Didalam post, BNM harus ubah cara jual syiling peringatan, saya ada memberikan pendapat kenapa pembelian syiling peringatan secara online itu lebih mendatangkan keburukan kepada collector berbanding kebaikan. Didalam Artikel ini, saya terangkan apa yang saya maksudkan.
Saya dulu pun seperti anda semua juga, apabila Bank Negara Malaysia akan mula menjual duit syiling peringatan yang baru, saya akan menyuarakan supaya BNM membuat jualan secara online. Apa yang saya fikirkan pada ketika itu, ianya memudahkan pembeli yang berada jauh daripada cawangan Bank Negara untuk membeli syiling peringatan baru dan juga supaya pembeli luar negara akan turut membeli duit syiling peringatan Malaysia.
Namun, persepsi saya berubah setelah mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dan juga membaca sendiri pengalaman rakan-rakan lain diseluruh dunia yang tidak berpuashati dengan pembelian secara online. Apa yang saya kongsikan disini cumalah pendapat peribadi saya dan juga beberapa orang rakan yang berkongsi pendapat mereka dengan saya. Anda mungkin mempunyai pendapat anda sendiri, sila kongsikan di ruangan komen jika ada.
Perkara pertama yang mesti kita lihat ialah penjualan secara online akan menambahkan bilangan pesaing yang ingin mendapatkan syiling peringatan Malaysia. Itu sudah pasti terjadi kerana secara kita tak sedar, ramai collector dari luar negara yang berminat dengan syiling kita tetapi tidak membelinya. Mereka berminat bukan sebab syiling kita cantik tetapi ianya mempunyai jumlah mintage yang kecil dan harga yang lebih murah apabila diambil kira dari segi nilai matawang mereka.
Ada kawan yang berkata ini boleh diatasi dengan BNM menghadkan pembelian daripada warga Malaysia sahaja atau warga Malaysia yang tinggal di Malaysia dan sebagainya.
Betul ke boleh diatasi begitu? Rasanya mereka dari luar negara juga akan ada rakan dari Malaysia. Apabila mereka dah minat, rakan mereka ini akan membelikan untuk mereka dengan sedikit bayaran. Mereka juga mungkin akan menawarkan kepada rakan-rakan mereka yang lain untuk membelinya. Tahukah anda apabila tiap kali syiling peringatan dijual di Sasana Kijang, berapa ramai orang dari seberang tambak yang sanggup datang dan turut beratur membeli syiling kita? Berapa ramai pula runner yang diupah oleh mereka untuk membeli syiling kita?
Membuka jualan di internet bermakna kita membuka peluang kepada pembeli diluar negara untuk memudahkan mereka menjadi pesaing kita.
Macam itu, BNM tambahkan saja jumlah mintage duit syiling Malaysia? Tapi tahukah anda, pertambahan jumlah mintage yang melampau akan mengurangkan minat pembeli luar negara untuk membeli duit syiling kita. Terutamanya apabila ianya tidak dapat memberikan pulangan yang setimpal dengan pelaburan mereka. Kebanyakkan daripada mereka ini beralih kepada koleksi syiling Malaysia kerana mintage yang jauh lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan syiling peringatan di negara mereka. Mereka beli untuk simpan dan kemudiannya jual kepada orang Malaysia apabila harga telah mencapai target mereka. Jika anda collector mesti anda tahu apa yang terjadi dengan syiling proof Malaysia sebelum tahun 1999 kan?
Di Malaysia ni, berapakah kelajuan internet kita secara purata? 5MB? Diluar negara, berapakah kelajuan internet mereka? Apabila BNM melepaskan syiling peringatan untuk jualan, anda rasa siapakah yang akan menang didalam perlumbaan untuk membeli syiling peringatan tersebut? Jika anda pernah membeli tiket kapalterbang Airasia melalui online ketika jualan murah mereka, itulah juga yang akan berlaku nanti. Siapa yang mempunyai kelajuan internet yang tinggi mempunyai peluang yang lebih baik. Mahukah kita kejadian sepertimana yang terjadi dengan syiling peringatan Australia Poseidon High Relief yang habis dijual didalam masa tak sampai 30 minit selepas ianya dilepaskan untuk jualan? Mintagenya pun tak tinggi, 1,500 keping sahaja.
Di Malaysia ni pelik sikit, polisi pos barang-barang di Malaysia tidak membenarkan kita menghantar duit syiling dan wang kertas. Ianya di anggap sebagai Barangan larangan, jika diserahkan untuk penghantaran, akan ditolak penerimaannya atau, jika dikesan dalam perjalanan, ia akan ditahan. Saya pernah bertanya dengan pegawai pos semasa saya bekerja di Pulau Pinang dahulu, alasannya adalah kerana syiling dan wang akan mudah hilang dan dicuri. Penjual duit lama terpaksa menggunakan pelbagai taktik sendiri untuk membolehkan barang mereka dipos tetapi jika syiling peringatan hilang, siapa yang nak tanggung? BNM? Boleh baca dengan lebih lanjut mengenai Barangan Larangan Pos di website Pos Malaysia.
5. Membeli online seperti berbaris juga
Ini pendapat rakan saya yang sememangnya gilakan duit syiling perak yang menjadi buruan peminat diluar negara. Apa sahaja syiling perak yang cantik dan bakal jadi rare, dia akan cuba dapatkan siri lengkap. Dulu dia pernah cuba untuk membelinya sendiri secara online ketika mana-mana syiling tersebut baru dilancarkan. Dia beranggapan, setelah beli dan bayar, ianya akan selesai, mudah sahaja. Namun, apa yang dia fikirkan dengan apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dia kena mengisi pelbagai "borang" yang muncul sebelum dia dapat menyelesaikan proses bayaran. Adakalanya dibahagian borang tersebut, browser hang sebab ramai yang masuk pada sesuatu masa. Semasa dibahagian pembayaran pun begitu juga, dia perlu beberapa kali refresh browser untuk membuat bayaran. Syiling-syiling yang mendapat sambutan ini akhirnya pergi kepada dealer-dealer besar diseluruh dunia yang berpengalaman dalam pembelian online. Sekarang dia terpaksa membeli daripada dealer-dealer ini untuk mengelakkan dia terlepas dari memiliki syiling yang dicarinya.
Adakah anda semua telah bersedia dengan kesemua perkara di atas jika BNM ingin mengadakan jualan syiling peringatan secara online?
Ini hanya pendapat peribadi yang tidak semestinya betul dan mungkin tidak diterima oleh semua orang. Anda boleh suarakan pendapat anda sendiri.