Harga Ron95 Dan Diesel naik 20 Sen Bermula 3 September 2013 telah menyebabkan kesemua harga barang telah naik, termasuklah harga 50 sen 1969 yang telah naik sehingga RM2,800; duit syiling 50 sen 1969 dilelong RM2,800.
Apa pulak kaitan harga minyak naik dengan harga duit lama? Hahahaha....
Kepada Newbies, Investor dan juga mereka yang bukan collector, sila baca betul-betul apa yang saya kongsikan mengenai 50 sen 1969 didalam link di atas, baca dan fahami. Jangan baca tajuk dah lepas tu nak tanya harga duit syiling anda. Belajar apa itu UNC sebelum kata anda nak jual duit 50 sen 1967, 1968 atau 1969 anda pada harga RM2,800. Kalau tanya saya memang saya dah tak jawab dah, penat bagi jawapan berulang-ulang.
Kepada rakan-rakan collector, harga RM2800 itu adalah hasil daripada acara lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS). Ianya tidak semestinya mencerminkan harga pasaran tetapi pada masa hadapan, ia mungkin akan sampai ke sana jika 50 sen 1969 pada gred UNC masih lagi kurang dipasaran dan masih ramai lagi yang mencarinya. Buat masa ini setahu saya masih ramai lagi yang mencari syiling 50 sen 1969 pada gred UNC dan amat sukar untuk menemui syiling ini pada gred UNC. Jika ada pun ianya ada pada tangan collector dan mereka tidak mahu menjualnya. Harga 50 sen 1969 pada gred UNC itu meningkat kerana ada collector yang "berebut" didalam acara lelongan tersebut. Jika ada pun "niat jahat" hasil dari acara lelongan itu, rasanya kita semua akan tahu juga. Dunia Numismatik Malaysia ni kecik jer. Masih ingatkah anda lagi pada video lelongan 1 sen 1976? Siapa yang tahu tu, diam-diam...
Harga naik 20 sen? Sebab dah keluar katalog baru? Hahahaha.... Bukan semua dealer atau penjual duit lama ikut harga katalog, boleh cari mereka. Harga UNC dan BU sepatutnya jauh berbeza, apatah lagi kalau hanya pada kondisi EF sahaja.
Katalog hanya sebagai panduan, tak semestinya kita nak jual beli ikut harga katalog. Beli harga mahal sedikit rasanya lebih baik daripada kita beli koleksi UNC tetapi gred item tersebut tak sampai pun EF. Apatah lagi jika balik rumah dan kita dapati syiling tersebut telah diperbaiki (alter) kerana dulu pernah dibuat tali pinggang perak dsbnya.
Dari dulu rasanya harga duit lama ni naik tapi orang masih beli jugak. Kalau tak mampu nak main Straits Settlements, boleh tukar kepada duit Malaya. Kalau tak mampu duit Malaya, boleh tukar kepada duit Malaysia. Kalau harga duit Malaysia pun dah naik juga, mungkin boleh tukar kepada duit lain yang kita mampu nak beli dan jadikan sebagai koleksi. Beli ikut kemampuan bukan beli ikut kawan-kawan dan orang lain.
Harga duit lama kat katalog naik dari dulu mesti ada yang mengeluh sebab bukan semua orang turun padang dan lihat sendiri harga pasaran. Ada yang terpacak jer depan PC dan membandingkan harga yang dijual di eBay atau Facebook sahaja. Tidak kurang juga yang membuat penilaian harga pasaran di Mudah.my sahaja. Memang lawak betul lar.... Hahahaha.... Dekat Malaysia ni, duit lama tak dijual di Facebook sahaja yer, kat kedai pun ada jual.
Tidak kurang juga yang asyik bertanya saya, kenapa tak update harga pasaran duit lama yang ada didalam blog ni yang telah dikeluarkan sejak 2012 lagi? Ramai yang beranggapan, duit syiling mereka akan naik dengan tinggi sebab duit UNC harga dah cecah ribu-ribu. Apa yang saya kongsikan didalam ini adalah harga untuk duit syiling pada kondisi VF sahaja dan harga duit syiling kondisi VF kebanyakannya dah jatuh daripada harga yang saya kongsikan didalam post tersebut. Makin ramai yang menjual duit syiling tersebut sama ada di Facebook atau Mudah.my, macamana harganya tak jatuh?
Harga minyak dah naik 20 sen tapi tak semua barang berharga mahal, masih ada lagi yang murah. Bertukar kepada barang pada harga yang murah tetapi mempunyai kualiti yang lebih tinggi dan peluang untuk mendapatkan "Return of Investment" yang lebih baik. Fikir-fikirkanlah....