Jumaat, 5 Julai 2013

Apa yang anda akan buat jika dapat RM1juta

Apa yang anda akan buat jika secara tiba-tiba anda mendapat duit durian runtuh RM1juta ringgit? Itulah perbincangan yang saya utarakan semalam didalam Facebook page saya. Saya bukan nak suruh rakan-rakan angan-angan mat jenin tapi bertujuan untuk memulakan bicara tersebut supaya anda semua berfikir diluar kotak pemikiran biasa.

RM1 juta

Saya juga bukan bertujuan menunjuk-nunjuk dengan "print screen" akaun Maybank yang berjumlah RM1,002,569.00 itu.... Siapa yang menjadikan ini sebagai isu memang otak letak kat lutut kot. Hahahaha.....

1 juta ringgit adalah satu jumlah yang agak besar untuk ramai orang tetapi pada masa ini, nilai sebenarnya tidaklah sebesar mana. Nak dapatkan rumah teres dua tingkat yang selesa pada harga RM300K dibandar besar seperti kawasan Lembah Klang ini memang susah sangat. Paling kurang nak kena ada RM500k....

Apa yang rakan-rakan diFacebook page Malaysia Coin buat jika dapat RM1juta?
Ada rakan-rakan yang memberi pendapat bahawa mereka akan memberi sedekah kesemua/sebahagian duit tersebut untuk rumah kebajikan, rumah orang tua atau rumah anak yatim.

Ada yang kata nak guna duit itu untuk beli rumah, kereta, pergi bercuti, modal berniaga dan tak kurang juga yang nak bayar segala hutang yang ada.

Ada juga yang kata dia nak kahwin dengan Nealofa dan Wawa Zainal.

Ada pula yang buat rancangan untuk pergi ke Las Vegas. Sampai sana dia nak buat apa tu anda fikirlah sendiri.

Tak kurang juga yang berniat untuk menambah koleksi duit lama yang mereka ada.


Apa yang saya akan buat jika dapat duit RM1juta?

1. Sudah tentulah untuk membeli 3 set Koleksi duit syiling edaran Malaysia dengan Gred BU. Lengkap dengan setiap variety, duit palsu, error dan apa saja yang ada berkenaan Duit syiling edaran Malaysia. 2 set adalah untuk anak-anak, manakala satu set lagi adalah untuk impian no.3.

2. Melengkapkan koleksi peribadi duit syiling peringatan Malaysia dan juga membeli satu set untuk impian no.3.

3. Membina satu muzium kecil (mungkin dihadiahkan kepada mana-mana muzium/badan yang bertuju untuk menyelenggara muzium itu) yang akan menjadi satu tempat rujukan lengkap duit syiling Malaysia. Didalam muzium itu anda boleh membuat rujukan mengenai setiap variety, duit palsu, error dan apa saja yang ada berkenaan Duit syiling edaran Malaysia. Anda juga dapat melihat duit syiling peringatan Malaysia siap dengan kotak dan sijil yang ada (kebanyakan muzium hanya menunjukkan duit syiling). Setiap duit syiling akan mempunyai penerangan masing-masing supaya pengunjung dapat belajar dengan lebih mudah mengenai duit syiling tersebut serta menarik minat pengunjung untuk menceburi hobi ini.

Misalnya, Kesemua variety duit 1 sen 1970 dan error copper clad steel akan dipamerkan dan ditunjukkan dengan ciri-ciri yang membezakan duit syiling tersebut.

Namun, impian no.3 itu mungkin sukar dilakukan sebab bukan mudah nak jumpa orang/pertubuhan yang boleh di amanahkan untuk menjaga muzium seperti itu. Kawalan keselamatan perlu ketat sebab dah nama muzium duit, mesti ada orang yang nak curi duit tersebut. Akan ada juga orang yang cuba untuk menukar duit syiling yang ada pada kondisi gred yang lebih rendah. Itu tak termasuk yang akan menukar duit yang ada dengan duit palsu.

Pada pendapat anda, adakah duit RM1juta cukup untuk saya melakukan semua yang diatas ini? Cukup ke 1juta ringgit nak lengkapkan koleksi duit syiling Malaysia?