Sekeping syiling 5 sen 1988 Bunga Raya akan dilelong di Singapura oleh Monetarium Auctions pada 25 Mac 2015. Sebelum ini saya ada bercerita mengenai set syiling Bunga raya tahun 1988 untuk denominasi 1 ringgit, 50 sen, 20 sen dan 5 sen yang dipamerkan di Galeri Numismatik, Sasana Kijang, Muzium Matawang Bank Negara.
Untuk makluman anda, Syiling Bunga raya hanya mula dikeluarkan pada tahun 1989. Duit Malaysia siri kedua atau Siri artifak Budaya itu mula diperkenalkan ke dalam edaran pada 4 September 1989 dengan tradisi Malaysia sabagai ciri-ciri reka bentuk/tema. Denominasi dikeluarkan adalah 1, 5, 10, 20, 50 sen dan 1 ringgit. Bunga Raya, bunga kebangsaan Malaysia menghiasi bahagian hadapan syiling dan gambaran item budaya Malaysia di bahagian belakangnya.
Syiling yang dilelong oleh Monetarium Auctions Singapura itu mempunyai logam yang sama dengan syiling tahun 1989, digredkan sebagai UNC dan harga lelongan dianggarkan dalam linkungan harga SGD3,000 – SGD5,000 (RM7,950 - RM13,250).
Ini adalah kali pertama mana-mana syiling unlisted 1988 Bunga Raya dilelong didalam acara lelongan awam.
Terdapat juga syiling 50 sen parlimen tahun 1973 dengan sisi bergaris (Milled Edge) yang mempunyai gred Almost Extremely Fine dan harga lelongan dianggarkan dalam linkungan harga SGD500 – SGD1,000 (RM1,325 - RM2,648). Duit syiling 1973 parlimen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah mempunyai sisi bertulis "BANK NEGARA MALAYSIA".
Untuk anda yang ingin mengikuti cerita lelongan ini dengan lebih lanjut, anda boleh membacanya kemudian di blog saya yang baru numismaticauction.com.