"Baru-baru ini saya telah menjumpai syiling yang mempunyai extra dot di permukaannya. Adakah ianya bernilai tinggi dan bagaimanakah cara untuk menjualnya?"
Ramai daripada pembaca yang bertanya kepada saya mengenai syiling extra dot kerana mereka ada menemuinya didalam edaran. Ramai daripada mereka yang menyimpannya kerana beranggapan ianya berharga mahal seperti syiling-syiling dot yang pernah dipaparkan didalam blog-blog numismatik.
Persoalannya, adakah semua syiling dot berharga tinggi? Adakah ianya bernilai didalam numismatik?
Saya bukanlah pengumpul duit syiling error tetapi dari apa yang saya difahamkan oleh pengumpul syiling error, syiling yang mempunyai dot (tak kiralah 1 dot atau lebih) tidaklah bernilai tinggi kerana ianya adalah proses yang biasa berlaku ketika menempa duit syiling.
Ini adalah penerangan sifu Dickson Niew mengenai apakah yang menyebabkan dot pada syiling itu boleh berlaku:
"DOT" pada duit syiling sebenarnya adalah Ralat ketika memahat Die syiling (Die Gouge Error). Die Gouge Error adalah satu bentuk kesilapan die apabila tukul die melanda melalui objek bulat kecil pada bahagian bawah die semasa hentakan, sekali gus mewujudkan lubang. Lubang ini yang merupakan elemen "berlubang" (incused) pada die akan menyebabkan ianya menjadi "timbul" (raised) pada syiling-syiling yang ditempa. Ia bermula sebagai kesan pahatan yang kecil. Penggunaan berterusan die ini akan menyebabkan "DOT" tersebut makin membesar sehinggalah ianya boleh dilihat dengan mata kasar.
Jadi.., kenapa ada syiling dot yang berharga mahal seperti yang ada didalam senarai syiling dot Malaysia yang dipaparkan didalam blog malaysiancoin.com?
Sebab itu saya selalu menyarankan kepada newbie, beli buku itu adalah perkara asas didalam mengumpul duit lama.
Menuntut ilmu itu adalah perkara wajib jika anda nak menceburi hobi ini.
Bukan menuntut ilmu dengan cara membaca blog dan bertanya kawan-kawan di Facebook sahaja.
Jika anda masih baru didalam hobi ini, sekurang-kurangnya beli sebuah buku sebagai rujukan. Bukan semua orang ada masa nak jawapan soalan anda setiap masa. Rujuklah buku dulu, google lah cari maklumat dulu, kalau tak faham barulah tanya. Jangan asyik nak tanya, berapa nilai duit saya ini?
Terasa? Tutup sahaja artikel ni dan pergi tidur. Pandai pulak terasa bila dicakap macam ni. Hahahahaha....
Syiling-syiling dot yang ada didalam senarai saya sebutkan di atas dicari oleh pengumpul duit lama kerana ianya ada disenaraikan didalam buku katalog Master Sifu Steven Tan, Steven Tan 21st edition Catalogue. Ianya telah lama disenaraikan didalam katalog tersebut dan ramai pengumpul duit lama mencarinya untuk melengkapkan koleksi mereka.
Oleh itu, jika syiling dot anda masih belum disenaraikan didalam mana-mana buku katalog beserta dengan harga pasarannya, ianya agak sukar untuk mendapat nilai yang tinggi kerana tidak ramai yang mengetahui mengenainya dan tidak ada panduan harga khusus.