Kepada rakan-rakan di pantai timur yang tidak pernah berpeluang pergi ke acara lelongan yang dijalankan oleh Malaysia Numismatic Society (MNS) kerana ia hanya biasa di adakan di Kuala Lumpur. Pada 21 Disember 2014 ini, anda akan berpeluang untuk turut serta didalam acara lelongan tersebut yang akan di adakan di Shahzan Inn, Kuantan, Pahang.
Inilah julung kalinya acara tersebut di adakan di Pahang dan semua warga numismatik dijemput hadir ke acara lelongan tersebut.
Walau bagaimanapun, kepada anda yang ingin menyertai bidaan didalam lelongan (auction) mereka, anda perlu menjadi ahli terlebih dahulu. Jika anda berminat menjadi ahli,anda boleh mendapatkan borang melalui website mereka. Mereka juga bersedia menerima pendaftaran ahli baru tetapi anda perlulah datang awal untuk mendaftar. Bayaran RM20 dikenakan sebagai yuran kemasukan ahli dan juga RM40 untuk yuran tahunan.
Acara lelongan MNS dijangka akan diadakan pada jam 10.30 pagi pagi dan akan berakhir pada sebelah tengahari. Anda boleh melihat barangan yang dilelong pada jam 10.00 pagi.
Untuk mengetahui apakah yang akan dilelong didalam Acara MNS Auction No. 162 tersebut, anda bolehlah melayari blog Sifu Dickson Niew, oficial blogger untuk MNS dan juga Setiausaha MNS di Acara lelongan Numismatik MNS 162 Kuantan Pahang.
Sebanyak 260 lot barangan numismatik akan dilelong pada hari tersebut. Di antara koleksi numismatik yang dilelong adalah wang kertas Malaysia, wang kertas Straits Settlements, Duit syiling East India Company Penang, syiling Sarawak, syiling Malaya & British Borneo, syiling timah Kesultanan Melayu, buku numismatik, coincard Malaysia, syiling peruf Malaysia, Wang Kertas bercantum Malaysia dan banyak lagi.
Meja jualan juga ada disediakan pada hari tersebut. Anda boleh menghubungi Mr. Tan Tai Seng (Tel. No: +6 03 7983 5011) atau Y.H. Dato' Sharuddin (Tel. No. +60 19 9185858) untuk tempahan meja jualan dengan bayaran RM50, sekurang-kurangnya seminggu sebelum acara lelongan itu dijalankan.
Semoga rakan-rakan di Pahang, Kelantan dan Terengganu dapat sama-sama datang ke Shahzan Inn, Kuantan, Pahang untuk memeriahkan acara lelongan MNS ke 162 ini.