Apabila saya memulakan blog ini pada tahun lepas, ramai dari kawan-kawan yang menyokong, tidak kurang juga yang memperlekehkan harga pasaran duit syiling lama yang saya kongsi didalam blog ini.
Semasa saya dan kawan-kawan yang membantu mendapatkan harga pasaran syiling Malaysia memulakannya, kami berpendapat syiling Malaysia ini harganya akan sentiasa naik. Setahun selepas itu, kami semua sepakat bersetuju Harga pasaran duit lama seperti harga saham. Nak menentukan pasaran duit lama itu agak sukar sebab harga sesetengah item itu tidak stabil. Biasanya apabila harga telah naik mendadak, ianya akan mengalami pembetulan sebaik permintaan telah berkurangan walaupun penawaran masih lagi ada. Harga juga tidak dapat lari daripada spekulasi yang dimainkan oleh investor duit lama. Ada spekulasi yang menjadi, ada juga daripada mereka yang terpaksa "memeram duit" yang ada sehingga harga naik mengikut sasaran mereka masing-masing.
Sebagai contoh, harga duit syiling 10 sen 1971 Variety 1 yang saya kongsi dikatakan terlalu tinggi untuk tahun lepas. Ramai yang mungkin tak tahu, pada tahun lepas, hanya sebiji sahaja syiling tersebut yang ditemui oleh team saya (di Lembah Klang) yang membantu membuat senarai harga duit syiling Malaysia. Beliau menawarkan Harga RM900 untuk syiling pada condition Very Fine tersebut tetapi kami berpendapat beliau akan melepaskannya dalam lingkungan harga RM700. Sebaik saya menerbitkan artikel mengenai harga duit syiling 10 sen tersebut di blog ini, beberapa hari kemudian ada pembeli yang membeli syiling itu pada harga RM700 (menurut kata penjual syiling tersebut).
Beberapa bulan selepas itu, makin banyak syiling 10 sen 1971 Variety 1 yang memasuki pasaran, harganya turun sehingga RM400 sekeping pada suatu ketika. Pada ketika ini, rasanya kebanyakan penjual hanya akan melepaskannya pada harga RM600-RM700. Jika anda membelinya kurang daripada itu bermakna anda sangat beruntung. Kebanyakan syiling 10 sen 1971 yang berada dipasaran hanyalah 10 sen 1971 variety 2. Harganya (RM350 untuk UNC) agak sukar untuk naik kerana lambakan syiling itu di pasaran pada ketika ini.
Suatu ketika dulu, ramai yang sibuk mencari coin card Malaysia. Ramai dari collector dan investor yang menyimpan coin card lama tidak tahu pasaran harga coin card Malaysia. Apabila saya berkongsi dengan mereka harga tersebut, ramai yang mula menjual coin card mereka di pasaran sehingga sesetengah coin card mengalami kejatuhan harga yang teruk kerana lambakan coin card tersebut di pasaran.
Pada ketika ini, harga coin card turut mengalami kejatuhan harga kerana sudah tidak ramai yang mencarinya. Apabila saya meronda Amcorp Mall Flea Market pada hari ahad yang lalu, saya ada ternampak beberapa keping coin card yang dulunya menjadi buruan collector. Pada awal tahun lepas, agak sukar untuk melihat coin card tersebut dijual oleh dealer kerana apa sahaja yang ada dipasaran akan dibeli oleh collector dan investor.
Syiling 50 sen 1995 dan 10 sen 2003 pada kondisi Very Fine turut mengalami harga turun naik yang kerap berbanding dengan syiling yang lain kerana ramai penjual yang meletakkan syiling tersebut di pasaran. Namun, harga pasaran untuk syiling-syiling tersebut pada kondisi Brilliant uncirculated makin menaik kerana ianya amat sukar untuk ditemui.
Apa yang saya ingin sampaikan kepada rakan-rakan yang ingin menjual duit lama, janganlah terlalu asyik menjual sehingga harga pasaran duit lama jatuh. Saya tahu kebanyakan dari mereka yang menjual pada harga murah itu bukanlah seorang collector. Namun jika anda turut membantu kepada kejatuhan harga duit lama, anda sendiri turut merasa ruginya di kemudian hari.
Harga yang murah mungkin membantu collector untuk jangka masa pendek tetapi tidak menguntungkan untuk jangka masa panjang. Terutama kepada anda yang membeli koleksi pada harga yang mahal. Selain tu, harga yang jatuh mendadak juga turut menyebabkan investor lari kerana mereka takut rugi.
Namun, siapa yang pandai mengambil peluang biasanya adalah yang akan menang di kemudian hari. Pandai-pandailah menghidu peluang yang ada jika anda ingin mendapatkan keuntungan didalam Pasaran duit lama.
PS: Artikel asal agak panjang, saya telah memotongnya/mengedit sebelum menerbitkannya. harap maaf jika ada ayat/cerita tergantung didalam artikel ini.