Jika anda betul-betul berminat untuk membuat wang daripada pelaburan duit syiling, anda mesti terfikir bagaimanakah caranya untuk menyimpan syiling sebagai pelaburan. Kepada collector yang telah lama didalam hobi ini mungkin sudah mengetahuinya tetapi newbies mungkin masih kurang faham.
Apabila disebut pelaburan, bermakna kita berharap untuk mendapat keuntungan dimasa depan. Tidak kiralah untuk jangka masa pendek atau untuk jangka masa panjang. Tidak kiralah nak untung besar ke untung kecik, janji pelaburan kita itu menguntungkan bukan?
Namun, pelaburan duit syiling adalah berbeza dengan pelaburan lain kerana anda juga perlu belajar bagaimana untuk menjaga gred duit syiling itu supaya nilainya tidak jatuh. Duit syiling yang bercalar, terkena bahan kimia atau terdedah pada kelembapan untuk tempoh yang lama akan mengakibatkan syiling itu rosak dan nilainya jatuh.
Syiling yang telah dicuci juga akan menyebabkan nilainya jatuh sebab itu disarankan kepada anda untuk tidak mencuci duit syiling anda.
Apa yang saya kongsikan didalam ini hanyalah Kaedah Simpan Syiling Malaysia Sebagai Pelaburan. Artikel ini ditulis untuk memberikan gambaran kepada anda tentang jenis-jenis palburan duit syiling Malaysia. Bacaan lanjut diperlukan untuk anda betul-betul memahami kaedah yang dimaksudkan.
5 Kaedah Simpan Syiling Sebagai Pelaburan:
1. Menyimpan syiling edaran yang baru
Apabila masuk sahaja tahun baru sebagai contoh tahun 2015, anda tukar seberapa banyak duit syiling tahun 2015 yang baru. Adalah lebih baik lagi jika syiling itu masih di seal didalam bungkusan plastik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Simpanan sebegini biasanya mengambil masa lama kecuali jika tiba-tiba terdapat maklumat rasmi yang mengatakan syiling pada tahun tersebut hanya dikeluarkan sedikit sahaja oleh BNM.
2. Menyimpan syiling peringatan yang baru dikeluarkan BNM
Syiling peringatan baru biasanya ramai newbie yang berlumba-lumba untuk membuat pembelian. Saya tidak perlu bercerita lebih lanjut tentang kaedah ini, ia akan saya lakukan kemudian sebab nak cerita dalam artikel ni panjang la sangat. Anda boleh baca serba sedikit mengenainya didalam artikel: 10 kesilapan pelabur duit syiling peringatan.
3. Membeli dan menyimpan syiling edaran yang rare
Rasanya, ramai dari kalangan anda yang mengamalkan kaedah ini didalam pelaburan duit syiling bukan? Anda boleh pilih Syiling Rare Malaysia yang mempunyai harga yang boleh dicapai oleh budget anda dan simpan sehinggalah harga pasarannya mencapai sasaran anda. Namun, disyorkan untuk anda mempunyai kajian pasaran sendiri kerana ada syiling rare yang sedang berada di kemuncak harga pasaran dan agak sukar untuk naik kecuali jika ada berlaku letusan gunung berapi. 10 tahun yang lalu, ada seorang rakan yang menyimpan lebih dari 200 keping 10 sen 1971, nak beli dengan dia sekeping pun saya sampai sekarang tak dapat.
4. Membeli dan menyimpan syiling peringatan yang rare
Apa itu syiling peringatan yang rare? Tengok buku dan lihat pasaran duit syiling peringatan, anda pasti akan jumpa jawapannya. Hahahaha....
PS: takkan semua perkara nak saya suapkan untuk anda sahaja. Buat apa anda beli buku jika tak baca. Jika anda tidak ada lagi buku rujukan, sila baca artikel ini; Buku Rujukan Duit Malaysia. Saya cuma syorkan dua buku ini sahaja buat masa ini, edisi terbaru buku2 tersebut telah keluar tahun 2015, beli selagi masih ada.
5. Membeli dan menyimpan syiling bergred tinggi
Apakah syiling yang bergred tinggi? Jika anda adalah peminat syiling yang telah dihantar ke PCGS atau NGC, anda pasti faham apa yang saya maksudkan. Cuma ramai newbies yang salah faham membeli syiling yang telah dislab oleh perkhidmatan grading itu semua akan bernilai tinggi dimasa depan. Sebenarnya, apa yang dimaksudkan adalah jikalau gred syiling anda itu tinggi di dalam bancian NGC atau PCGS dan hanya ada 1-3 syiling seperti anda. Jika gred syiling anda tinggi tetapi didalam bancian NGC atau PCGS ada banyak mendapat gred yang sama, agak sukar untuk mendapat untung yang tinggi seperti didalam Top 10 duit syiling Malaysia termahal.
6. Menyimpan syiling error
Saya tulis syiling "error" adalah untuk membezakannya dengan syiling "rosak". Syiling yang sengaja dirosakkan oleh manusia (Post Mint Job-PMJ) untuk meniru error coin yang sebenar tidak akan mempunyai nilai yang tinggi. Anda boleh belajar dengan lebih lanjut mengenai syiling error di blog Niewmismatic error coins.
7. Menyimpan syiling pattern dan specimen
Ini susah sikit, saya sendiri nak tengok dan pegang Syiling pattern dan specimen Malaysia ni tak sampai 10 keping, nak beli pun tak mampu sebab tuan punya dah sah tahu syiling dia tu harga mahal. Namun, biasanya syiling sebegini akan memberikan pulangan yang lumayan. Asalkan tidak ramai daripada collector yang mempunyai syiling yang sama seperti anda. Anda boleh baca serba sedikit mengenainya didalam artikel ini; Duit Syiling Specimen dan pattern Malaysia.
Jika anda hanya ada syiling 50 sen 1967, 1968 dan 1969 berparit tu, tak perlulah nak angan-angan. Kecualilah jika syiling anda mempunyai gred yang tinggi. Penat dah saya bercakap mengenai hal ni, anda boleh lihat sendiri kat Facebook Malaysia Coin berapa ramai spammer yang masih berharap syiling 50 sen berparit tu akan dapat dijual beribu-ribu ringgit. Ada yang siap nak bagi 30% komisen lagi kalau dapat cari penjual untuk syiling mereka.