Hari ini ada yang bertanya dengan saya bagaimanakah caranya untuk menyertai MNS (Malaysia Numismatic Society)? Persatuan Numismatik Malaysia atau lebih mesra dipanggil sebagai MNS adalah persatuan numismatik paling lama di Malaysia. Persatuan ini sudah wujud sejak tahun 1968 lagi.
Anda boleh menyertai MNS sebagai ahli dengan mengisi borang keahlian yang ada dilampirkan di laman web mereka di sini www.money.org.my/membership.html.
Kesemua maklumat mengenai yuran keahlian MNS juga ada ditulis didalam link tersebut.
Yuran Keahlian MNS:
- Junior Member: berumur lebih dari 12 tahun tetapi dibawah umur 18 tahun. Yuran kemasukan RM5 dan Yuran Tahunan RM15.00.
- Ordinary Member: Berumur 18 tahun ke atas dan tinggal di Malaysia. Yuran Kemasukan RM20.00 dan Yuran Tahunan RM40.00.
- Foreign Member: Berumur 18 tahun ke atas dan tinggal diluar dari Malaysia. Yuran kemasukan US$10.00 dan Yuran Tahunan US$25.00.
Anda boleh menghantar borang yang sudah lengkap di isi semasa MNS mengadakan acara lelongan mereka yang di adakan 4 kali setahun (Mac, Jun, September, Disember) bersama-sama dengan wang yuran anda.
Anda juga boleh mengisi borang tersebut dan menghantarnya melalui pos bersama-sama dengan wang yuran (guna wang pos lebih baik, boleh dapatkan di Pejabat Pos) ke alamat yang berikut:
Malaysia Numismatic Society
P.O. Box 12367
50776 Kuala Lumpur
Malaysia
Selain itu, anda juga boleh menghubungi Setiausaha Kehormat Persatuan Numismatik Malaysia, Sifu Dickson Niew (Tel: No: +60 179796337) untuk menghantar borang anda. Anda juga boleh datang sendiri ke Kedai Cenderamata Dickson Niew di Subang Jaya untuk menghantar borang keahlian MNS.