Selasa, 19 Mac 2013

Dah dapat syiling Malaysia tahun 2013?

Anda semua dah dapat syiling Malaysia tahun 2013? Satu-satunya duit syiling Malaysia tahun 2013 yang saya dapat didalam edaran pada ketika ini adalah duit syiling 50 sen 2013 yang saya telah kongsikan di Facebook Page Malaysiacoin. Sebelum ini, saya telah mendapat koleksi lengkap duit syiling Malaysia 2013 daripada seorang kawan bukan saya dapat sendiri. Itupun diberi pada pertengahan bulan Februari hari tu dan bukan semuanya Uncirculated.

2013

Apabila saya kongsikan gambar duit syiling tahun 2013 tersebut, ada rakan-rakan yang bukan collector terfikir yang duit tahun 2013 berharga mahal. Duit baru takkanlah harganya mahal, harganya hanya pada nilai muka. Lainlah jika tiba-tiba ada berita yang memberitahu duit syiling tahun 2013 dibuat oleh Kilang Wang BNM dengan jumlah yang sedikit.

Saya kongsi gambar tu sebab ada pengumpul duit lama yang menyimpan duit syiling Malaysia mengikut tahun ianya dikeluarkan. Malah ada juga yang mengumpul setiap variety duit syiling Malaysia yang ada dikeluarkan oleh BNM. Ada ramai yang masih tidak mendapat duit syiling 2013 lagi walaupun tahun 2013 sudah masuk bulan Mac.

Kepada bukan collector, hobi mengumpul duit lama tak semestinya perlu keluarkan duit untuk memulakan hobi ini. Anda boleh simpan duit syiling yang ada didalam poket anda sebagai permulaan. Cari duit syiling yang cantik, masih berkilat dan tidak bercalar didalam "coin holder" dan album mengikut tahun. Jika tidak dapat duit syiling yang cantik, simpan sahaja apa yang ada. Nanti apabila dah dapat yang cantik boleh tukar semula.

Kos nak mula tu mungkin perlu beli coin holder dan juga album duit syiling, tak banyak mana, tak sampai pun RM100. Biasanya kedai duit lama ada menjual keperluan hobi numismatik, boleh tanya mana-mana kedai berdekatan anda; Kedai menjual duit lama.

Duit syiling yang sedikit rare tu ada kemungkinan anda perlu beli sama ada melalui online atau kena pergi ke kedai menjual duit lama. Tapi kalau anda pandai, boleh tanya dengan kawan-kawan yang tak berminat lagi untuk menyimpan duit lama ni. Boleh beli dari mereka dengan harga lebih murah dari pasaran.

Suatu hari nanti, duit syiling siri Parlimen Malaysia akan tidak ada lagi didalam edaran. Simpan bagi anak cucu anda tengok suatu hari nanti.