Koleksi numismatik juga tidak boleh lari daripada spekulasi pasaran yang di lakukan oleh mereka yang mewujudkan cerita yang tidak berdasarkan kepada fakta. Cerita khabar angin ini kemudiannya disebarkan sama ada secara sedar atau tidak oleh rakan-rakan semua yang akhirnya menguntungkan orang yang memulakan spekulasi.
Namun, ramai yang beranggapan spekulasi ini pada kebiasaannya dilakukan oleh dealer-dealer besar atau pemilik kedai menjual duit lama, hinggakan harga syiling jatuh pun mereka turut dipersalahkan. Secara logiknya, jika harga syiling jatuh, adakah ianya boleh memberi keuntungan kepada pemilik kedai menjual duit lama? Adakah dengan harga yang jatuh, untung mereka meningkat? Mereka berpeluang untuk membeli syiling yang jatuh harganya pada harga murah? Lepas itu, nak jual dengan siapa pula? Nak simpan stok syiling itu lama-lama?
Hakikatnya, jika harga syiling jatuh, peniaga duit lama juga akan turut merasa peritnya.
Pendapat peribadi dan juga pemerhatian saya, spekulasi didalam numismatik diwujudkan untuk menaikkan harga sesuatu koleksi itu. Koleksi numismatik, apabila harganya sudah jatuh, ia memerlukan masa yang agak lama untuk menaikkan semula harganya. Ianya agak berbeza berbanding dengan spekulasi pasaran emas atau spekulasi pasaran hartanah.
Spekulasi itu boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kepentingan atau berniat untuk mendapatkan keuntungan daripada khabar angin yang disebarkan tersebut. Adakalanya, tak perlu pun nak penat-penat sebarkan khabar angin. Apabila sesuatu syiling tersebut sudah lama tidak dilihat dijual oleh sesiapa di pasaran terbuka, harganya akan naik dengan cepat. Kemudian, keluarlah khabar angin syiling itu banyak keluar diluar negara sebab itu ianya tidak dapat dilihat di negara sendiri.
Semalam, seorang pembaca menyuarakan mengenai Syiling Shah Alam yang menjadi mangsa permainan seller besar didalam menentukan turun naik harga pasaran.
Dari apa yang saya tahu dan bincangkan sebelum ini (boleh baca: Khabar angin coincard Shah Alam), harga syiling itu jatuh teruk kerana ada seseorang yang menjual coincard itu dengan jumlah yang banyak di seluruh Malaysia. Untuk pengetahuan anda, orang itu bukannya collector atau seller besar. Harga jualan beliau juga tidaklah terlalu mahal, jadi macamana nak kata beliau untung besar?
Jumlah lambakan syiling Shah Alam yang agak banyak pada suatu masa itu menyebabkan harganya merudum jatuh. Jika dulu, nak tengok sekeping dipasaran pun agak susah kerana tidak ada sesiapa yang menjualnya.
Sejak dulu lagi, ada satu item numismatik yang tidak boleh lari daripada spekulasi pasaran. Prefix Wang Kertas gantian yang baru dijumpai di dalam edaran adalah contoh yang paling mudah. Lebih-lebih lagi jika prefix itu melibatkan huruf "ZB". Wang kertas ini akan dijual pada harga yang mahal dan akan semakin naik harganya apabila ramai yang membuat penawaran. Harganya hanya akan mula susut sebaik sahaja lebih ramai orang yang menemuinya didalam edaran.
Selain itu, ada juga collector baru (newbies) yang ditipu dengan cerita syiling dot yang baru ditemui akan berharga mahal seperti syiling-syiling extra dot Malaysia sebelum ini. Hakikatnya, error syiling dot itu adalah perkara biasa untuk syiling Malaysia. Syiling-syiling extra dot yang ada tersebut berharga mahal kerana ianya sudah lama dimasukkan didalam buku katalog Steven Tan.
Cara paling mudah untuk anda tidak terjebak dengan spekulasi pasaran adalah belajar melihat sesuatu cerita itu dengan fakta. Buat kajian, rujukan dan perbincangan dengan rakan-rakan terlebih dahulu jika anda percaya cerita itu meragukan.