Isnin, 5 Ogos 2013

Ringgit Ketun: Netherlands 2 1/2 Gulden

Cerita mengenai Jenis jenis RINGGIT MALAYSIA LAMA tidak berakhir dengan Ringgit Garuda. Hari ini kita teruskan perbincangan kita mengenai duit perak lama yang pernah diberi gelaran nama "Ringgit" dengan Duit Syiling 2 1/2 Gulden Belanda (Netherlands). Kebanyakan tempat di Tanah Melayu pada ketika itu mengelar duit syiling 2 1/2 Gulden ini sebagai "RINGGIT KETUN" sempena duit perak Belanda Ducatoon.

duit belanda

Ringgit Ketun dibawa masuk ke Tanah Melayu apabila berlaku kekurangan syiling perak pada masa itu. Syiling yang dibawa oleh Belanda untuk kegunaan di Netherlands East Indies ini ditempa di Belanda dan dibawa masuk untuk tanah jajahan Belanda. "Gulden" membawa maksud "golden", menunjukkan syiling asalnya diperbuat daripada emas.

Syiling Raja William 2-1/2 Gulden
Willem
Syiling Raja William 2-1/2 Gulden ini juga dikenali sebagai "Ringgit Kepala".

Pada muka hadapan syiling ini memaparkan potrait Raja Belanda, King William I memandang ke kanan dengan tulisan WILLEM KONNING pada sebelah kiri atas dan DER NED(erlands).G(root).H(erzog).V(an).L(uxemburg) pada sebelah kanan atas yang bermaksud (William King of the Netherlands, Grand Duke of Luxembourg).

Pada muka belakangnya memaparkan Lambang Jata Negara Belanda dengan 2 1/2 dan G bersebelahan Jata Negara tersebut. Tahun disebelah atas dan tulisan "MUNT VAN HET KONINGRYK DER NEDERLANDS" yang bermaksud 'Syiling Kerajaan Belanda' (Coin of the Kingdom of the Netherlands').


Syiling Raja William II 2-1/2 Gulden
Willem ii
Syiling Raja William II 2-1/2 Gulden ini juga dikenali sebagai "Ringgit Tengkorak" kerana rambut didahinya yang sedikit botak.

Pada muka hadapan syiling ini memaparkan potrait Raja Belanda, King William II memandang ke kiri dengan tulisan WILLEM II KONNING pada sebelah kiri atas dan DER NED(erlands).G(root).H(erzog).V(an).L(uxemburg) pada sebelah kanan atas yang bermaksud (William King of the Netherlands, Grand Duke of Luxembourg).

Pada muka belakangnya memaparkan Lambang Jata Negara Belanda dengan 2 1/2 dan G bersebelahan Jata Negara tersebut. Tahun disebelah atas dan tulisan "MUNT VAN HET KONINGRYK DER NEDERLANDS" yang bermaksud 'Syiling Kerajaan Belanda' (Coin of the Kingdom of the Netherlands').

Pada sisinya tertulis GOD * ZY * MET * ONS * yang membawa maksud (God be with us).


Syiling Raja William III 2-1/2 Gulden
Willem iii
Syiling Raja William III 2-1/2 Gulden ini juga dikenali sebagai "Ringgit Kepala".

Pada muka hadapan syiling ini memaparkan potrait Raja Belanda, King William I memandang ke kanan dengan tulisan WILLEM KONNING pada sebelah kiri atas dan DER NED(erlands).G(root).H(erzog).V(an).L(uxemburg) pada sebelah kanan atas yang bermaksud (William King of the Netherlands, Grand Duke of Luxembourg).

Pada muka belakangnya memaparkan Lambang Jata Negara Belanda dengan 2 1/2 dan G bersebelahan Jata Negara tersebut. Tahun disebelah atas dan tulisan "MUNT VAN HET KONINGRYK DER NEDERLANDS" yang bermaksud 'Syiling Kerajaan Belanda' (Coin of the Kingdom of the Netherlands').

Pada sisinya tertulis GOD * ZY * MET * ONS * yang membawa maksud (God be with us).


Syiling Ratu Wilhelmina 2-1/2 Gulden
Wilhelmina
Syiling Ratu Wilhelmina 2-1/2 Gulden yang memaparkan potraitnya ketika muda juga dikenali sebagai "Ringgit Nona", Nona biasanya merujuk kepada gadis Eropah atau cina yang masih bujang.

Pada muka hadapan syiling ini memaparkan potrait Raja Belanda, Ratu Wilhelmina memandang ke kiri dengan tulisan WILHELMINA KONINGIN DER NEDERLANDEN pada sekeliling potrait yang bermaksud (Wilhelmina Queen of the Netherlands).

Pada muka belakangnya memaparkan Lambang Jata Negara Belanda dengan 2 1/2 dan G bersebelahan Jata Negara tersebut. Tahun disebelah bawah dan tulisan "MUNT VAN HET KONINGRYK DER NEDERLANDS" yang bermaksud 'Syiling Kerajaan Belanda' (Coin of the Kingdom of the Netherlands').

Pada sisinya tertulis GOD * ZY * MET * ONS * yang membawa maksud (God be with us).


Kesemua syiling ini mempunyai standard kandungan perak .945 Silver fine (kecuali untuk syiling Ratu Wilhelmina terbaru yang dikurangkan kandungan peraknya) dan ukuran saiz standard diameter 38mm.


Source: Wikipedia, Saran Singh "The Encyclopaedia of the coins of Malaya Singapore and Brunei 1400-1967".