Didalam sebuah buku mengenai harga duit syiling lama ada ditulis mengenai duit syiling parlimen yang tidak mempunyai tanda GC di sebelah kanan bawah bangunan parlimen adalah 5 kali lebih mahal daripada duit syiling yang tidak mempunyai tanda GC. Adakah ini sesuatu yang betul dan boleh dipercayai? Ramai newbies didalam numismatik Malaysia yang menggunakan buku ini kerana harganya murah dan boleh didapati dengan mudah dipasaran.
Didalam buku itu juga dinyatakan GC adalah mint mark tetapi betulkah ianya adalah mint mark?
Sepertimana yang saya sebut sebelum ini, saya bukanlah seorang pakar dan saya menulis untuk berkongsi ilmu supaya lebih ramai lagi yang akan menyertai hobi ini dengan mempunyai ilmu-ilmu yang saya kongsikan. Mereka-mereka yang pakar ini biasanya berkemampuan dan berkebolehan untuk menulis buku, bagi mereka yang tidak pakar pula, tulis blog saja pun cukuplah. Nanti buat buku tiada siapa pula nak beli. Lagipun, saya lebih suka memberikan ilmu yang saya dapat secara percuma kepada pembaca-pembaca saya secara percuma juga. Terpulang kepada anda untuk menerima apa yang saya kongsi disini ataupun tidak.
Saya telah menulis mengenai tanda GC itu sebelum buku tersebut diterbitkan lagi. Didalam blog berbahasa Inggeris saya, saya telah kongsikan artikel mengenai Geoffrey Colley; Malaysia 1st series coin designer. Mungkin apa yang saya kongsikan didalam artikel itu terlalu teknikal kot sebab itu masih ramai yang tak faham. Disini saya cuba terangkan satu persatu untuk memudahkan anda memahaminya.
Apakah itu GC
Tanda GC itu bermaksud "Geoffrey Colley", beliau adalah seorang pereka bentuk duit syiling UK yang terkenal dan banyak membuat rekaan duit syiling untuk pelbagai negara. Beliaulah yang membuat rekabentuk duit syiling parlimen kita. Ada juga yang mengatakan ianya adalah bermaksud sebagai "Goverment Coin", perkara ini adalah tidak benar.
Adakah tanda GC itu "Mint mark"?
Tanda GC itu adalah initial ataupun didalam bahasa mudahnya tandatangan pereka duit syiling ke atas rekabentuk syiling yang dihasilkannya.
Kenapa ada syiling yang tiada GC?
Huruf GC itu adalah kecil serta halus, nak ambik gambar pun perlu kanta pembesar baru nampak cantik. "Die untuk menempa duit syiling" mungkin menjadi haus atau tulisan/ukiran yang kecil semakin hilang kerana banyak kali digunakan. Oleh yang demikian, huruf GC yang kecil juga akan turut terbabit hilang.
Adakah syiling tanpa GC berharga mahal?
Tidak. Ianya walaupun syiling error tidak berharga mahal sama harganya dengan syiling lain.
Adakah syiling dengan GC berharga mahal?
Syiling dengan tanda GC adalah syiling ukiran rekabentuk yang asal dan tidak berharga mahal sama harganya dengan syiling lain.
Diharap penjelasan ringkas ini boleh membantu anda semua.
Anda juga boleh membaca mengenai huruf GC dengan lebih lanjut didalam artikel: Huruf GC duit syiling parlimen.