Rabu, 17 September 2014

Syiling 1 sen nickel palsu

Semasa saya berjumpa dengan Master Sifu Steven Tan di kedainya di Pertama Kompleks, saya berpeluang untuk melihat syiling 1 sen nickel palsu yang ada didalam simpanannya. Syiling 1 sen 1968 itu kelihatan seperti syiling 1 sen berwarna perak, sesuatu yang pastinya akan mempunyai harga yang tinggi jika ianya betul.

1 sen nickel

Sekilas pandangan mata, ianya seperti syiling yang asli, masih berkilat seperti baru dan mungkin boleh mendapat gred Uncirculated. Didalam buku katalog Steven Tan, beliau ada menyatakan bahawa hanya ada 2 keping syiling 1 sen 1979 telah ditemui. Saya telah bertanya mengenai syiling tersebut tetapi Steven Tan tidak dapat menemuinya, mungkin dilain kali.

Bagaimanakah untuk memeriksa syiling 1 sen nickel palsu?
Sewaktu perjumpaan itu, Sifu Dickson Niew memberi penerangan kepada saya bagaimanakah pemeriksaan dibuat untuk memastikan sama ada syiling begini adalah asli atau telah disadur (plated).

berat

1. Periksa berat syiling tersebut, sebarang perbezaan berat melebihi 0.3gm dari berat asal bermakna syiling itu telah disadur dengan logam lain. Sebagai contoh, syiling 1 sen Parlimen mempunyai berat asal 1.94gm. Syiling ini mempunyai berat 2.01gm. Terdapat perbezaan sehingga 0.6gm.

logam asal

2. Pemeriksaan juga boleh dibuat dengan mengikis atau memotong sebahagian dari bahagian tepi logam syiling tersebut untuk memastikan jika ianya adalah benar atau palsu. Syiling yang disadur hanya akan menunjukkan logam yang disadur dibahagian atas sahaja serta logam asal dibahagian dalam.

Ramai juga bukan collector yang beranggapan syiling yang disadur dengan logam emas atau perak akan mendapat harga yang tinggi kepada warga numismatik. Namun, ia sebenarnya tidak mempunyai harga numismatik jika logam asalnya masih lagi menggunakan logam yang sama dengan syiling yang asal.

Pengesahan ketulenan seperti ini juga boleh dijalankan untuk syiling-syiling Malaysia pada nilai denominasi yang lain dan mungkin telah disadur dengan logam lain seperti emas.