Khamis, 6 November 2014

Musim orang berlumba-lumba buat buku numismatik

Sekarang ini nampaknya sudah menjadi satu trend, orang berlumba-lumba membuat buku numismatik. Ada yang bertanya kepada saya, kenapa saya tidak membuat review beberapa buku numismatik terbaru yang sudah muncul di pasaran? Sedangkan sebelum ini saya ada mempersoalkan kenapa orang luar yang menulis buku numismatik Malaysia.

buku numismatik

Jawapan saya mudah, jika mereka tulis buku yang baik, saya tidak ada masalah untuk membuat review tetapi jika mereka sekadar membuat buku numismatik, saya kemungkinan besar akan menulis review yang buruk tentang buku itu. Oleh itu, adalah lebih baik saya tidak menulis review tentang buku tersebut untuk tidak menjatuhkan maruah orang lain serta menghancurkan semangat mereka untuk membuat buku.

Menulis buku dan membuat buku numismatik adalah dua perkara yang berlainan. Pada ketika ini, saya melihat ramai yang cuba untuk membuat buku katalog harga pasaran tetapi harga pasaran yang dikongsi didalam buku itu adalah lebih kepada menjaga kepentingan periuk nasi sendiri. Ramai newbies yang terbeli buku sebegitu kerana harganya lebih murah daripada buku yang lain dan mereka melihat ramai penjual duit lama di Flea Market yang menggunakan buku tersebut. Mereka mungkin menyedari yang penjual menggunakan harga daripada buku-buku tersebut kerana harganya adalah jauh lebih mahal daripada harga pasaran didalam buku-buku yang lain.

Sebab itu, saya selalu mengsyorkan kepada mereka yang baru hendak menceburi didalam hobi ini supaya membeli buku katalog Steven Tan atau buku katalog KN Boon. Mereka berdua adalah Master Sifu didalam buku katalog harga pasaran numismatik Malaysia. Harga buku mereka mungkin mahal tetapi pendapat mereka mengenai harga pasaran perlu anda baca sebelum anda membaca buku yang lain. Sebaik-baiknya dapatkan kedua-dua buku katalog terbaru mereka, jika tidak salah satu daripadanya pun dah OK.


Ketika pertemuan saya dengan Master Sifu Saran Singh, Ahad yang lalu, dia memberi nasihat kepada penulis numismatik baru supaya menghasilkan buku yang terbaik untuk pasaran bukannya sekadar melepaskan batuk ke tangga sahaja. Beliau sendiri mengambil masa 10 tahun untuk menyiapkan buku ensiklopedianya. Menulis mengenai numismatik bukannya suatu perkara yang mudah. Perlu Kajian, membaca bahan rujukan dan merujuk maklumat yang diperolehi dengan pengumpul lain yang mempunyai maklumat serta pengalaman. Didalam video diatas, Master Sifu Saran Singh ada berkongsi pengalamannya menulis buku.

Pada pendapat saya, jika hendak membuat katalog harga pasaran duit lama pada ketika ini, cukup sekadar membuat blog sahaja. Tidak perlu menulis buku kerana harga pasaran akan berubah menurut masa serta permintaan dan penawaran.

Pada pendapat saya juga, sebelum membuat katalog harga pasaran, penulis numismatik baru sepatutnya menghasilkan terlebih dahulu buku numismatik mereka. Buku numismatik yang baik dengan maklumat yang lengkap dan berguna kepada komuniti numismatik sudah pasti akan mengangkat nama mereka dikalangan komuniti numismatik. Kajian juga perlu dilakukan sendiri oleh mereka bukannya setakat copy paste apa yang telah dikaji oleh orang lain sebelum ini.

Semoga rakan-rakan akan mula menulis buku rujukan numismatik yang baik, bukannya berlumba-lumba untuk membuat buku katalog numismatik sahaja.