Dengar khabarnya, seminggu saya bercuti dari menulis, ada dikalangan kawan-kawan yang bercerita harga duit syiling Malaysia sudah mula jatuh merudum. Betul ke?
Bukan bermaksud harga jatuh merudum sebab saya tak menulis yer, cuma kawan tu terbaca perbincangan rakan-rakan didalam Facebook mengenai acara lelongan yang di adakan di luar negara.
Saya cuba cari semula perbincangan tersebut didalam Facebook, saya menemuinya tetapi di atas sebab-sebab yang anda akan faham jika anda membaca keseluruhan artikel ini, saya tidak akan berkongsi link tersebut.
Pendapat saya mengenai situasi ini, Harga pasaran duit syiling Malaysia juga tidak boleh lari daripada turun naik harga. Jika ada permintaan, adalah penawaran dan jika ada penawaran berlebihan, maka harga juga akan turut jatuh. Kepada mereka yang sudah biasa membuat pelaburan, itu adalah perkara biasa bukan? Didalam numismatik, selagi koleksi itu dijaga rapi, gred syiling dan wang kertas itu terpelihara, harganya akan tetap naik juga dimasa hadapan. Cuma tidak tahu berapa lama masa yang akan di ambil. Jika anda pandai membuat spekulasi seperti yang dilakukan didalam pasaran hartanah, ada kemungkinan sekejap sahaja pelaburan anda itu sudah menampakkan hasilnya.
Jika tahun lepas, kita melihat harga duit syiling 50 sen 1967, 68 dan 69 melonjak kegembiraan sehingga mencecah RM10K untuk sekeping 50 sen 1969 tanpa parit. Tahun ini, ramai yang ingin melihat jika harganya akan turut melonjak juga. Tidak kurang juga yang berpendapat, harganya akan mula turun pada pertengahan tahun ini.
Semasa acara lelongan MNS ke-159, duit syiling 1 sen 1977 terjual pada harga RM400. Anda boleh membacanya di sini; MNS Auction 159 result.
Di penghujung tahun 2013, saya melihat ada beberapa orang rakan yang juga pelabur emas mula melabur didalam duit lama. Saya pasti, lebih ramai lagi rakan-rakan pelabur emas yang akan mula menyertai mereka pada tahun 2014.
Harga duit syiling Malaysia pada gred yang tinggi rasanya akan terus terpelihara.
Sudah ramai pengumpul duit lama yang menunggu saat ini.
Kepada bukan pengumpul duit lama yang nak tanya harga duit syiling terbelah 50 sen 1967 & 68 tu, harga biasanya sejuta ringgit, kalau tunggu tahun depan mau naik lagi tu jadi sepuluh juta.
Hahahaha....
Kepada rakan-rakan daripada Facebook yang membincangkan isu ini, terima kasih saya ucapkan. Jangan lupa berikan pandangan anda dan komen.