Sabtu, 6 Jun 2015

Semua koleksi ini akan jadi RARE

Pada 3 Jun yang lepas, Facebook TV9 ada berkongsi mengenai koleksi syiling dan wang kertas yang dimiliki oleh seorang surirumah. Siap dengan menunjukkan wang kertas Indonesia yang boleh bergulung lagi. Kata-kata "benda ini akan jadi suatu item yang RARE dan berharga suatu masa nanti" mengundang suatu tanda tanya kepada saya.

Adakah kesemua koleksi syiling atau wang kertas yang kita kumpul akan menjadi RARE suatu hari nanti?

Tujuan saya menulis artikel ini bukan untuk membicarakan mengenai temuramah yang dibuat oleh TV9 tersebut, biarlah anda sendiri yang menilai apa yang diperkatakan oleh pengumpul duit lama.

Sejak dahulu lagi, kebanyakkan "pengumpul duit lama Malaysia" menggunakan perkataan "RARE" sebagai mengambarkan koleksi tersebut adalah sukar dicari serta bernilai tinggi.

numismatik

Jika mengambil kira "Rare didalam Numismatik" terdapat beberapa skala atau pengukur yang boleh digunakan oleh ahli numismatik.

Sheldon scale

Salah satu yang paling popular adalah "Sheldon rarity scale" yang diperkenalkan oleh William Herbert Sheldon pada tahun 1958 yang terdiri dari lapan peringkat yang berbeza. Setiap peringkat didahulukan dengan huruf "R" yang melambangkan betapa rarenya sesuatu syiling tersebut.

URS Scale

Selain dari itu, terdapat juga "Universal rarity scale" yang diperkenalkan oleh Q. David Bowers pada tahun 1992. Skala tersebut mengunapakai singkatan URS dan sepertimana "Sheldon rarity scale", nombor yang lebih kecil bermaksud syiling tersebut lebih rare. Skala ini lebih mudah kerana ianya turut memaparkan jumlah syiling yang boleh ditemui, diletakkan didalam peringkat URS yang mana.

Scholten Scale

Kebanyakkan daripada numismatist Malaysia mengunapakai "Scholten Rarity scale" yang diperkenalkan oleh numismatist C. Scholten dari Belanda pada tahun 1953 yang menggunakan skala tersebut untuk mengukur syiling jajahan Belanda.

Tujuan saya berkongsi skala ini adalah untuk memberikan gambaran mengenai perkataan RARE didalam numismatik.

Hampir kesemua syiling rare Malaysia yang ada sebenarnya tidak tergolong didalam kategori Rare didalam numismatik. "RARE" yang digunakan di Malaysia seperti yang saya jelaskan tadi memberi gambaran koleksi tersebut adalah sukar dicari serta bernilai tinggi.

Namun, maksud rare itu adakalanya disalah guna oleh "pengumpul duit lama Malaysia" yang ingin memberikan gambaran bahawa koleksi mereka bernilai tinggi. Walhal, koleksi yang mereka kongsikan tersebut turut dimiliki oleh ramai collector lain dan tidaklah sukar untuk dicari.

Sebab itu, saya selalu tekankan kepada semua, rajin-rajinlah membaca untuk mencari ilmu numismatik. Ada buku setakat nak tunjuk kat kawan-kawan saja tak guna kalau tak baca.

Keseronokan mengumpul duit syiling ini bukan hanya terletak pada betapa RARE atau berharganya duit syiling tersebut. Jika ukuran keseronokan anda hanya pada "nilai wang ringgit", bermakna diri anda masih belum sampai lagi tahap collector tegar.

Saya juga selalu menekankan, jangan percaya 100% apa yang saya kongsikan didalam artikel saya sebab saya juga bukanlah seorang pakar atau ahli numismatist. Buat bacaan lanjut mengenai sesuatu topik yang dibincangkan dan buat kajian anda sendiri.

Ilmu numismatik ini tidak ada penghujungnya.