Sabtu, 21 September 2013

Siapa kata duit syiling 1972 tak wujud?

Apabila Itik dan Ayam berbicara, maka timbulah soalan, Siapa kata duit syiling 1972 tak wujud? Saya berkongsi cerita ini bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sebagai pengajaran kepada bukan collector dan juga rakan-rakan collector semua. Mohon maaf terlebih dahulu jika ada yang terasa, sebab apabila saya menulis, tulisan saya itu biasanya pedas dihati serta sarkastik sebab saya lebih suka bercakap yang benar daripada memuji perkara yang tak betul.

$1 1972

Suatu hari, seorang manusia menghubungi saya melalui e-mail dan kemudian bertanya kepada saya melalui chat mengenai syiling yang beliau ada.

Manusia A: Ada info tak pasal duit syiling Yassin?
Saya: Saya dah tulis info mengenainya di sini--->Duit syiling Yasin: misteri, mitos & mistik.
Manusia A: OK. Nanti saya baca. Bagaimana dengan duit syiling 50 sen terbelah, tu barang rare kan? Susah dah nak dapat ni.
Saya: Takdelah rare, saya ada banyak.
Manusia A: Macam tu abang ni mesti kaya, sebijik pun orang jual RM3k-RM5k tu....
Saya: Itu coin biasa sajalah, mana ada harga sampai macam tu.
Manusia A: Saya tengok orang jual kat Mudah.my sampai harga macam tu (beliau share link jualan di Mudah.my tersebut).
Saya: Dia letak jer harga macam tu, tak semestinya ada orang beli. Collector cari 50 sen 1967, 1968 dan 1969 yang takde parit.
Manusia A: 1982 yang takde parit, ada tulis BANK NEGARA MALAYSIA saja, taknak?
Saya: Itu lagilah banyak.
Manusia A: Owh.... ingatkan itu rare sebab saya ada sekeping saja.
Saya: Sebab orang lain dah simpan banyak keping, sebab tu you ada sekeping saja kot.
Manusia A: Hmmmm.., $1 tahun 1972 abang ada?
Saya: BNM tak keluarkan duit syiling $1 1972 kalau tahun 1971 ada banyak.
Manusia A: Macam tu saya jual kat abang syiling ni harga murah-murah.
Saya: Berapa harga murah tu, mana gambar coinnya?
Manusia A: RM2,000. Saya nak guna duit untuk bayar bengkel kereta saya ni.
Saya: Bendanya pun saya tak nampak, nak tahu macamana.
Manusia A: Nanti saya email abang gambar coin ni, cantik lagi ni, macam BU saja pada pandangan mata saya.

Gambar yang dijanjikan tersebut tidak kunjung tiba. Namun, beberapa hari selepas itu timbul cerita kat Facebook yang ada orang menjual syiling $1 1972 pada harga RM3,000. Saya tidak pasti jika beliau adalah orang yang sama.

Malangnya, syiling yang beliau jual sebenarnya adalah syiling peringatan $1 bandaraya Kuala Lumpur tahun 1972. Apabila saya berbicara mengenai duit syiling $1 1972, apa yang saya maksudkan adalah duit syiling edaran bukan syiling peringatan.

Jika manusia A rajin membaca blog ini, rasanya beliau boleh menjumpai informasi berkenaan syiling tersebut. Malas membaca mencari ilmu akibatnya beliau mungkin menjadi bahan ketawa rakan-rakan collector. 

Nak jadi penjual duit lama pun, rajin-rajinlah membaca informasi mengenai syiling lama yang anda ingin jual itu. Anda boleh letak harga sesuka hati tapi adakah orang akan membeli pada harga yang anda tawarkan? Nak dapat durian runtuh janganlah harap boleh dapat dengan hanya menjual semua duit syiling yang anda ada. 

Siapa kata duit syiling 1972 tak wujud?