Khamis, 2 Oktober 2014

Rekod duit termahal mungkin dipecahkan sabtu ini

Pada hari Sabtu ini, 4 Oktober 2014, rekod duit syiling Malaysia termahal kemungkinan besar akan dapat dipecahkan sekali lagi. Acara lelongan CAA Coins & Banknotes Auction 4/2014 yang di anjurkan oleh Collectibles Auction Asia (CAA), Singapura menawarkan sekeping menawarkan sekeping 1 sen 1970 copper clad steel dengan anggaran SGD8,000 – SGD12,000 (RM20K-RM30K).

duit termahal

Rekod pada ketika ini dipegang oleh, sekeping syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) yang telah digred MS66 oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC). Rekod tersebut telah dicipta pada 19 April 2014 didalam acara lelongan yang di adakan oleh syarikat lelongan yang sama, Collectibles Auction Asia (CAA), Singapura. Anda boleh membaca mengenai duit-duit syiling yang pernah masuk dalam rekod syiling edaran Malaysia termahal didalam artikel ini; duit syiling termahal Malaysia.

Kepada bukan collector, anda mungkin tertanya-tanya, kenapa duit 1 sen 1970 ini berharga mahal? Ianya bukanlah seperti duit syiling 1 sen yang anda ada. Ianya adalah kesilapan cetak daripada Kilang Wang dimana syiling 1 sen pada tahun 1970 sepatutnya dicetak menggunakan Copper tetapi ada beberapa keping yang tersalah menggunakan copper clad steel. Jadi, janganlah beranggapan syiling 1 sen parlimen anda juga akan menjadi mahal seperti ini.

Kepada yang nak tahu syiling 1 sen manakah yang berharga mahal dan perlu diperiksa dengan magnet, boleh baca didalam artikel ini; 1 sen melekat magnet atau tidak.

Mungkin ada yang mencemuh, setakat RM30,000 jer pun, takdelah mahal mana duit syiling Malaysia ni. Tak sampai pun sehingga berjuta ringgit.

Tak kurang juga yang mungkin terfikir, ini mungkin auta jer.., nak jual syiling mahal-mahal kat Singapura. Habislah orang Singapura kena tipu dengan orang Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, syiling itu adalah milik seorang Sifu dari Singapura, Mr. Wong Hon Sum yang ada menulis buku mengenai Wang Penjajahan Jepun. Syiling untuk rekod sebelum ini pun (50 sen 1968 Milled Edge) adalah milik beliau. Beliau telah lama menyimpan duit syiling Malaysia sebagai koleksi dan biasanya mencari koleksi yang terbaik sahaja sebagai simpanan beliau.

Untuk pengetahuan anda juga, pada ketika ini sudah ada syiling Malaysia yang dinilaikan hampir sejuta Ringgit. Namun, masa sahaja yang akan menentukan sama ada ianya akan dijual oleh pemiliknya. Saya tidak akan berkongsi syiling apakah yang bernilai sehingga sebegitu mahal kerana saya telah berjanji untuk merahsiakannya. Apa yang pasti ianya bukanlah syiling 50 sen 1967 dan 1968 berparit buff.ly/1niYCC7.

Kepada anda yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh baca didalam link-link yang saya sertakan di atas serta menunggu beritanya pada hari sabtu ini.

Semoga syiling itu dapat pulang semula ke Malaysia.