Sebelum saya teruskan dengan cerita kita pada hari ini, saya ucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua. Puasa tahun ni cukup ke bang dok raya sakan tu? Hihihihi....
Di Hari Raya yang mulia ini, sedang kita sibuk kunjung-mengunjung atau pun saudara dan sahabat handai berkunjung ke rumah kita, kita sebagai collector tidak dapat lari daripada soalan-soalan bonus berkaitan koleksi duit syiling lama daripada mereka. Terutamanya kepada rakan-rakan collector yang saudara dan rakan-rakannya tahu dia seorang collector seperti saya. Walaupun kita tidak membuka topik koleksi duit syiling, sahabat dan saudaralah yang biasanya membuka terlebih dahulu topik tersebut. Nak bertemu ramai-ramai pun setahun sekali jer kan?
Walaupun ada rakan atau saudara kita sendiri yang turut sama berkecimpung didalam hobi ini, biasanya bukan semua. Mungkin satu dua orang saja.
Saya tak pasti jika anda mengalami situasi yang sama dengan saya. Namun, setiap kali raya menjelang dan ketika sedang sibuk berhari raya akan keluar soalan-soalan berkenaan koleksi duit lama daripada saudara-saudara dan juga rakan-rakan yang mengetahui saya sebagai seorang blogger dan pengumpul duit lama. Di sini saya kongsikan Top 7 soalan di Hari Raya kepada coin collector:
1. Coin rare apa yang anda simpan tahun ini?
Biasanya soalan ini diajukan sama ada oleh collector ataupun bukan collector. Jika ditanya oleh bukan collector tu OK ler jugak. Kita boleh bertukar-tukar pendapat dan berkongsi macamana boleh dapat coin rare tu, beli dengan siapa, harga berapa, gred pulak macamana nak tengok etc.
Namun, apabila yang bukan collector bertanya, "Rare" pun biasanya mereka tidak faham. Kita pulak biasanya nak kena terangkan kepada mereka sebagai contoh kenapa collector mencari 10 sen 1971 ataupun 1 sen 1976. Namun, memang seronok nak terangkan kepada mereka yang betul-betul berminat untuk dengar. manatahu ada pakcik kita tu yang terjumpa duit rare didalam tabung anak mereka, boleh serahkan kepada kita kan?
2. Coin apa yang rare tahun 2013 yer?
Soalan ini biasanya ditanya oleh mereka yang bukan collector. Walaupun untuk syiling Malaysia soalan kita tu hampir sama dengan tahun lepas, mereka masih tetap bertanya soalan yang sama. Namun, tahun ini ada sedikit perubahan kot. Saya dah kongsikan didalam blog ni, mesti ramai yang dah tahu kan?
3. Coin saya ni rare tak?
Jika kita berkunjung ke rumah rakan-rakan dan saudara-mara tu , ada yang secara sengaja dan tidak sengaja menunjukkan koleksi duit syiling mereka kepada kita. Mana tahu ada duit syiling rare yang ada dalam simpanan mereka. Namun, daripada 20 rakan-rakan yang menunjukkan syiling mereka, biasanya hanya ada satu dua duit syiling yang biasanya berharga mahal. Kebanyakan daripada bukan collector ni sama ada tunjukkan kita duit luar negara ataupun duit lama yang palsu atau bergred rendah.
Bagi mereka duit itu sudah rare sebab mereka tidak pernah melihat koleksi orang lain. Jika kita tunjukkan koleksi biasa-biasa yang kita ada pun, rasanya ramai dari mereka dah terlopong mulut tengok. Siap ada yang nak beli lagi.
4. Berapa harga coin saya ni rasanya?
Bukan Collector ni biasanya asyik terfikir tentang harga pasaran semasa duit lama yang mereka ada.
Eeeeh.., collector pun ada yang berfikir begini? Macam tu kena tengok balik diri sendiri tu, anda adalah seorang collector ataupun hanya seorang investor. Collector biasanya beli koleksi kerana dia suka dan nak simpan bukan nak jual jer.
Berbalik kepada soalan tersebut di atas, jika kita tahu harganya maka bolehlah kita menjawabnya secara spontan. Jika duit luar negara tu biasanya kita cakaplah face value. Jika mereka tak tahu, jawapan paling mudah kita boleh jawab cuba tanya pengurup wang@money changer. Jika tidak pun cuba Google contoh US Dollar ke Ringgit, google "MYR to USD". Akan keluar kat Google tu rate exchange calculator. Letak jer berapa nila denominasi duit tu kat situ.
Jika kita tak tahu tu, kalau ada bawa balik ke kampung buku rujukan koleksi duit lama, kita boleh buka dan tolong carikan. Ringan tulang membantu orang tu biasanya dibalas dengan kebaikan juga. Mana tahu mereka nak jual murah-murah kat kita.
5. Nak cuci coin guna apa?
Soalan ini biasanya diajukan oleh bukan collector terutamanya apabila nampak duit kita tu pada gred Brilliant uncirculated.
Eeeeh.., collector pun ada yang berfikir begini? Hahahahaha.... Macam tu ada banyak perkara lagi yang anda perlu belajar. Perkara pertama belajar untuk berhenti mencuci duit syiling anda.
Bukan mudah nak ajar bukan collector supaya tidak mencuci duit syiling mereka. Ada seorang rakan yang suka menyimpan duit syiling Straits Settlements. Beliau adalah seorang guru yang mengajar di pedalaman dan biasanya mendapat duit tersebut secara percuma atau membelinya dengan harga murah.
Walaupun setiap tahun telah dinasihatkan supaya jangan mencuci duit lamanya, beliau tidak pernah berhenti untuk berbuat demikian. Baginya, duit yang dia terima itu kotor dan tidak cantik, perlu dibersihkan. Tunggulah apabila dia telah menjadi collector tegar nanti, pasti dia menyesal dengan perbuatannya itu.
6. Duit saya ni dah lama simpan, takde harga?
Dalam kita sedang bergembira di Hari Raya, ada juga yang mungkin berasa sedikit kecewa apabila kita memberitahu mereka yang duit syiling Amerika, duit syiling Sepanyol atau duit Arab yang mereka simpan itu tidak mempunyai nilai tinggi didalam numismatik.
Duit palsu dan duit luar negara biasanya tidak mendapat harga yang tinggi. Bukan mudah nak terangkan kepada bukan collector. Mungkin bagi mereka duit lama tidak ada yang palsu, duit berusia 100 tahun harga lebih daripada 1000 ringgit, dekat newspaper pun ada duit seperti ini yang dijual berjuta ringgit etc.
Masa inilah kita memberi pendidikan percuma kepada mereka. Lebih ramai yang menyertai hobi ini, makin tinggi nilai koleksi kita dimasa hadapan.
7. Tengok koleksi boleh tak?
Berhati-hati kepada rakan-rakan yang menunjukkan koleksi duit lama kepada rakan-rakan atau saudara mara. Seperti saya, ada satu dua album yang saya khususkan untuk ditunjukkan kepada bukan collector. Mana tahu kuah rendang ke tumpah, anak dia ke dok tarik koleksi kita. Tak pasal-pasal bermasam muka pulak dengan mereka nanti.
Jika tak tunjuk, kalau kita kat kampung tu takpelah boleh kata kita tak bawak koleksi, kalau kita kat rumah sendiri, kena juga bagi tunjuk. Nanti kena kata kedekut pulak.
sekali lagi.