Ahad, 22 September 2013

BNM patut bekerjasama dengan collector

Mungkin ramai yang tidak perasaan, malam ini saya telah berkongsi dengan rakan-rakan di Facebook page Malaysia Coin, gambar Syiling Peringatan 80 tahun ATM yang rakan-rakan perolehi di Facebook. Sebelum ini, sewaktu syiling peringatan 50 tahun hari Malaysia, saya juga ada berkongsi gambar syiling tersebut sebelum Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan kenyataan rasmi di laman web mereka.

BNM

Malam ini, beberapa individu yang bekerja dengan BNM telah mempersoalkan kenapa gambar itu boleh keluar kepada public dan mengugut untuk menyiasat/menyuruh rakan mereka menyiasatnya. Inilah apabila manusia tidak mengunakan akal sebelum bercakap. Mungkin bagi mereka bekerja dengan BNM memberi kelebihan kepada mereka untuk bercakap lebih tentang sesuatu hal yang ada kaitan dengan BNM.

Perbuatan tersebut memberi gambaran kakitangan kerajaan hanya pandai mencari kesalahan dan menghukum sahaja.

Sepatutnya BNM memberi kerjasama kepada collector dengan memberikan maklumat awal tentang syiling peringatan yang akan dikeluarkan. Bukannya meneruskan kerja pengumuman "last minute" melalui laman webnya. Collector Malaysia ni bukan semuanya jutawan, ada yang mempunyai majikan dan perlu memohon cuti lebih awal untuk membeli duit syiling peringatan BNM yang sememangnya telah ditunggu lama. Kebiasaanya, berdasarkan 2 duit syiling peringatan sebelum ini, BNM hanya mengumumkannya sewaktu cuti hujung minggu. Macamanakah mereka yang mempunyai majikan ingin memohon cuti?

Selain itu, pengumuman pada hari Ahad juga menyukarkan collector untuk menyediakan wang kerana Bank tidak dibuka pada hari Ahad di kebanyakan tempat di negara ini. Bukan semua orang boleh mengeluarkan wang beribu ringgit melalui ATM.

Sebab itu, kami rakan-rakan collector di Facebook bekerjasama membantu rakan-rakan collector berkongsi maklumat mengenai tarikh pelancaran & jualan, jumlah mintage, harga jualan, gambar dan rekabentuk syiling peringatan.

Bukan semua orang nak beli banyak-banyak syiling peringatan untuk pelaburan. kebanyakan dari kami collector hanya membeli ikut kemampuan kami pada ketika itu. Sebab itu maklumat tentang harga jualan BNM penting untuk masing-masing membuat keputusan. Maklumat mintage juga turut memainkan peranan untuk kami membuat keputusan.

Selain itu, ada rakan collector yang tak tegar turut memilih rekabentuk duit syiling peringatan yang ingin mereka beli. Bukan semua orang ingin membeli setiap syiling peringatan yang dikeluarkan BNM. Ada diantara kami yang menghargai rekabentuk syiling yang cantik untuk dijadikan koleksi.

BNM sepatutnya memberikan kerjasama dan memberi maklumat yang saya sebutkan di atas lebih awal bukannya nak berlagak dan marah apabila kami (collector) berkongsi maklumat yang kami ada.

Saya dan rakan-rakan collector yang lain melakukan kerja marketing untuk syiling peringatan keluaran BNM secara percuma, kami cuma berkongsi gambar yang boleh didapati melalui facebook pun menjadi isu warga BNM? BNM sepatutnya mempunyai pasukan marketingnya sendiri untuk mempromosi produk BNM bukannya nak berlagak kepada pelanggan yang membeli produk BNM.

Sepatutnya "Customer is always right" tapi didalam kes ini, nampak sangat seperti BNM membuli kami collector.