kampit asid borik, sekampit sodium dichromati, empat tong asid sulfurik, sebuah mesin pengering, 29 acuan kosong, dua unit acuan bertanda 20 sen, dua acuan bertanda 10 sen, dua unit acuan bergambar wau bulan dan dua unit mesin besar untuk membuat syiling," katanya.

Katanya pemeriksaan lanjut di sebuah bilik kecil di bangunan itu turut menemui 10,000 keping syiling palsu 50 sen berjumlah RM5000, dua mesin mencetak syiling, 280 keping syiling S$1, 120 keping syiling RM1, sebuah mesin jenama Festo dan empat pasang acuan syiling 20 sen.

Hussin berkata susulan serbuan ketiga, polis seterusnya berjaya menahan seorang lelaki berusia 47 tahun dalam serbuan terakhir kira-kira 1.45 tengah hari, hari yang sama di rumahnya di Taman Rimba Jaya, Rimba Terjun, Pontian.

Beliau berkata, lelaki berkenaan merupakan pemilik sebuah kilang di Jalan Parit Masjid, Pontian dan pemeriksaan di kilangnya menemui sebungkus plastik hitam mengandungi tiga pasang acuan syiling 50 sen yang bercop Wau Bulan tahun 2005 dan sepasang playar yang diubah suai bagi membentuk syiling.

Katanya kesemua termasuk tiga lelaki warga China dan wanita warga Indonesia yang ditahan kini direman sehingga esok untuk membantu siasatan dan kesemua mereka boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 232 dan Seksyen 235 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.

"Kita percaya kumpulan ini terlibat dalam kegiatan ini sejak tiga bulan lepas berdasarkan tempat ia dijalankan. Bagimanapun, kita masih menyiasat kemungkinan ia dilakukan sejak tahun lepas kerana ia turut melibatkan RM1 yang kini tidak digunakan lagi di negara ini," katanya.

Ekoran itu, polis juga kini mencari lima lagi lelaki yang dipercayai seorang daripada mereka perancang utama kumpulan itu untuk membantu siasatan dan meminta orang ramai menghubungi polis jika mempunyai sebarang maklumat.

"Mereka yang dicari adalah Koh Hee Chan atau Ah Chan, beralamat terakhir di 28, Bandar Permas, Kukup, Pontian; Khor Chua Guan atau Ah Siaw, beralamat di 2639, Sungai Udang, Nibong Tebal, Pulau Pinang; Kak Man Cheong, beralamat di Batu 10, Jalan Paloh, Yong Peng, Johor; Lew Chin Chung, 1842-1843, Taman Ujong, Seremban dan lelaki yang dikenali sebagai Ah Heng, yang tidak diketahui alamatnya," katanya.

Source: Mstar