Rabu, 2 Januari 2019

Asal-usul nama dan sebutan ringgit

Tahukah anda dari mana asal-usul nama Ringgit? Dari manakah datangnya nama ringgit?

Jika kita membaca Wikipedia:

"Perkataan ringgit bermaksud "bergerigi" dan asalnya memaksudkan sisi bergerigi yang terdapat pada wang perak dolar Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman penjajahan Portugis pada abad ke-16 dan ke-17".

Kata-kata sahaja tanpa gambar tidak membantu kita memahami sejarah sepenuhnya.

Namun, kebanyakan blog dan website/laman web menggunakan 100% penerangan yang diambil daripada Wikipedia, laman web informasi yang boleh di edit oleh sesiapa sahaja didunia ini.

Apabila saya bertanya dengan mereka (webmaster/pemilik laman blog/website) syiling perak sepanyol mana satukah yang di maksudkan oleh mereka, tiada yang membantu saya.

Apabila saya tanya seorang blogger yang meletakkan gambar syiling Sepanyol secara tangkap muat didalam blognya, sisi manakah yang kelihatan "bergerigi" itu sebab syiling itu saya nampak bulat sahaja. Blogger tersebut marah saya sebab bertanya soalan yang bukan-bukan.

Saya memang tidak tahu sebab itu saya bertanya. Apa yang saya kongsikan disini pun hanya pendapat peribadi sebab saya tidak menemui sebarang penerangan mengenai asal-usul nama ringgit didalam buku-buku koleksi saya setelah lebih dua minggu saya membaca, mencari dan membelek setiap satu dari mereka (buku) yang ada kaitan dengan Malaysia.

Ringgit

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ringgit bermakna:
1. mata wang yg bernilai 100 sen: wang ~; R~ Malaysia (dgn simbol RM) unit mata wang Malaysia, mis RM20.00 dan RM320.00; 2. Id mata wang atau wang drpd perak yg bernilai 2.5 rupiah, digunakan pd zaman penjajahan Belanda; beringgit-ringgit beberapa ringgit, banyak ringgit.

2. gerigi atau rigi-rigi (pd tepi roda pemetik api dll); beringgit, beringgit-ringgit bergerigi, be­rigi-rigi; meringgiti membuat ringgit-ringgit (pd besi dll); besi baik diringgiti prb perihal sesuatu yg sudah baik dibaiki lagi.
source: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ringgit

Apakah yang di maksudkan dengan "bergerigi" atau didalam bahasa Inggeris "Serated" or "Jagged"?

Menurut Kamus DBP:
gerigi=gigi-gigi tajam pd bahagian tepi sesuatu; gerigis. bergerigi bergigi-gigi tajam pd bahagian tepinya; bergerigis.
Source: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gerigi

Untuk memudahkan kita memahami bagaimanakah rupa bentuknya, mungkin peralatan paling mudah untuk memberikan gambaran tentang gerigi adalah gergaji.

Oleh yang demikian, wang perak dolar Sepanyol yang mana satukah punca ringgit mendapat namanya?

Dollar Sepanyol juga dikenali sebagai "piece of eight" atau didalam bahasa Sepanyolnya "peso de ocho". Ia juga dikenali sebagai "the real de a ocho" atau "the eight-real coin". Syiling perak ini mempunyai 38 mm diameter dan berat lebih kurang 27 gram. Ianya bernilai 8 Reales dan ianya dikeluarkan di emapayar Sepanyol selepas reformasi matawang Sepanyol pada 1497. Kebanyakan duit syiling ini dibuat di Mexico kerana pada waktu itu negara Mexico adalah pengeluar Perak terbesar dunia. 

Berikut merupakan Raja-raja Sepanyol yang mengeluarkan Syiling 8 Reales:
King Philip V of Spain (1683-1746)
King Ferdinand VI of Spain (1713-1759)
King Charles III of Spain (1716-1788)
King Charles IV of Spain (1748-1819)
King Ferdinand VII of Spain (1784-1833)


nama ringgit

Apabila kita melihat duit syiling perak 8 Real yang awal (King Philip V & King Ferdinand VI), wang perak itu mempunyai bentuk seakan-akan gigi-gigi tajam ditepinya. Pada pendapat saya, nama RINGGIT itu berasal daripada wang tersebut yang kelihatan bergerigi jika dilihat di tepi sebelah atasnya bukan disisi (edge), perkataan yang biasa diguna pakai oleh Collector. Tidak semua duit syiling "Ringgit Tua" atau "Ringgit meriam" mempunyai garis-garis yang kelihatan seperti gerigi ini tetapi nama "Ringgit" tersebut diguna pakai merujuk kepada mana-mana dollar perak (silver dollar) yang diguna pakai di Tanah Melayu selepas dari itu.

Ini hanya sekadar andaian daripada cerita mulut ke mulut sebab tidak ada buku sejarah yang menceritakan secara terperinci daripada mana nama ringgit ini diperolehi. Namun, jika kita melihat kepada sejarah duit yang pernah digunakan ditanah ini, duit British Trade Dollar yang mula dikeluarkan pada tahun 1895 ada menggunakan tulisan "Ringgit" didalam tulisan Jawi. Nama "Ringgit" ini telah digunakan sebagai merujuk kepada matawang di negara ini dan juga di Brunei lebih daripada 200 tahun.

Untuk Sejarah mengenai Ringgit Malaysia yang digunakan bermula pada tahun 1967, anda boleh membaca artikel kami; Sejarah Ringgit Malaysia 1967.